Wednesday, August 31, 2016

Kenyataan penuh & video depan SPRM 26 Ogos 2016 #skandalAzmin68054

Kenyataan Media
26 Ogos 2016

1.       Seperti yang dijanjikan setelah melalui proses pencarian dan penyiasatan yang panjang dan memberikan ruang kepada parti dan Azmin sendiri memperbaiki dan membetulkan keadaan namun semuanya Nampak negetif maka hari ini kami muncul membuat laporan SPRM. Laporan ini turut disertai dengan 47 muka surat dokumen sokongan lebih dari cukup untuk membantu SPRM memulakan siasatan dan melakukan pendakwaan kepada kes ini. Beberapa butiran saksi juga dikongsi dan kami sedia menampilkan saksi secara terbuka dan ‘sulit’ ke SPRM selepas ini.

2.       Kes ini menarik perhatian media dan mendapat liputan agak besar khususnya media perdana sehinggalah kami mendedahkan pemodal besar yang tersenarai di BSKL terlibat sebagai pemaju. Bila nama GAMUDA dimunculkan liputan media menjadi kecil dan terhad. Menyedari keadaan negara yang mana tak keterlaluan banyak ruang dikawal pemodal besar maka kita seperti menjangkakan pasti aka nada usaha mensenyapkan laporan ini juga. Azmin bukan sebarang ahli politik dia akan berbuat apa sahaja demi kepentinganya.  Dia watak yang dijaga oleh banyak pihak. Contohnya, apa sudah jadi laporan ‘rasuah seks’ di Pejabat MB Selangor ? Adakah Rafizi Ramli membuat laporan kosong atau kes tersebut disapu dibawah karpet kerana ‘ada paying kembang’ ?

3.       Memahami semua ini maka hari ini kami juga melancarkan booklet #skandalAzmin68054 kerana itulah latihan demokrasi gerakan reformasi rakyat perlu diberi maklumat penuh dan biar rakyat menghakimi, Rakyat Hakim Negara.

4.       Lihat sahaja apabila Abd. Razak Ismail membuat aduan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT), tiba – tiba muncul salah seorang anggota SELCAT mengeluarkan kenyataan SELCAT tidak peduli pengadu tidak bekredibiliti. ADUN PKR tersebut sanggup menyerang terbuka Pegawai Khas Exco DAP Selangor hanya untuk menjilat Azmin dan nampaknya penjilat Azmin sedang bersungguh – sungguh berusaha menggagalkan SELCAT membincangkan secara terperinci aduan kaitan isu #skandalAzmin68054. Jadi ada bezanya SELCAT dengan PAC?

5.       Pendedahan ini bukan pendedahan kosong sejak dari awal Berjaya mematahkan hujah dengan bukti rasmi milik kerajaan negeri berikut ialah kronologinya :

Mac 2016 : pasukan khas dibentuk bagi meneliti maklumat bahawa ada yang tidak kena dengan pertukaran status tanah lot 68054, Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat.

April , Mei & Jun 2016 : Dokumen – dokumen rasmi diperolehi dari banyak pertemuan termasuk dengan pegawai – pegawai kerajaan cukup menyakinkan ada sesuatu yang tidak kena.
26 Julai 2016       : Kenyataan pertama dengan tajuk “PERTUKARAN STATUS TANAH LOT 68054, 619 HEKTAR MUKIM TANJONG 12 KUALA LANGAT JEJAS KAWASAN HUTAN WARISAN DUNIA” dengan desakan tukar kembali status tanah tersebut.

26 Julai 2016       : Exco Kerajaan negeri YB Elizabeth Wong, dalam kenyataan yang dikeluarkan freemalaysiatoday.com dan sehari kemudian berita sama disiarkan oleh Selangorkini, memanggil saya pemberontak PKR dan menafikan wujud sebarang pertukaran status tanah mahupun perlengkungan semula di kawasan tersebut. Penafian beliau merujuk kenyataan media pertama saya dengan tajuk “PERTUKARAN STATUS TANAH LOT 68054, 619 HEKTAR MUKIM TANJONG 12 KUALA LANGAT JEJAS KAWASAN HUTAN WARISAN DUNIA”

27 Julai 2016 : saya mengeluarkan kenyataan menyatakan penafian Elizabeth Wong merupakan penafian palsu , saya memberikan Elizabeth Wong sehingga Isnin (1 Ogos) untuk menunjukkan bukti penafiannya terhadap kenyataan media saya 26 Julai itu salah atau saya munculkan bukti dan dia harus letak jawatan.

2 Ogos 2016  : Mungkin eli tidak tahu apa hendak diperjelaskan maka dia telah senyap sehingga Isnin (1 Ogos) maka 2 Ogos saya telah muncul dengan Dokumen Rasmi Kerajaan Negeri yang mengesahkan tanah lot 68504 itu telah ditukar status dan saya bawa juga petikan minit mesyuarat Kerajaan negeri Selangor (Febuari 2014) yang ketika itu dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dengan jelas menolak permohonan pertukaran status tanah Lot 68054 dengan alas at dalam minit tersebut kerana lot tersebut terletak di dalam kawasan Paya Indah Wetland. Telah didedahkan juga dokumen yang bocor dari pejabat Exco yang menyatakan proses perlengkungan (re zone) bukan sahaja libatkan kawasan sekitar Paya Indah Wetland tetapu Hutan Simpan Kuala Langat Utara turut terlibat

2 Ogos 2016 : Menteri Besar dilaporkan media lari dari wartawan bila ditanya soalan berkenaan pendedahan tersebut dan menyerahkan kepada Exco untuk menjawab. Inilah sejarah kali pertama Azmin lari dari bertemu wartawan. Mungkin ketika peringkat awal Elizabeth Wong menafikan berlaku perubahan status sambil menyelar saya pemberontak dia tak menyangka saya telah bersedia dan punya dokumen rasmi. Panik dengan itu dia telah memanggil sidang media dengan menyebut lot tanah yang lain kononya masih tidak ditukar. Bila ditanya wartawan mengenai lot 68054 dia tidak menjawab kerana katanya tidak relevan.

