Thursday, September 04, 2014

Surat terbuka : Datuk Zahid benarkah nilai 5 jam tangan kamu sahaja mencecah RM1.5j ?

4 September 2014


Surat terbuka buat ;

YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,

Menteri Dalam Negeri.


  1. Surat ini tidak ada kena mengena dengan tindakan angkuh YB. Datuk Seri mutaakhir ini yang bertindak dalam kes akta hasutan mahupun bertindak terhadap Pasukan Peronda Sukarela bawah Kerajaan Pulau Pinang sebaik sahaja sukarelawan tersebut selesai menyelia bantu dan menyertai Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri.
  2.  Pada 29 Ogos  (Jumaat) lalu jam 1.13 ptg ketika Jalan Tun Razak sangat sesak kedengaran siren polis mengasak semua ketepi kerana ada Menteri yang menggunakan Velfire hitam dengan no daftar KDN 38 hendak lalu. Ketika itu jalan terlalu sesak tidak membenarkan kenderaan ke kiri atau ke kanan termasuk ke depan. Namun konvoi menteri tersebut angkuh ingin lalu segera sehingga pengawal peribadinya yang bermotorsikal berkuasa besar menendang dan memukul beberapa buah kenderaan termasuk kenderaan yang saya naiki. Namun sesungguhnya surat terbuka ini bukan juga berkenaan hal tersebut.
  3. Saya difahamkan oleh teman - teman bahawa YB Datuk Seri punya koleksi kereta mewah dan cukup minat dengan motor berkuasa besar. Namun itu hanya saya dengar dan tidak tahu kesahihanya.  Surat terbuka ini adalah kerana saya tertarik dengan penampilan kemas dan bergaya YB Datuk Seri  khususnya koleksi jam tangan mewah bergaya yang hampir setiap kali muncul dikhalayak jam tangan berbeza digayakan.
  4. Di teliti 5 koleksi gambar yang diperolehi 4 dari media tempatan dan 1 dari media negara jiran memperlihatkan jam mewah yang sangat bergaya. Oleh kerana minat saya cuba kenal pasti jenis jam tersebut dan dikenal pasti harganya.
  1.  1) IWC PERPETUAL CALENDER Retail Price: USD $41,100

     2) RICHARD MILLE RM011 LE MANS ROSE GOLD Retail Price: USD $120,000
    3) RICHARD MILLE RM011 ASIA BOUTIQUE EXCLUSIVE  Retail Price: USD$109,000
    4) RICHARD MILLE RM028 DIVER ROSE GOLD Retail Price: USD$145,000
    5) RICHARD MILLE RM033 EXTRA THIN Retail Price: USD$80,000

  • Harap YB Dr. tak tersinggung dengan surat terbuka ini. Saya mengumpulkan gambar dan menyelidik koleksi jam tangan YB Dr. kerana minat saya dan terpegun dengan koleksi jam mewah YB Dr. Harapnya saya tidak disiasat dibawah akta hasutan atau dikepung oleh gangster di stesen minyak seperti Amir Bazli Abdullah hanya kerana surat terbuka ini.

    Hanya ingin bertanya benarkah benarkah model jam yang saya cuba padankan dengan yang YB Datuk Seri Dr. gayakan. Saya andaikan tak mungkin seorang Menteri menyokong usaha pemalsuan barangan dengan memakai barang tiruan. Maka jika benar modelnya maka jumlah koleksi 5 jam tangan tersebut mencecah RM1.5 juta nilainya.

    Persoalanya ialah banyak wang YB Datuk Seri Dr. ya ? Itu baru 5 jam tangan dan banyak lagi gambar YB Dr. muncul dengan jam tangan berbeza, saya yakin pasti ada puluhan lagi koleksi jam tangan mewah dalam koleksi, maka berapa nilai semua jam tangan sahaja ? Bagaimana dibeli atau siapa yang hadiahkan ? atas urusan apa hadiah jam mewah sebegitu harganya ?

    Ketika rakyatberkira wang syiling untuk membeli barang, adakah wajar YB Datuk Seri Dr. memiliki dan memperagakan koleksi jam tangan mewah ? Itu baru jam belum diteliti lagi yang lain.

