Monday, August 01, 2016

Respon terhadap pengumuman pembatalan cadangan PRN P.Pinang oleh LGE

Catatan Santai

1 Ogos 2016

1. Pengumuman Ketua Menteri Pulau Pinang semalam mengenai pembatalan cadangan Pilihanraya Negeri (PRN) dalam tahun ini bagi che'GuBard merupakan satu pengumuman jiwa besar dan menunjukkan Lim Guan Eng atau DAP itu sendiri menghormati prinsisp kebersamaan (konsensus) dalam semangat Pakatan Harapan (PH) dan ini secara langsung seharusnya memadamkan tohmahan yang selama ini bahawa PH dipacu dan mengikut seolah dicucuk hidung oleh DAP.

2. Sememangnya sejak awal pengumuman untuk mengadakan PRN awal bagi negeri Pulau Pinang che'GuBard sokong. Ini satu contoh yang baik. Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang menjadi pertikaian apabila Lim Guan Eng didakwa dalam satu pendakwaan rasuah yang sangat lemah. Untuk menukar Ketua Menteri bukan keputusan Lim Guan Eng kerana jawatan itu bukan milik Guan Eng tetapi ia ialah mandat rakyat dan restu PH dan DAP itu sendiri. DAP telah bermesyuarat malah PH juga memutuskan bahawa Lim Guan Eng perlu kekal. Maka sewajarnya mandat dipulangkan kepada rakyat dengan cara adakan PRN. Malah pengumuman Lim Guan Eng bahawa PRN ini juga peluang untuk mendapatkan mandat semula dan mendapatkan penggantinya dilihat sangat patriotik dan penuh integriti, cuma malangnya ia tidak dapat dilakukan.

3. Alasan menolak kerana tidak mahu membazir ialah alasan yang tidak boleh diterima, jangan hipokrit bukankah selama ini parti pembangkang menganggap pilihanraya kecil merupakan salah satu pendekatan terbaik ? Dengan adanya pilihanraya negeri maka rakyat akan lebih untung kerana sama ada kerajaan mana peringkat pun akan menggunakan pendekatan memperturunkan peruntukan dan sebagainya yang akhirnya akan lebih menguntungkan rakyat dan alasan menolak PRN kerana membazir itu hanyalah satu hipokrasi. Jika PRN diadakan tahun ini maka bila PRU akan datang tidak perlu bubar kerajaan PP dan ini sudahpun berlaku sebelum ini di Sabah dan kini kekal pilihanraya tarikh berbeza dan berjalan baik di Sarawak. Kegagalan mengadakan PRN awal ini juga melepaskan peluang mendidik rakyat dalam praktik demokrasi negeri 'persekutuan' yang membentuk Malaysia.

4. PRN awal dalam keadaan ini sangat baik untuk menguji keberkesanan jentera dan mood rakyat dalam perbagai isu besar dalam negara dan kegagalan mengadakan. Mood kempen 'Selamatkan Malaysia' boleh ditunggang sepenuhnya, kemenangan mendapat mandat semula di Pulau Pinang akan menjadi mimpi ngeri buat kerajaan Bn Putrajaya.

5. Ditegaskan dalam kenyataan Lim Guan Eng semalam DAP dan AMANAH bersetuju dengan PRN awal sebaliknya ia ditolak oleh PKR dengan alasan permintaan untuk bertanding lebih kerusi tidak dipenuhi. Ini amat memalukan kerana isunya kerusi telah mengagalkan satu aksi dan strategi politik besar demi 'Selamatkan Malaysia'. Malah dalam kenyataan Naib Presiden PKR bahawa jika PRN sekarang PKR berisiko tinggi hilang kerusi. Maka adakah PKR menolak PRN yang merupakan usaha memberikan mandat dan peluang pada rakyat hanya kerana soal kerusi dan soal tidak yakin dengan jentera sendiri. Bayangkan dalam keadaan perbagai isu besar PKR tidak yakin bagaimana apabila Perdana Menteri mengumumkan PRU nanti yang ketika itu pasti Najib memilih saat terbaik dimana isu Bn berada paling minima dan serangan sedang dihalakan kepada pembangkang, maka risiko kalah lebih besar.

