11 Ogos 2016
2. Namun pasukan yang dibentuk sejak Mac lepas tetap bersemangat meneruskan pembongkaran walaupun kami tahu akan berdepan kesukaran penyebaran maklumat. Di media pro pembangkang akan mensenyapkan berita ini kononya ia serangan kepada pembangkang. Di media perdana juga akan mula liputan terhad kerana ia turut melibatkan pemodal besar yang sudah tentu terkait dengan kekuasaan di pusat. Seperti sejak awal diasaskan SAMM sendiri berlawan dengan sistem dengan asas prinsip tanpa kompromi bukan sekadar melawan watak dan sosok.
3. Pihak kami mengumumkan dan memperkenalkan hastag #skandalAzmin68054 sebagai rujukan berkenaan kes ini bagi cuba menyelaraskan usaha penyebaran maklumat dan pembongkaran skandal ini. Kami juga memohon semua aktivis perubahan, aktivis alam sekitar dan pihak yang rasa berkepentingan dalam isu ini bersama membantu dalam penyebaran maklumat - maklumat yang kami umumkan dari masa ke semasa.
4. Merujuk kepada petikan para ke 14 kenyataan media lepas
" Kenapa tanah ini menjadi keutamaan untuk diselesaikan pertukaran status pada bulan - bulan awal Azmin menduduki kerusi MB, adakah ia ada kaitan dengan 'membalas jasa' tokoh - tokoh korporat yang menjadi pelobi pintu belakang ketika perebutan kerusi MB dari Presiden Parti Keadilan Rakyat ? Sangat diyakini ada pertembungan kepentingan (conflict of interest) . Pasukan yang dibentuk sejak Mac lalu yang dianggotai oleh aktivis masyarakat, aktivis alam sekitar, peguam, ahli akedemik dan mendapat sokongan serta kerjasama perbagai pihak termasuk pegawai kerajaan sedang meneliti beberapa fakta dan dokumen dalam usaha menjejaki jika ada proksi dan dalam projek yang bernilai berbilion ini, berapa puluh atau ratus juta komisyen pula bertukar tangan ? "di kesempatan ini kami memaklumkan kami mungkin sudah mula menemui jejak antara proksi yang kami cari. InsyaAllah dalam masa terdekat akan diumumkan penemuan tersebut dan kami sendiri tidak sabar untuk memulakan tindakan berasaskan undang - undang.
Namun saya sebut dengan jelas bila berlaku pertembungan kepentingan melibatkan korporat besar dalam sistem negara yang menjunjung tinggi pemodal besar maka semua boleh menjangka. Namun semua fakta dan dapatan kami akan terus kongsi maka rakyatlah yang menjadi hakim negara ini. Kes ini sebenarnya ujian litmus buat semua adakah kita benar mahu menukar sistem pro pemodal besarsekarang ini atau sekadar ingin menukar watak dalam kekuasaan tetapi dalam sangkar yang sama.
catatan oleh che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
klik juga
1. LOBI KORPORAT DI BELAKANG PERTUKARAN STATUS LOT 68054 ? SIAPA PROKSI DAN BERAPA NILAI BERTUKAR TANGAN ?
2. Sah tanah 68054 Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland
Kau orang bongkar itu dan ini apakah faedahnya. Selagi belum terbentuknkelompok kepimpinan yang adil demi rakyat kerja2 tu sia2 je. Tumpukan kepada usaha membentuk kepimpinan yang adil dahulu.
ReplyDeletekalau benda kecil sama seperti umno buat,maka sama la umno..pemimpin yg korap potot di tumbangkan,tak payah tunggu² lagi...
ReplyDeleteElok jugak tanah itu dimajukan utk pembangunan neg selangor dan kesejahteraan rakyat. Apple just nothing kecuali dijadikan jus.
ReplyDeleteLagipun, lepas ni azmin akan tergolek bersama pas. Sabor aje la. Tak sampai setahun lagi pru..
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)