    Adakah rakyat sahaja harus ubah cara hidup dan dihimpit kesusahan sedangkan pak Menteri dan keluarga terus memperagakan kemewahan.

    Jika benar maka teringatlah saya dengan cerita bagaimana YB Datuk Seri menjadi panglima kepada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika awal pemecatanya dan selepas didera di dalam ISA, YB Datuk Seri telah kendur dan berpatah balik ke pangkuan Umno. Mujurtidak tahan tekanan dan berpatah balik jika tidak pasti koleksi mewah ini terlepas untuk saya nikmati diperagakan YB Datuk Seri.


senarai harga jam mewah  sila klik untuk mendapat imej jelas

  • Amat mengharapkan respon positif dari YB Datuk Seri atas  pertanyaan saya dalam surat ini dimana saya juga merupakan peminat jam, cuma seperti marhaen biasa kami cuma ada minat tetapi hanya dapat menikmatinya dengan melihat digayakan ditangan Menteri seperti YB Datuk Seri dan keluarga
Sekian.

che'GuBard


klik sini untuk menyumbang kepada SAMM


Dapatkan buku terbaru bongkar hubungan Malaysia - Israel. Perbagai data dan dokumen sokongan bukti betapa munafiqnya bila kita bercakap simpati Palestin.
dapatkan buku ini sebelum diharamkan klik http://chegubard.blogspot.com/2014/08/buku-terbitan-terbaru-samm-bongkar.html?m=1

10 comments:

  1. Tqs.....http://steadyaku-steadyaku-husseinhamid.blogspot.com.au/2014/09/satu-lagi-surat-terbukakali-ini-untuk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Steadyaku47+(steadyaku47)

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:47 AM

    slh satu punca kenapa internet di babi hitamkan sampai mahu tapis mcm akhbar mainstream..susah mahu sorok..online price boleh rujuk terus dimana2 shj.

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:04 AM

    Rocky the great brown flesh vibrator says: bukan dia beli la Chegu Bard. Ingat menteri2 melayu & org2 kaya melayu nak beli ke benda mahal2 ni? itu sume "hadiah" a.k.a "pemberian" atas "jasa baik" yang "telah diberikan" atau "akan diberikan". Lu cakap macam tak pernah berkawan dgn pegawai kerajaan /org politik atau org2 peniaga.. ke lu saje tutup mate & aqal? Lu sindiri Tanya la itu anak menteri yang belu rumah RM7 juta bagai Lambo (beniaga jual bunga) tu dia guna duit dia ke? Bini "org besar" yang macam panda pakai handbag ratus ribu, emas juta2 lu ingat dia guna duit dia ke?

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:35 PM

    Apa kata SPRM? Tangkap kastam sahaja? Mungking orang lari cukai boleh beri hadiah....

    ReplyDelete
  5. Anonymous3:32 PM

    spram,nak nak jumpa menteri....hahahahahaahahaaaa...haaaaa

    ReplyDelete
  6. Memang mewah sungguh koleksi jam tangan tu dan tak sepadan dengan pendapatan seorang Menteri tapi ada satu lagi persoalan yang seluruh dunia menanti jawapan nya - mana pergi jam Omega Anwar yang Kak Wan simpan tu ? Dapat tengok sekali pun jadi lah...

    ReplyDelete
  7. Anonymous6:30 AM

    klu dulu ada mahkluk kata...dia mampu beli semua handbag, bodybag, kneebag, assbag yg berbilion-bilion harganya psl dia dah menabong sojak kocik laih...la nie the so-called dr..lol..mungkin sama jugak kot...menabong sojak kek indon laih la..kah..kah.kha??? x gitu???

    ReplyDelete
  8. Anonymous8:21 AM

    Macam mana pun, Dato Seri got no style la... Apadah pakai jam di tangan kanan macam faggot

    ReplyDelete
  9. Anonymous11:52 AM

    Jam tangan OMEGA al Juburi mana?

    ReplyDelete
  10. Anonymous1:04 AM

    menteri boleh saja terima hadiah atau cenderahati dari orang tetapi penjawat awam bawahan dilarang.jika ambil akan disiasat sprm...

    ReplyDelete