tiba - tiba ada serangan terhadap che'GuBard dalam isu lantikan Ahli Majlis PBT dalam Selangor. Perlu ditegaskan kenyataan berkenaan lantikan Ahli Majlis dalam Selangor dikeluarkan oleh pimpinan cabang dalam Selangor sendiri dan bukan kenyataan che'GuBard.
Terima Kasih kepada Murali, Setiausaha Cabang PKR Kelana Jaya kerana penegasan yang dibuat semalam.
gambar sidang media 16 Febuari 2016 yang dihadiri sendiri oleh mereka yang berjawatan Naib Ketua Cabang, Setiausaha Cabang dan AJK beberapa cabang dalam Selangor dan mereka sendiri yang bercakap |
laporan media yang juga merekodkan kenyataan dari pimpinan PKR Selangor sendiri |
Kenyataan terbuka
17 Febuari 2016
1. Saya terbaca kenyataan Thiban Subramaniam yang mengeluar kenyataan atas jawatannya dalam AMK Selangor. Kenyataan semalam yang disebar melalui Whatsapp jelas menunjukkan beliau sendiri tidak faham isu. Kenyataan berkenaan lantikan ahli majlis dibuat oleh saya bukan che'GuBard maka respon kepada saya bukan menyerang che'GuBard. Sidang media semalam juga turut dihadiri Jawatankuasa PKR dari pelbagai Cabang di Selangor
2. Kepada Thiban, kamu boleh cakap apa pun tetapi jangan menipu ketika nama kamu tidak tersenarai di peringkat awal sebagai calon Ahli Majlis, kamu temui saya dan kawan-kawan minta bantuan beri tekanan dan kini bila sudah dapat habuan kamu bertukar nada 100%. Sekurang-kurangnya jujurlah pada diri sendiri. Kepada Thiban juga, jangan kamu suka- suka menyerang orang sebagai lidah TV3 dan seumpamanya. Kami keluar media desak parti diperbetulkan tetapi kamu tahukah yang Azmin pernah masuk TV3 menuduh Presiden parti amalkan kronisma dan nepotisma hanya kerana parti tak lantik dia jadi MB selepas PRU 13.
3. YB Suhaimi, Setiausaha Menteri Besar pula dalam kenyataan seperti laporan Malaysiakini berkata lantikan Ahli Majlis telah selesai semuanya dan saya sengaja perbesar isu. Selesai bagaimana? Dengan kamu (kartel azmin) berjaya menempatkan kroni - kroni kamu dengan mengenepikan suara akar umbi parti ?
4. Saya dengan ini mempertahankan apa yang saya nyatakan dalam sidang media semalam yang turut dihadiri beberapa pimpinan cabang PKR Selangor. Saya tegaskan lantikan Ahli Majlis mengenepikan suara Cabang dan ia usaha melemahkan parti peringkat Cabang yang tidak menyokong Azmin pada pemilihan lalu. Dimana sememangnya Azmin kalah di kebanyakan Cabang dalam Selangor. Pemilihan sudah berlalu, satukan parti dan jangan ambil kesempatan balas dendam.
5. Azmin melalui Zuraidah walaupun dalam mesyuarat MPN (PKR Negeri) menyatakan Cabang berkuasa memilih ahli majlis namun contohnya Kelana Jaya telah menamakan 5 orang mengikut kuota yang diberikan malangnya nama yang kami beri ditolak dan dilantik kroni mereka termasuk orang yang tidak dikenali dan baru saja jadi anggota parti. Ini berlaku di kebanyakan Cabang.
6. Kerana mementingkan kroni maka 'peraturan' di mana Ahli Majlis harus terdiri dari mereka yang bermastautin sekurangnya 5 tahun di kawasan diketepikan. Maka ada yang dari Subang dilantik ke Kelana Jaya, dari PJ Selatan dilantik menjadi Ahli Majlis di Sepang, dari PJ Utara dilantik ke Majlis Daerah Kuala Langat dan banyak lagi. Mereka duduk diluar kawasan, tidak kenal penduduk dan kawasan ditadbir bagaimana mahu berkhidmat. Akhirnya, mereka terasing dari masalah setempat dan hanya datang mesyuarat untuk bincang projek dan kontrak sahaja.
7. 'Peraturan' yang ditetapkan oleh mesyuarat Exco dimana Ahli Majlis mesti duduk dalam kawasan hanya digunakan berdasarkan kepentingan. Contohnya Prof Dr.Aziz Bari kerana Azmin takut dengan dia maka usaha DAP menamakan dia selaku Ahli Majlis Ampang dinafikan kerana alasan dia duduk dlm kawasan Majlis Selayang. Tetapi peraturan ini dibakul sampahkan bila mahu tempatkan kroni mereka.
8. Azmin tidak menghormati struktur parti malah dia sendiri sedang berusaha mensabotaj parti diperingkat cabang. Saya pertahankan hujah saya dan saya sedia berdepan dengan siapa sahaja untuk menunjukkan bukti. Kita sayangkan PKR.
Murali Subramaniam
Setiausaha Cabang PKR
Kelana Jaya, Selangor
+60193743881 (no telefon bukan utk sebaran umum)
keratan kenyataan yang disiarkan dalam media respon Kerajaan Selangor kenapa Prof.Dr. Aziz Bari yang ditolak pencalonannya kerana bermastautin di luar kawasan. |
Garis Panduan yang dipakai berdasarkan kepentingan lantikan kartel Azmin semata - mata
No comments:
Post a Comment