Monday, September 22, 2014

Adakah Sabah memerlukan referendum ?

Kenyataan Umum

22 September 2014


ADAKAH SABAH MEMERLUKAN REFERENDUM ?

Referendum Scotland 2014 telah berakhir dengan majoriti warga Scotland (55.3%) mengundi untuk terus Scotland untuk bersama England. Mood untuk melihat Scotland berdiri sendiri ini punya tali sejarah yang panjang dan perbagai alasan baru seperti ekonomi. Scotland punya simpanan hasil bumi yang cukup untuk membangunkan Scotland sebagai sebuah negara baru. Perletakan Jawatan Alex Salmond yang lantang membangkitkan sentimen kemerdekaan Scotland tidak memadamkan secara total gelojak kemerdekaan Scotland khususnya apabila yang mengundi untuk keluar ialah majoritinya kelompok muda.

Namun ini harus dipelajari secara teliti dan jujur oleh Malaysia, bagaimana tuntutan rakyat Scotland ini dilayan. Kita punya kes hampir serupa iaitu Sabah. Dari beban sejarah, Sabah agak terasing dari Malaysia. Sabah tidak pernah 'memasuki Malaysia' namun Malaysia hanya terbentuk apabila Sabah, Sarawak, Malaya (Tanah Melayu) dan Singapura sama bersetuju membentuk Malaysia. 

Sama ada kita sedar atau tidak 
  • Filipina tidak pernah sama sekali menggugurkan tuntutan terhadap Sabah.
  • Referendum Sabah yang membuat keputusan bersama Malaysia kini mula dipertikai apabila disedari ia bukan referendum sebenar kerana hanya sekitar 4 % sahaja penduduk Sabah ketika itu terlibat. Jika diteliti dengan jujur Referendum itu hanya kajian ilmiah yang menggunakan teknik 'sampling' yang dipropagandakan oleh British secara berlebihan pada ketika itu.
Fakta yang kita tidak boleh ketepikan juga ialah Sabah merupakan negara yang paling kaya hasil buminya tetapi Sabah terus - terusan rakyatnya tertinggal miskin teruk. Itu belum lagi jika dibezakan dengan pembangunan dari negeri lain di Malaysia.

Semua ini menjadikan sentimen Sabah - Malaysia menjadi seolah bom jangka. Keadaan mula semakin parah apabila Sabah menjadi simpanan tetap pengekalan kuasa politik kuasa parti politik yang diwariskan oleh Penjajah.

Belum selesai isu kedaulatan Sabah, bumi di bawah bayu ini dilanda krisis identiti apabila dibawah Dr. Mahathir lambakan orang asing mendapat kad pengenalan secara pintu belakang. Ini mengakibatkan pribumi Sabah makin terhimpit dengan kebanjiran warga negara segera demi kemenangan pilihanraya.

Kesedaran rakyat makin memuncak, untuk memperlahankan protes rakyat maka satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja Siasat Pendatang Asing Sabah telah diistiharkan pada tahun 2012. SAMM menjangkakan ini semua kosmetik semata - mata, pengumuman dapatan nanti akan bersifat ilmiah dan tanpa satu perkara kukuh pun. Namun akhirnya ia bukan sekadar kosmetik namun satu tindakan membuang masa kerana langsung tidak ada pembentangan dibuat.

Dari maklumat yang SAMM perolehi pembentangan terpaksa ditangguh kerana memerlukan masa memujuk semua terlibat untuk mengubah hasil dapatan Suruhanjaya sebelum dibentang kepada umum. Antara yang perlu disurukkan ialah fakta dimana Sabah kini dihuni oleh majoriti mereka yang mendapat Kad Pengenalan dari pintu belakang, malah ada ganerasi PATI kini sudah menjawat jawatan penting pentadbiran pun. Pribumi terus terhimpit dari perbagai aspek. 

Menjadi persoalanya sekarang ialah mengenai kesetiaan. Serangan Lahad Datu antara puncanya ialah kebanjiran warga asing di Sabah. Keadaan bertambah teruk sebenarnya, dari kewujudan Zon Keselamatan kini sudah menjadi kawasan Darurat dengan perintah berkurung yang masanya bukan semakin berkurangan tetapi semakin bertambah. 

Keadaan semakin kritikal sebenarnya. Soalnya adakah Malaysia mampu dari aspek kewangan ? Dalam keadaan negara makin merangkak menyusun kewangan kini berapa sebenarnya perbelanjaan yang telah dicurah dan terpaksa terus dicurah ke zon keselamatan ? Adakah kita mampu ? 

Menjadi kekuatiran ialah akhirnya kita terpaksa menjemput campur tangan kuasa besar yang sentiasa menanti peluang untuk bersekedudukan di kawasan tersebut. Malah dari maklumat yang diperolehi sememangnya Amerika sudah mula menempatkan kedudukan dikawasan tersebut.

Kepada penguasa Malaysia, melihat kembali cara England mengendalikan Scotland kita harus belajar sesuatu. Tidak ada propaganda berlebihan, tidak ada rusuhan atau ugutan kaum atau agama dicipta, tidak ada akta hasutan diguna, tidak ada IC palsu yang disah pakai tersebar. Akhirnya Scotland tetap bersama England. 

Tetapi kita di Sabah keadaan makin kritikal. 

Akhirnya kepada warga Sabah juga diperingatkan jangan sesekali ada istilah menolak Kuala Lumpur kerana selama ini yang menjadi Ketua Menteri ialah orang Sabah sendiri, cuma apa yang berlaku ialah pemimpin Sabah dan pemimpin Kuala Lumpur yang saudara pilih ialah mereka yang saling menjaga kepentingan menutup rompakan mereka dan ikatan inilah menjadi akar masalah.

Sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

2 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM W.B.T MUSLIMIN ,MUSLIMAT & SALAM SEJAHTERA TUAN2 PUAN2..

    TAHUKAH ANDA
    DENGAN RM25 ANDA BOLEH MENGGANDAKAN WANG DI DLM AKAUN BANK ANDA TANPA ANDA SEDAR/KETAHUI SIAPA YG MEMBERI?

    MUNGKIN INI SESUATU YG ASING DAN PELIK BAGI KITA DI NEGARA DUNIA KETIGA TAPI TIDAK DI NEGARA-NEGARA MAJU.

    MAKLUMAT LANJUT & BAGAIMANA
    UNTUK MENYERTAINYA?

    KLIK DI SINI
    http://www.needjiadi.blogspot.com/

    • IN SYAA ALLAH BERMANFAAT.

    • TIADA PAKSAAN UNTUK
    MENYERTAINYA.100% TERSERAH
    KPD ANDA KERANA
    PERKHIDMATAN/PROGRAM INI
    BERDIRI DI ATAS SIFAT JUJUR
    IKHLAS AMANAH DAN INTEGRITI.

    • FOR A BETTER WORLD FOR OUR
    FAMILY CHILDREN AND SOCIETY.

    TERIMA KASIH KERANA SUDI
    MEMBACA.
    WASSALAM...

    ReplyDelete
  2. urang kita3:00 PM

    Isu sabah kluar malaysia hanyalah gimik aneh yg dimainkan pihak yg tak pernah tahu tentang sabah pun..ni cadang nak wat pungutan suara la plak makin le lawak datang p sabah dulu bah duduk sini 2/3 tahun baru wat lawak ini macam ba.

    ReplyDelete