Monday, June 06, 2016

PENGAKUAN MAHATHIR HANYA MENUTUP BANGKAI GAJAH

Kenyataan umum

6 Jun 2016

PENGAKUAN MAHATHIR MENGENAI TANDATANGAN PALSU HANYA "MENUTUP BANGKAI GAJAH"

1. Panik dan terdesak dengan pendedahan Azharuddin Othman (26 Mei) yang muncul dengan akuan bersumpah bahawa dia dan 'pasukanya' terlibat dalam membekalkan 'database' kepada blogger Mahathir iaitu Syarul Ema atau juga dikenali Ratu Naga bagi tujuan memalsukan tandatangan / akuan sokongan Deklarasi yang diketuai Mahathir. Semalam Mahathir terpaksa mengeluarkan kenyataan mengakui kononya seketeriat telah menemui 300,000 'tandatangan / akuan sokongan' palsu dan seketeriat bertindak mengeluarkan senarai tersebut (klik sini).

2. Ini berbeza dengan respon YB Mahfuz Omar Ahli Parlimen PAS, yang aktif menyokong Mahathir. Sebaik sahaja pendedahan (27 Mei), Mahfuz menafikan sebarang kewujudan tandatangan palsu malah menyifatkan dakwaan Azharuddin hanya merendahkan tahap intelektual rakyat (klik sini). Namun setelah didedahkan semua 'print screen' komunikasi antara Ema dan pasukan Azharuddin YB Kamaruddin Jaafar selaku Ketua Seketeriat Deklarasi yang diketuai Mahathir terpaksa muncul bagi menafikan Ema terlibat dengan Seketeriat. Namun dengan nada berbeza Kamaruddin mengakui memang ada tandatangan palsu sebanyak kira - kira 250,000 iaitu kerana nama bertindih dan maklumat tidak lengkap. (klik sini)

3. Penafian Ema tidak mengenali Azharuddin telah dijawab dengan print screen terbaru Ratu Naga yang terus berhubung dengan salah seorang pasukan Azharuddin yang membekalkan 'database' (klik sini). Penafian Ema terlibat dengan seketeriat pula sudah dijangka dan saya telah nyatakan dalam kenyataan saya 28 Mei sebelum penafian tersebut lagi (klik sini).

4. Pengakuan Kamaruddin menyatakan kira -kira 250,000 dan kemudian pengakuan Mahathir pula kira - kira 300,000 tandatangan / akuan sokongan palsu ditemui oleh Seketeriat setelah membuat penapisan hanya usaha menutup bangkai gajah. Yang mereka keluarkan hanyalah akuan sokongan yang berulang dan tidak lengkap tetapi bagaimana dengan akuan yang dimasukkan melalui senarai maklumat yang disalin dari pengkalan data yang lain.



5. di atas ialah contoh paparan dari lawan sesawang yang mengumpul sokongan terhadap deklarasi yang diketuai Mahathir. Pertama , laman tersebut begitu lemah sehingga kalau memasukkan data salah tetap diterima contohnya di atas dua nama guna kad pengenalan palsu sama tetap diterima. Data seperti inilah mungkin disaring dan ditolak tetapi bagaimana dengan data yang diperkatakan oleh Azharuddin dalam akuan bersumpahnya di mana dia membekalkan senarai nama, kad pengenalan dan email ratusan ribu nama dan data tersebut dimasukkan melalui laman sesawang yang mengumpul sokongan maka sudah pasti ia tidak dapat dikesan. Jika ia operasi sulit kelompok tertentu maka saya beranggapan baik dengan menyifatkan pimpinan pembangkang seperti YB Kamaruddin Jaafar yang dilantik selaku ketua seketeriat tidak mengetahui ia dipalsukan dan hanya berbangga dengan jumlah yang meningkat mendadak.

6. Ada petugas seketeriat Mahathir yang marah kononya mereka sendiri turun ke pasar malam dan seumpamanya bagi mendapatkan tandatangan, ya itu usaha yang 'real' tetapi hanya sekitar hampir 200,000 sahaja dan ini diakui oleh Kamaruddin sendiri. Selebihnya dikumpulkan secara atas talian (on-line) dan disinilah penipuan dibuat.

7. 3 Jun 2016, Siti Noor Hafiza Azmi, Naib Ketua AMK Bayan Baru dengan diiringi Rizal Tahir, Timbalan Ketua Cabang PKR Bayan Baru telah membuat laporan polis kerana pendedahan Azharuddin perlu disiasat kerana ia melibatkan cubaan menipu DYMM SPB Yg DiPertuan Agong. Dengan maksud sama 15 laporan lain dibuat di beberapa tempat seluruh negara. Bagi che'GuBard ini bukan sahaja melibatkan penderhakaan kerana cubaan menipu Istana Negara tetapi ia merupakan pengkhianatan terhadap rakyat.

8. Pihak PDRM melalui kepakaran 'forensik' mereka perlu segera menyiasat. Panggil Azharuddin dan dapatkan senarai nama yang dibekalkan kepada Seketeriat Deklarasi Mahathir kemudian dapatkan senarai sokongan dari Seketeriat Deklarasi Mahathir. Bezakan keduanya, jika terdapat pertindihan hubungi penama tersebut dan dapatkan adakah mereka sedar nama mereka dalam senarai sokongan Deklarasi tersebut ? Bukanlah isu untuk merahsiakan senarai nama sokongan kerana memorandum kepada Istana akan jadi dokumen awam juga akhirnya maka tiada keperluan tidak mendedahkan senarai nama sokongan. Jika Seketeriat Deklarasi enggan bekerjasama maka sudah tentu mereka juga sedar mengenai penipuan ini dan mahu menutupnya.

9. Telah saya sebut apa yang berlaku cukup memalukan saya bersimpati kepada semua kerana telah ditipu oleh pasukan Mahathir. Saya yakin watak seperti Dato’ Ambiga, Hj. Mohammad Sabu dan Datuk Kamaruddin Jaafar beberapa nama lain tidak mengetahui perkara ini tetapi telah tertipu. Itulah yang saya jelaskan dari awal Mahathir dan kartelnya tidak pernah berubah. Mereka ini ialah penganut politik 'Machiavelli' yang tegar dan akan melakukan apa juga demi matlamat mereka.

10. Saya tegaskan sekali lagi, belum apa pun lagi rakyat ditipu, tandatangan dipalsukan malah mereka sanggup ke Istana dengan tandatangan palsu dan bukan pelik kerana menghina Istana ini bukanlah sekali dilakukan oleh Mahathir. Nasihat saya pada semua nama besar aktivis dan pembangkang. Jauhi diri dari Mahathir dan kartelnya mereka ini akan memusnahkan.

che'GuBard, SAMM

4 comments:

  1. Anonymous11:04 AM

    Chegu bard baruaa bn

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:10 PM

    Chegu bard bangang

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:47 PM

    tipu je madey ... madey je tipu hahaha
    bodoh je umno... umno je bodoh...

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:21 AM

    Tahniah anda konsisten

    ReplyDelete