Kenyataan Media
10 November 2013
SAMM Gerak ke Pendalaman Baram Dalam Satu Misi Peninjauan dan Bantuan Asas
Berikutan
isu pengusiran orang asal yang menetap di Baram semakin menjadi-jadi,
satu misi peninjauan akan dilaksanakan oleh Solidariti Anak Muda
Malaysia (SAMM) dengan kerjasama SAMM Miri dan sekutu tempatan.
Isu pengusiran penduduk Baram sangat serius sehingga dikatakan wujud
kematian. Namun isu ini disenyapkan media demi melindungi kepentingan
pemodal dan pihak berkepentingan dalam pembinaan Empangan Baram.
Penduduk
asal dizalimi apabila diarah berpindah ke kawasan yang tidak sebati
dengan kehidupan kaum pribumi Sarawak. Kejadian di Baram menyaksikan
Orang Ulu dipindahkan ke kawasan ladang kelapa sawit yang terletak jauh
dari kawasan perhutanan. Paksaan seperti ini merupakan satu kekejaman
buat rakyat.
SAMM berpendapat, pembinaan empangan pada masa kini tidak memberikan
pulangan yang efisyen khususnya dari sudut pengeluaran tenaga
berbanding kos pembinaannya. Pembinaan logi janakuasa elektrik adalah
alternatif terbaik dengan kos jauh lebih rendah dan tidak melibatkan
penghapusan hutan mahupun etnik.
Justeru itu, che'GuBard sendiri akan mengetuai satu misi peninjauan
bersama pasukan SAMM dan sekutu masuk ke kawasan penempatan penduduk
terlibat yang terletak jauh di pendalaman Baram pada 11 November hingga
13 November. Misi tersebut turut merangkumi penghantaran bantuan makanan
dan peralatan asas serta membuat liputan khas.
Satu taklimat khas mengenai isu ini akan dibuat di Kuala Lumpur
untuk membongkar kezaliman yang berlaku di pendalaman Baram sekembalinya
SAMM dari Misi Baram. Kepada pihak yang ingin menyumbang dalam Misi
Baram, sila maklum melalui email samm4anakmuda@gmail.com .
No comments:
Post a Comment