Kenyataan Umum
6 November 2013
PENGAKUAN TUN MAHATHIR: AG PERLU DIBEKU DAN DIBERKAS SEGERA
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras supaya segala aktiviti yang melibatkan pihak Peguam Negara (AG)
dibekukan segera. Ia ekoran pengakuan Tun Mahathir yang mengaitkan Tan
Sri Gani Patail sebagai pengintip dan agen CIA. SAMM menyifatkan dakwaan
ini sebagai sangat serius.
Di
bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88 seksyen 3) memperuntukkan hukuman
penjara seumur hidup di atas kesalahan 'Pengintipan bagi maksud yang
mudarat kepada keselamatan atau kepentingan Malaysia'. Maka Tan Sri Gani
Patail harus diberkas dan dibicarakan serta-merta bagi menjamin negara
ini berada dalam kedudukan lebih selamat.
SAMM juga menggesa agar Tun Mahathir tampil membuat penjelasan lebih terperinci mengenai dakwaan serius yang dilontarnya.
SAMM
tidak menolak kemungkinan antara kecelaruan dan musibah yang berlaku
adalah termasuk melibatkan pemalsuan bukti dalam kes liwat DS Anwar
Ibrahim dan juga menyebabkan kekalahan Pulau Batu Puteh di mahkamah
antarabangsa. Pulau Batu Puteh juga tidak wajar terlepas namun apakah
mungkin ianya diatur demi kedudukan strategik Singapura yang menjadi
sekutu rapat Amerika Syarikat.
Laporan polis akan dilakukan oleh SAMM dan sekutu di seluruh negara dalam masa terdekat.
Sekian,
che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
No comments:
Post a Comment