Kenyataan Terbuka
10 Julai 2013
RAPAT KEBANGSAAN CETUS 6 RESOLUSI SAMM: PASCA PRU13 MENDEPANI MASSA
Seramai 31 komrad utama penyelaras kebangsaan, segmentasi dan negeri
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) selesai mengadakan sebuah Rapat
Kebangsaan peringkat pengurusan pada 5hb-7hb Julai 2013 lalu bertempat
di Ampang Pecah Training Centre, Kuala Kubu Baharu. Sebuah pertemuan
penting meletakkan halatuju perjuangan SAMM ke jalan yang lebih dinamik,
kembali ke landasan yang lebih tepat dan kena dengan aspirasi anak
muda.
Dalam
usaha memantapkan lagi gerakan anak muda SAMM, Rapat Kebangsaan
siri kedua untuk tahun 2013 selepas di Melaka pada Februari lalu adalah
sebuah retreat tergempar, mengambil kira mood rakyat khususnya
anak muda yang dilihat sedikit merundum dingin setelah melalui tempoh
perlawanan yang panjang. Maka program padat tiga hari dua malam ini
dimanfaatkan sepenuhnya bagi meneliti potensi dan sumber kekuatan baru
bagi meneruskan agenda perjuangan anak muda.
Julai 5 - 6 | Jumaat - Sabtu : Mengenal Kelemahan dan Muhasabah
Bermula dengan perbincangan pre-council pada Jumaat malam untuk susunan akhir sebelum retreat bermula. Setiap penyelaras yang hadir telah diberi tugas merungkai sub-topik untuk agenda pada setiap sesi perbincangan.
Sepanjang
hari Sabtu menyaksikan sebanyak 5 sesi perbincangan dan tiga daripada
sesi tersebut merupakan sesi bersama tetamu jemputan dalam agenda
"Pandangan Umum Terhadap SAMM". Pelbagai sudut pengolahan adalah
termasuk, penerimaan SAMM di mata rakyat khususnya anak muda, soal
pengkaderan, potensi & kemampuan SAMM, halatuju, peranan dan
matlamat SAMM.
Beberapa
tokoh dari pelbagai latarbelakang telah dijemput untuk menjayakan sesi
ini antaranya termasuklah tokoh mahasiswa, dari pengamal media dan juga
tokoh dari arena politik tanahair. Tokoh-tokoh jemputan juga memberikan
pandangan umum terhadap SAMM selain turut sama membantu dalam
membincangkan agenda anak muda dan penyusunan gerakan.
Dapat dirumuskan dari pertemuan dengan para jemputan, bahawasanya;
- SAMM merupakan kelompok anak muda yang laju dan agresif dalam membawa isu rakyat. Momentum sebegini menjadi ikutan.
- Pengkaderan SAMM dicadangkan bermula di peringkat lepasan sekolah
- SAMM
mampu melahirkan kelompok pemimpin baru namun tidak berjaya memisahkan
nama SAMM dan Che'GuBard itu sendiri. Usaha serius untuk memastikan
pemahaman SAMM sebagai gerakan anak muda harus dilakukan.
- Selain dikenali sebagai kelompok anak muda berani, SAMM juga disarankan menyertai diskusi keilmuan bersama NGO lain.
- SAMM perlu memperbaiki hubungan dengan NGO lain dan memastikan jaringan antara NGO adalah kuat.
- Peranan anak muda SAMM yang bersifat radikal dan 'tidak dijangka' diperlukan dalam menentang kekuatan regim.
Julai 7 | Ahad : Gerakan SAMM Diperhebat
Setelah seharian suntuk
mencari titik kelemahan dan potensi kebangkitan, melihat kembali sorotan
permasalahan dan pandangan umum, Akhirnya hari ini tiba masa gerakan
anak muda SAMM terus disusun dan diperhebat.
SAMM
secara massa akan menumpukan program dalaman khususnya di peringkat
negeri/zon. Sepanjang Ramadhan ini, SAMM Kebangsaan akan turun ke semua
SAMM peringkat negeri dan zon dalam bentuk program bersahur atau berbuka
puasa. Pertemuan 'mini retreat' di peringkat negeri ini juga
bertujuan memperkukuh kekuatan SAMM di bawah dan mempertemukan semua
komrad baru yang direkrut oleh SAMM negeri/zon. Jadual pertemuan akan
dikeluarkan dalam sedikit masa dan program SAMM peringkat negeri/zon
yang telah disusun akan dimuktamadkan pada pertemuan ini.
