BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN a.k.a che’GuBard ,
Pusat Gerakan Rakyat (PaGER) SAMM,
No. 344 (Tingkat 1 & 2),
Jalan Haruan 5/8, Oakland Commercial Centre,
70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Pusat Gerakan Rakyat (PaGER) SAMM,
No. 344 (Tingkat 1 & 2),
Jalan Haruan 5/8, Oakland Commercial Centre,
70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
18 Jun 2016
Kepada :
Pihak Malaysiakini.com,
No. 9, Jalan 51/205A, Off Jalan Tandang,
46050 Petaling Jaya, Selangor
No. 9, Jalan 51/205A, Off Jalan Tandang,
46050 Petaling Jaya, Selangor
Saudara ;
Surat terbuka : MEMOHON
‘POSTING’ PENJELASAN DAN MAAF.
Merujuk kepada satu posting
berita dengan tajuk “SAYA DIUPAH UNTUK BACA TESK OLEH CHEGUBARD” pada 9 Jun
2016 (sekitar waktu petang) yang melaporkan seolah Malaysiakini dapat bercakap
dengan Azharuddin Othman yang mengatakan bahawa saya mengupahnya untuk membaca
tesk akuan bersumpah yang menyatakan dia terlibat dalam memalsukan akuan
sokongan Dekralasi yang diketuai Mahathir bagi menyingkirkan Najib. Ternyata
apabila dihubungi oleh pihak SAMM wartawan Malaysiakini telah mengesahkan ia
hanya melaporkan berdasarkan wujudnya satu SD (palsu) yang berkeliaran di media
social tanpa mendapat pengesahan dari saya (che’GuBard) atau Azharuddin
sendiri.
Setelah dihubungi kali pertama wartawan Malaysiakini hanya
membuat perubahan (edit) berita sahaja tanpa mengubah tajuk yang jelas berniat
jahat. Setelah dihubungi sekali lagi dengan menyatakan rasa kesal SAMM dengan
berita tersebut, sekali lagi wartawan Malaysiakini membuat perubahan isi berita
dan mengubah tajuk tersebut tanpa sebarang penjelasan.
Malangnya tajuk awal Malaysiakini sudah pun mempengaruhi
banyak pengguna media social malah maki hamun termasuk melibatkan nama keluarga
saya telah menjadi viral malah termasuk dalam ruangan komen Malaysiakini
sendiri. Malam itu juga sekali lagi
pihak SAMM menghubungi wartawan Malaysiakini yang terlibat untuk menuntut
berita tersebut ditarik dan satu penjelasan baru dan permohonan maaf dibuat
namun berita itu tidak ditarik hanya nota kaki dibuat dalam berita tersebut. Namun
ia tidak mengubah keadaan sama sekali kerana tajuk berita Malaysiakini sudah
pun disebarkan oleh pengguna laman sosial.
Amat malang sekali ialah laporan Malaysiakini terhadap SD
palsu yang dilaporkan betul itu dibuat walaupun Azharuddin, saya dan beberapa
pihak sendiri sudah menyiarkan mengenai SD palsu itu sebagai palsu. Namun oleh
kerana pengaruh Malaysiakini yang mempunyai pembaca ramai maka laporan
Malaysiakini tersebut benar – benar telah mengganggu saya, Azhar dan keluarga.
Ini memaksa esoknya saya dan Azhar terpaksa memanggil satu
sidang media, malangnya saya tidak faham adakah Malaysiakini punya masalah
dengan saya, SAMM atau terlalu pro Mahathir sehingga penafian dan penjelasan
Azhar tidak menjadi utama sebaliknya Malaysiakini melaporkan seolah saya panik lari
dan menamatkan sidang media tergesa – gesa sedangkan jika melihat video penuh
sidang media tersebut perkara dilapor Malaysiakini jelas tidak berlaku.
Untuk pengetahuan pihak tuan, saya dan Azharuddin bukan
sahaja telah membuat penafian terbuka , juga telah membuat laporan polis
secara berasingan mengenai SD palsu tersebut. Namun laporan Malaysiakini yang
menyatakan saya sangat jahat membayar Azharuddin untuk menipu itu sangat
memberi kesan. Saya didesak keluarga dan teman – teman untuk membuat laporan
SKMM dan membuat tuntutan undang – undang namun perbincangan panjang saya dan
SAMM membawa kepada ingatan panjang kami dan jasa Malaysiakini dalam susah payah
perjuangan ini.
Saya dengan ini memohon pertimbangan Malaysiakini untuk
dalam tempoh 48 jam agar dapat :
·
Menarik semula posting berita yang dimaksudkan
(menarik bermaksud memadam sepenuhnya)
·
Menulis posting berita baru dengan tajuk
Malaysiakini “Ternyata SD kedua palsu : permohonan maaf kepada Azharuddin dan
che’GuBard”
Permohonan ini rasanya sangat tidak melampau dengan
mengambil kira kesan laporan dengan tajuk dan berita awal yang disifatkan jahat
dan tidak bertanggungjawab.Saya dalam pertimbangan cadangan untuk laporan SKMM
dan tindakan undang – undang, saya sangat berharap pihak Malaysiakini dapat
membantu saya untuk tidak meneruskan pertimbangan tersebut.
Dikesempatan ini juga saya dan keluarga besar SAMM
mengucapkan terima kasih atas sokongan pihak Malaysiakini selama ini dan amat
berharap perkara ini dapat diselesaikan lantas dapat sama meneruskan hubungan
yang sangat kami hargai.
Sekian dan terima kasih.
che’GuBard
Pengasas,
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
http://chegubard.blogspot.com
chegubard@gmail.com
Pengasas,
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
http://chegubard.blogspot.com
chegubard@gmail.com
salinan kepada Peguam
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
malaysiakini harus bertanggungjawab
ReplyDelete