Saturday, February 20, 2016

Kadar Denda JPJ tidak munasabah

Kenyataan Umum SAMM
20 Februari 2016
Kadar Denda Baru JPJ Tidak Munasabah
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam tindakan pihak berkuasa Jabatan Pengangkutan Jalanraya(JPJ) berhubung dengan kadar baru hukuman lebih berat terhadap pengguna sticker cermin gelap atau 'Tinted windows'.
Ia menyaksikan kesalahan pertama denda RM2000 atau penjara 6 bulan dan untuk kesalahan berulang denda RM4000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali. Ia satu hukuman yang zalim dan tidak setimpal dengan kesalahan.
Mengapa tidak penjarakan pesalah yang menggunakan nombor plat kenderaan tanpa mengikut spesifikasi?
SAMM merasakan bahawa kadar baru yang dikuatkuasakan pada 6 Februari adalah terlalu tinggi berbanding kadar lama iaitu denda RM500 atau penjara 2 minggu dan denda tidak melebihi RM1000 atau penjara 1 bulan.
Kerajaan harus kemuka justifikasi yang jelas mengapa undang-undang baru serba kejam itu diperkenal. Sedangkan cermin kereta yang digelapkan itu adalah kerana faktor cuaca dan suhu dunia yang meningkat secara rapid.
Menjadi persoalan, mengapa kenderaan rasmi kerajaan, jabatan-jabatan dan VIP dibenarkan untuk bercermin gelap 0% ketelusan cahaya sedangkan untuk kenderaan biasa tidak dibenarkan? Alasan yang diberikan adalah untuk keselamatan. Kami rakyat marhein juga perlu selamat malah sudah banyak laporan polis telah dibuat berkenaan kes pecah cermin atas kes kecurian.
Sekali lagi SAMM ingin tegaskan bahawa tidak perlu untuk meninggikan kadar denda kerana kami tahu semua duit-duit itu akan masuk ke poket kamu. Yang kaya semakin kaya, yang miskin akan terus miskin kerana di tindas.
Jangan jadikan poket rakyat sebagai tabung untuk menutup kekurangan kantung dan bebanan hutang negara yang berpunca dari pentadbiran penuh ketirisan. Rakyat bukan tabung ayam kerajaan.
Sekian
Amirul Syazwan
Penyelaras SAMM Kebangsaan

No comments:

Post a Comment