Thursday, September 11, 2014

Tahniah, perjumpaan SAMM ransang pemuda Umno turut menyumbang

Kenyataan media

11 September

KEHADIRAN SAMM DI KEMENTERIAN KEWANGAN RANSANG PEMUDA UMNO TURUT MENYUMBANG PEMIKIRAN MUDA DALAM BELANJAWAN 2015

Pada 5 September 2014 SAMM telah diberikan temujanji dengan YB Datuk Ahmad Maslan Timbalan Menteri Kewangan untuk menerangkan sendiri beberapa dapatan hasil Bengkel Pengurusan Ekonomi Negara anjuran SAMM pada tahun 2012. Dimana beberapa cadangan tersebut telah disalurkan sebelum ini kepada perbagai pihak seperti ahli - ahli parlimen PR tetapi seolah tidak mendapat perhatian.

Namun apabila disampaikan kepada pihak Kementerian Kewangan kami mendapat respon positif serta diberi ruang bertemu dan menyampaikan sendiri idea praktikal tersebut .

Antara cadangan tersebut ialah Pindaan Perintah Levi yang kali terakhir dipinda 1983. Pindaan ini akan meningkatkan pendapatan negara sehingga RM300juta setahun dan bakal memberikan impak letusan ekonomi khususnya di kawasan selatan Semenanjung Malaysia.

Kami menghargai keterbukaan Kementrian Kewangan menerima kehadiran SAMM. Walaupun sebelum ini SAMM dikenali perbagai label negatif ganas dan radikal namun kami mahu buktikan anak muda dijalanan bukan tidak punya idea dan pemikiran tetapi kami memilih untuk berada didepan dan berlawan dengan cara serta nada anergatik muda.

Namun di Malaysia perlu diakui masih ramai yang pemikiran sempit politik kepartiannya. Bukan sahaja che'GuBard dilebel masuk Umno tetapi Datuk Ahmad Maslan sendiri teruk diserang khususnya oleh blogger Umno kerana bertemu SAMM. Namun kami percaya Ahmad Maslan tahu apa yang dilakukannya serta kami yakin kami melakukan perkara yang betul.

Jika dilihat dalam aspek perbezaan sudah tentu banyak titik pertembungan antara kami dengan pihak penguasa, namun jika kita boleh sama mengenepikan perbezaan dan mencari kesamaan saling menerima pandangan pasti impaknya positif. Menyedari impak kesan ekonomi global yang kesan langsungnya terus kepada rakyat maka cabarannya kini ialah menambah pendapatan negara dalam keadaan meminimakan impak kepada rakyat disinilah SAMM cuba bersama dan sudah tentu desakan mewujudkan urustadbir baik menjadi keutamaan.


 Ternyata kehadiran SAMM juga membawa impak yang kami tak sangka, mungkin tertekan dengan kehadiran SAMM yang mereka lihat pembangkang. Maka Pemuda Umno sendiri beberapa hari selepas itu telah hadir pula bertemu Datuk Ahmad Maslan mengajukan pula cadangan anak muda Umno untuk Belanjawan 2015. SAMM melihat ini semua positif dimana perlu ada banyak pandangan dan sumbang saran dari perbagai pihak khususnya kelompok muda. Nampaknya kehadiran kami bukan sahaja membawa cadangan, memecahkan tembok pemisah pembinaan negara malah turut menjadi ransangan kepada kelompok muda lain turut terlibat aktif dalam menyumbang idea dan pandangan.




Tahun ini sekali lagi SAMM akan mengumpulkan pemikiran anak muda akar umbi dari teman muda mahasiswa sehinggalah teman anak muda dikampung dan bandar dalam membincangkan pandangan dan peranan anak muda berkait dasar fiskal negara, ekonomi dan urustadbir Kerajaan  pasca Belanjawan 2015  supaya garapan pandangan dan idea anak muda dapat diangkat dalam memacu pertumbuhan dan pembangunan negara. SAMM berharap akan mengadakan bengkel dengan penglibatan semua pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang demi pembinaan negara.

Sekian

che'GuBard

No comments:

Post a Comment