6. Ketakutan terhadap 3 penjuru dengan Pas ialah kerana keangkuhan Timbalan Presiden PKR sendiri sehingga sekarang hanya memikirkan kerusi MBnya dan 'deal' gelapnya yang mengekalkan kerajaan Selangor masih berselingkuh dengan Pas yang jelas mesra Umno (Najib). Pilihanraya Kecil contohnya Sungai Besar tidak boleh dijadikan contoh kerana bayangkan dari 35 Ketua Kampung, 23 darinya di pegang oleh Pas dan 0 Amanah. Itu belum masuk lagi Ketua Kampung PKR yang Setiausaha dan AJK Kampungnya dipenuhi orang Pas. Maka bagi penduduk kampung ini Pas merupakan kerajaan negeri. Keadaan hubungan dengan Pas dan PH inilah yang menjadikan PKR masih dalam dilema dan penuh ketakutan dengan bayang sendiri. Telah ditegaskan keluarkan Pas dari kerajaan Selangor, sedeqahkan sahaja Pas kepada Umno biarkan Umno bergelut dengan rakan - rakan dalam Bn mereka mengenai hubungan Umno Pas. Tegaskan Pas ialah rakan Umno kini dan rakyat akan jelas dan tidak keliru. (sila klik http://chegubard.blogspot.my/2016/07/seruan-bersatu-yang-palsu.html untuk baca lanjut). Yakinlah Pas sedang disusun untuk menjadi duri dalam daging dan dengan akur pada Azmin membantu skrip tersebut berjaya.

7. Harapnya khabar mengenai permintaan PKR bahawa meminta Amanah untuk tidak bertanding PRN Pulau Pinang tidak benar kerana sudah tentu rakan - rakan Amanah paling terguris sekarang ini. Antara onak duri yang dialui oleh rakan - rakan ini sehinggalah mereka tersingkir dan menubuhkan Amanah ialah mereka terbeban dengan label 'Anwaris' . Merekalah selama ini ketika dalam Pas yang bertegas mempertahankan prinsip kebersamaan dan menjadikan Pas itu hormat dan membantu parti komponen lain. (sila klik https://www.malaysiakini.com/news/350382) Nampaknya kali ini jasa dan sumbangan mereka tidak langsung bernilai. Adakah bagi PKR politik ini bukan lagi soal prinsip tetapi hanya soal bagaimana mendapatkan kuasa semata - mata ?

9. Selaku anggota seumur hidup (walaupun digantung tak bertempoh) saya agak terkilan terpaksa menulis teguran terbuka ini, namun terkilan saya sangat tinggi. PKR seharusnya menjadi parti berprinsip teguh namun apa berlaku kini sedikit menggoyahkan pandangan umum pada kita.

10. Ketika Presiden PKR mengumumkan kewujudan PH , Timbalanya sendiri memalukan dia dengan mengumumkan keangkuhan dia selaku MB Selangor dengan mengatakan Selangor tidak ada kena mengena dengan PH. Mujur maruahnya diselamatkan oleh Lim Guan Eng (DAP) dengan mengumumkan P.Pinang sebagai Kerajaan PH. Kini nampaknya sekali lagi Guan Eng mengajar kita erti bagaimana bekerja dalam kerangka komponen pakatan. Namun di Selangor kita terus ego atau sememangnya Azmin sudah tidak boleh dikawal ?

Catatan oleh ; che'GuBard

untuk memahami isu dengan baik klik http://chegubard.blogspot.my/2016/07/pemakan-dedak-mahathir-dalam-pkr-sedang.html juga untuk baca

2 comments:

  1. Azmin sudah tidak boleh dikawal. Tiada siapa berani dan boleh langgar dia..

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:35 AM

    Azmin proksi umno

    ReplyDelete