9 Ogos 2016 : telah diadakan sidang media dengan mendedahkan peranan sebuah kapitalis besar yang tersenarai di BSKL, GAMUDA disebalik #skandalAzmin68054. GAMUDA telah membeli tanah tersebut dengan mengambil alih Salak Land Development Sdn Bhd dari tauke cina pemilik asal.

Investor Central yang berpusat di Singapura telah membuat "‪#‎survey" berhubung pembelian tanah Salak Land berharga RM784.3 juta oleh GAMUDA. Antara yang dibangkitkan ialah adakah berbaloi dan sepadan dengan nilai? soalan paling panas ialah "Apakah akan berlaku jika Gamuda tidak mendapat kebenaran untuk menukar status tanah pertanian kepada pembangunan bercampur? Apakah yang membuat GAMUDA berani membeli tanah yang 22 tahun gagal ditukar status malah baru saja 6 bulan sebelum itu ditolak untuk pertukaran status ? Mungkin strategi khusus sudah diatur ? Ini semua sangat pelik.

Dalam kenyataan bertarikh 9 Ogos 2016 dengan tajuk LOBI KORPORAT DI BELAKANG PERTUKARAN STATUS LOT 68054 ? SIAPA PROKSI DAN BERAPA NILAI BERTUKAR TANGAN ? saya sudah bangkitkan mengenai peranan GAMUDA di Selangor dan usaha mencari proksi.

10 Ogos 2016 : Apabila mula terkait kapitalis besar maka media telah mengecilkan liputan. Maka diumumkan satu hash tag #skandalAzmin68054 bagi memudahkan sebaran dan carian maklumat berkaitan kes ini. Diumumkan juga aka nada rapat khusus bagi mengumpulkan semua yang terlibat pasukan yang dibentuk bagi merumuskan dan meneliti beberapa penemuan baru.

14 Ogos 2016 : Setelah rapat selama 7 jam akhirnya ditemui beberapa dokumen yang mana dikenal pasti wujud seorang yang sangat rapat dengan Azmin Ali diberikan kedudukan dalam projek lot 68054.

6. Kami menemui dengan jelas satu watak yang dikenali sebagai Zainol yang merupakan Ketua AMK Gombak yang mana Azmin merupakan Ketua PKRGombak muncul sebagai Pengarah Projek bagi pihak pemaju.

Kesalahan jelas berlaku :

1.       Wujud dokumen yang dihantar kepada penjawat awam oleh ‘proksi’ ini dengan tercatat hubungan beliau dengan Menteri Besar. Proksi ini secara jelas mempergunakan kedudukan politik dan hubungan dengan MB untuk meraih keuntungan atau habuan.
2.       Maka inilah mungkin menjelaskan tindakan kenapa pegawai – pegawai kerajaan yang sama menolak pertukaran status sebelum ini tetapi tiba – tiba mengubah pendirian.
3.       Mesyuarat terakhir menukar status tersebut dipengerusikan oleh Azmin yang yakin secara sedar tahu kewujudan ‘proksi’ dalam pemaju dan dari siasatan kami kami yakin semua ahli MMKN sedar mengenai ini.

7. SPRM didesak bertindak segera. Parti Keadilan Rakyat juga tidak boleh mengelak bagi bertindak dalam perkara ini segera, ia satu pengkhianatan yang sangat memalukan. Saya mungkin dipecat kerana tindakan ini namun saya tegaskan jika kerana bercakap benar dan mempertahankan janji aspirasi Reformasi kepada rakyat menjadi kesalahan maka saya rela dipecat.

Anwar Ibrahim sendiri ketika dipuncak kuasa dipecat kerana bercakap benar dan mempertahankan hak rakyat oleh Mahathir, maka saya sedia dipecat oleh anak angkatnya kerana alasan yang sama. Fitnah pasti menyerang dalam mengalih isu apabila jawapan sudah tak termampu. Sekurangnya saya tidak dipukul oleh Ketua Polis Negara dalam keadaan tangan bergari. Kepada semua saya nyatakan yang kita lawan ialah sistem rosak yang sentiasa menyebelahi kapitalis menindas rakyat. Yang menjadi musuh kita ialah politisi yang diperkuda oleh pemodal besar.

Tiada istilah musuh buat salah, kawan buat tutup. Tiada istilah korup besar atau korup kecil. Perjuangan adalah perlaksanaan kata – kata.

8. SAMM sudah mencetak 8,000 naskah booklet #skandalAzmin68054 yang edaranya akan memberikan fokus kepada kakitangan kerajaan dan pentadbiran perbagai peringkat dalam Selangor. Kos keseluruhan operasi ini agak tinggi malah kos cetak buku ini masih berhutang dengan pencetak, maka kami juga membuka kepada semua pihak atau individu yang prihatin untuk membeli buku ini kerana hasil jualan buku ini adalah untuk menanggung kos keseluruhan operasi sejak Mac  2016 yang berminat membantu boleh terus hubungi +60183557923 melalui pesanan whats app atau sms.

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

No comments:

Post a Comment