Friday, July 12, 2013

Agensi Kerajaan terlibat terang terang Kempen Bn Kuala Besut : Dato' Hassan Amin harus didakwa kerana salah guna kuasa dan dana rakyat



Pagi ini kotak email che'GuBard menerima salinan 3 keping surat sebuah agensi kerajaan iaitu KEMAS. Ini sebuah agensi yang semua kakitangan dan programnya mendapat dana dari wang rakyat. Namun jika surat di atas benar , maka amatlah kesal kerana ia membuktikan bahawa semangnya tanpa segan silu agensi kerajaan yang sepatutnya menumpunan pembinaan dan kebajikan rakyat menjadi alat politik dan malah menggunakan dana rakyat bagi tujuan kempen pilihanraya. Dari gambar surat helaian ke tiga jelas bukan KEMAS sahaja tetapi perbagai agensi lain turut terlibat.

Persoalanya dimana SPR , buta atau membuta ? Soal yang lebih penting SPR yang mengendali PRK K.Besut ini ialah SPR sama yang telah berjaya memainkan peranan menghancurkan sistem pilihanraya Malaysia dengan menjadi penipu utama dalam PRU ke 13 yang lalu.

Kerana itu che'GuBard menyatakan pendirian bahawa sebagai seorang aktivis berpendirian betapa PRK K.Besut ini seharusnya diboikot dan hentaman terhadap SPR harus diperhebat dalam dan luar negara, yakinlah jika SPR yang sama terus diberikan kepercayaan mengadili demokrasi pilihanraya Malaysia PRU ke 14 keadaan bakal menjadi lebih teruk. Walaubagaimanapun selaku anggota biasa Parti Keadilan Rakyat komponen Pakatan Rakyat mengharapkan keajaiban dengan Bn tumbang dalam PRK kali ini.

SAMM juga dengan ini Dato' Hassan Bin Md Amin, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Masyarakat, kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah agar tampil memberikan penjelasan sama ada surat ini benar atau palsu. Jika surat ini benar beliau harus meletakkan jawatan kerana salah guna kuasa dan membazirkan wang rakyat untuk program terlibat  kempen politik kepartian. Begitu juga semua penjawat awam yang disebut dihelaian ke tiga surat diatas.

oleh :

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
12 Julai 2013

6 comments:

  1. Selagi SPR diterajui oleh manusia jenis malaun beruk berekor, ketidak-adilan proses pilihanraya wajib dan tetap akan berlaku.

    ReplyDelete
  2. Salam sahabat Chegu Bard
    Setelah saya membaca artical dari saudara , sy terpanggil untuk berkongsi bersama apa yang chegu bard paparkan.
    Saya bukan ingin berpihak kepada mana-mana, apa saya nyatakan disini bahawa , Pihak Jabatan terutama sekali KEMAS salah satu agensi yang mendekati rakyat dan banyak membantu rakyat,Sepatutnya kita berterima kasih kepada KEMAS kerana memantau keperluan rakyat dan turun ke padang bersama dengan rakyat seperti yang dihendaki oleh PAKATAN Rakyat selama ini.Saya harap saudara Che Bard dapat menerima pandangan dari hati saya yang ikhlas ini..
    Selamat berpuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous8:18 AM

      Besut PostLine...ader ke baca dan fahami aritel yg ditulis oleh cikgu Bard nie....itulah masalah pencacai Umno nie..dah la Bodoh...bangang pulak tue...Terang2 Agensi kerajaan digunakan untuk kempen pilihanraya mewakili BN...kamu nie buto kayu per....tak nampak letterhead tue...dan kepada siapa yg dihantar surat arahan tersebut dan atas tujuan apa..apala.....lepas tue mengaku lak..saya nie tak sebelah mana2....wei bangang..kalau ya pun jadi pencacai...agak agak la..jgnla tunjuk sgt kebodohan yg amat bangang tue..... Besut Postline...bawak taubat la....nak isap pun agak agak la....

      Delete
  3. Anonymous9:58 PM

    Chegu bard,..inilah maslahnya bila agensi kerajaan jadi parti komponen Bn..mcmana nak lawan...dunia kiamat pun belum tentu.....kepada penjawat awam,..memang di arah untuk menurut perintah..tapi setiap perintah yg dikeluarkan harus tiada unsur manipulasi dan sebagainya..untuk anggota jentera pilihanraya besut pakatan ,susun saf yg terbaik dan ambush dgn kempen yg berkesan..moga kemenangan di pihak pakatan rakyat...

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:47 AM

    bodoh

    ReplyDelete
  5. Anonymous11:49 AM

    sedarlah kamu menyalak disebabkan oleh bangsa asing ...fikirlah untuk melayu jgn suka berkelahi sesama sendiri...

    ReplyDelete