SAMM
kebangsaan juga akan menganjurkan program penting untuk kelangsungan
SAMM iaitu Training Of Trainer (TOT) yang dijadualkan akan berlangsung
pada 23 dan 24 Ogos tahun ini. Setiap SAMM negeri/zon perlu menghantar
2-3 orang komrad yang sedia untuk menjadi pimpinan pelapis.
Satu
perjumpaan raksasa yang dinamakan Jambori SAMM juga akan dilaksanakan
pada 24-25 Ogos 2013. Jambori SAMM yang berbentuk pesta pertemuan anak
muda bagi meraikan kewujudan SAMM dan semua komrad SAMM, penyokong dan
pendokong dari seluruh negara adalah dijemput hadir. Maklumat lokasi
akan diumum dalam masa terdekat. Booklet mengenai SAMM juga akan
dilancarkan buat pertama kali dalam sejarah gerakan anak muda SAMM.
SAMM
juga akan sekali lagi menjadi penggempur utama dalam mempertahankan
nasib rakyat, dan kali ini dalam isu TPPA. Bagi SAMM, bentuk penjajahan
baru terhadap tanahair yang dinamakan sebagai perjanjian TPPA ini perlu
ditangani secara serius dan radikal kerana kesannya terhadap masyarakat
umum juga serius, dan radikal.
Menyentuh
soal antarabangsa di Syria, SAMM tidak bersetuju dengan keganasan yang
ditunjukkan oleh Regim Assad dalam masa sama SAMM menolak usaha anasir
luar khususnya barat, dalam menjatuhkan pemerintah di Syria. Di Mesir
pula, SAMM menolak keras rampasan kuasa yang berlaku, kemenangan Mursi
secara demokrasi telah dicabul.
Resolusi SAMM Rapat Kebangsaan 02/2013
1. SAMM menolak sepenuhnya keputusan PRU-13 yang penuh kecurangan dan
SPR yang 'bekerja' di bawah JPM harus dimansuhkan, diganti dengan badan
pemilih baru yang diletakkan bawah parlimen.
2.
Dua tahun kebelakangan ini SAMM bekerja memberikan tumpuan mengembeling
sokongan dan undi kepada Pakatan rakyat sesuai dengan maksud perubahan
harus dimulakan dengan menjatuhkan regim. Selepas PRU ke 13 tumpuan
kerja SAMM berubah dengan SAMM akan menumpukan program dalaman untuk
menguatkan gerakan anak muda bagi meneruskan kelangsungan SAMM sebagai
kelompok progresif dan bergerak ke depan.
3.
Demi memperkukuh pemahaman massa rakyat terhadap SAMM maka pedoman apa
dia SAMM akan dikeluarkan dalam bentuk booklet, khusus untuk mengenali
SAMM dan perjuangannya. Seiring dengan itu program - program penerangan
mengenainya akan dipergiat.
4.
SAMM akan terus mengembeling kesedaran rakyat untuk bangkit. SAMM akan
terus menjuarai isu rakyat yang dilihat makin kritikal dan sewenangnya
dipermainkan oleh regim pemerintah, termasuklah isu terbaru seperti
TPPA, GST. Hanya dengan kesedaran rakyat akan bangkit. SAMM yakin
kebangkitan hanya melalui kesedaran akar umbi.
5. SAMM
menolak keganasan Regim Assad dalam masa sama menolak usaha anasir luar
khususnya barat, untuk menjatuhkan pemerintah di Syria. Di Mesir pula,
SAMM menolak keras rampasan kuasa yang berlaku terhadap Mursi. Pengambil
kuasa dari perubahan seharusnya faham dan mengikut kehendak rakyat
bukan berdasar kehendak dan pemikiran mereka semata. Ini pengajaran
penting. Dunia seharusnya lebih sensitif dengan isu kezaliman contohnya
Rohingya yang seperti tenggelam.
6.
Walaupun keadaan dilihat semakin sukar dan mood perlawanan yang
menjunam jatuh, namun SAMM tetap bertekad dan berjanji pada tanahair ini
untuk terus berjuang mempertahankan nasib rakyat, kami berjanji untuk
tidak berganjak daripada jalan perjuangan kami selama ini untuk
menyelamatkan ibu pertiwi dari terus dijarah.
Sekian
Laporan disediakan oleh;
ISAMUDDIN SANUSI
Pengarah Sekretariat SAMM
No comments:
Post a Comment