Kenyataan Media
27 November 2013
Kenaikkan Cukai Pintu 300% Adalah Sifat Balas Dendam BN Melalui DBKL
Belum
pun lagi mencapai tempoh setahun dalam pembentukan kerajaan Malaysia
selepas pilihanraya umum ke 13, warga Kuala Lumpur telah dikejutkan
dengan satu lagi 'bala' yang diberikan oleh kerajaan UMNO dan Barisan
Nasional, iaitu dengan kenaikan cukai pintu sebanyak 300 peratus.
Solidariti
Anak Muda Malaysia Wilayah Persekutuan (SAMM Wilayah) membantah
sekeras-kerasnya akan kenaikan cukai ini secara mendadak dan tidak masuk
akal. Warga kota hidupnya penuh kesempitan, ditambah pula dengan
kenaikan harga petrol, kenaikan harga barang-barang keperluan harian,
namun kerajaan terus menghukum rakyat yang menolak mereka.
SAMM
Menyifatkan tindakkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikkan
cukai pintu sebanyak 300 peratus adalah satu siri balas dendam terhadap
warga Kuala Lumpur kerana hampir semua parlimen kekal di tangan
pembangkang sedangkan kerajaan telah 'melabur' dengan jumlah yang besar
menjelang PRU-13.
Adalah
diingatkan bahawa pihak Datuk Bandar dan DBKL tidak wajar
sewenang-wenangnya menaikkan cukai pintu. Apakah benar ia rasional hanya
kerana untuk menaikkan nilai hartanah di Kuala Lumpur? Sedangkan
sebelum ini nilai harta tanah di Kuala Lumpur sememangnya telah
meningkat tanpa kenaikkan cukai taksiran.
Pendapatan
DBKL juga dilihat cukup besar jumlahnya dan tetap meningkat walaupun
cukai taksiran berada pada kadar yang sama selama 21 tahun. Peningkatan
jumlah pendapatan sebanyak RM511 juta kepada RM 1.69 billion dari tahun
2010 adalah cukup memberangsangkan, ia tanpa kenaikkan cukai pintu.
Malah DBKL turut menyatakan dalam buku Bajet 2013 bahawa prestasi hasil
ini akan meningkat bagi tahun kewangan 2012. Tidak cukupkah sumbangan
warga kota setakat hari ini?
Justeru,
SAMM melihat cadangan DBKL untuk menaikkan cukai taksiran 300% adalah
keterlaluan dan hasrat seperti ini harus dilupakan. Sebaliknya DBKL
harus menumpukan usaha penuh bagi mengutip hasil-hasil yang tertunggak
seperti tunggakan cukai taksiran, tunggakan sewa perumahan dan sewaan
gerai penjaja. Kenaikan kadar cukai pintu yang tidak seimbang dengan
prestasi keselamatan dan perkhidmatan yang ala kadar adalah satu bentuk
penganiayaan.
Ternyata,
Menteri Wilayah cuba menyembunyikan tindakan khianat mereka atas nama
‘pembangunan’. Tidak ada satu pun alasan yang boleh mewajarkan tindakan
kerajaan untuk menaikkan harga cukai pintu terhadap rakyat di mana-mana
wilayah sekalipun. Bagi SAMM, sebelum bercakap tentang pembangunan,
kerajaan perlu terlebih dahulu membangunkan nilai amanah dalam
pentadbiran dan pengurusan dana negara yang semakin tiris
Hentikan kenaikan cukai pintu atau rakyat tidak akan teragak-agak menghumban DBKL keluar dari ‘pintu’ pentadbiran!
Azmir Hj Mustafa
Penyelaras Negeri,
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan
No comments:
Post a Comment