Tuesday, October 04, 2016

LAPORAN POLIS JENAYAH PEMALSUAN TANDATANGAN S/U AGUNG PKR

KENYATAAN MEDIA
4 Oktober 2016

LAPORAN POLIS JENAYAH PEMALSUAN TANDATANGAN


Pada 26 Ogos 2016 (sekitar  10.30 pagi) saya telah mendapat panggilan telefon yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan ibu pejabat PKR memaklumkan satu email telah dihantar kepada saya yang mengandungi lampiran surat pemecatan saya dan salinannya telah dihantar melalui pos laju juga.

Namun setelah diselidik surat tersebut telah mengandungi tandatangan palsu YB Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR yang mana dia melalui bukti salinan cetakan whats apps dan kenyataan dia kepada beberapa orang jelas menyatakan dia tidak menandatangani surat tersebut, tidak mengetahui tandatangannya digunakan malah dia tidak berada di Kuala Lumpur pun ketika surat tersebut dikeluarkan.

Ini satu jenayah serius. Kesalahan meniru tandatangan ini boleh disabit kesalahan Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dengan Seksyen 467 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun dan denda. Jugaada beberapa undang – undang berkaitan jenayah serius ini.

Sebagai bukti kukuh surat 26 Ogos 2016 mengandungi tandatangan palsu ialah telah dikeluarkan surat pemecatan ke dua bertarikh 6 September 2016. Pengeluaran surat kedua ini merupakan bukti kukuh jenayah pemalsuan tandatangan telah dilakukan pada surat 26 Ogos 2016.

Jenayah ini merupakan jenayah serius dan polis didesak melakukan siasatan dan mendakwa penjenayah. Sangat memalukan sebuah parti yang bercakap soal integriti sanggup berkompromi dengan jenayah seperti ini.

Untuk makluman pemecatan saya adalah tidak mengikut perlembagaan parti, tidak ada mesyuarat hanya perbincangan melalui whats app sahaja. Namun semua ini dilakukan hanya kerana saya mendedahkan korupsi libat AzminAli. Untuk melindungi Azmin maka saya dipecat dengan sanggup mencabul lunas keadilan ? Apa beza PKR dengan Umno dalam perkara ini ? Untuk ini juga saya akan mengajukan laporan kepada Pendaftar Pertubuhan.

20 September (melalui surat saya kepada Presiden PKR) dan 27 September (melalui kenyataan saya yang turut dihantar kepada Presiden PKR dan beberapa pemimpin PKR lain) saya telah meminta penjelasan namun tidak mendapat jawapan. Saya percaya mereka tidak menjawab kerana tiada jawapan kerana kesalahan jenayah telah dilakukan. Namun saya masih ada keyakinan dengan integriti Rafizi untuk bercakap benar bahawa sememangnya jenayah pemalsuan tandatangan sudah berlaku.

Jenayah , korupsi harus ditentang tidak kira siapa pelakunya. Tidak ada istilah lawan korupsi musuh politik dan tutup korupsi , jenayah orang dalam parti. Laporan polis dan akan membuat laporan pendaftar pertubuhan demi mendapatkan keadilan yang dinafikan.



petikan cetakan dari whats app kumpulan MajlisPimpinan Pusat yang membuktikan
pemecatan che'GuBard tanpa melalui mesyuarat MPP


antara petikan whats app dari SUA PKR

surat pemecatan pertama yang dibuat tergesa gesa yang dimana tandatangan
Rafizi diimbas dan dicetak semula dengan komputer

surat kedua dibuat selepas 'kantoi' surat pertama dengan jenayah pemalsuan tandatangan, mesyuarat dibuat
dan tergesa - gesa mengesahkan pemecatan dan SUA terpaksa mengeluarkan surat kedua

**bahan - bahan bukti yang diserahkan kepada PDRM tidak semua didedahkan.



No comments:

Post a Comment