Kenyataan Terbuka
18 Februari 2013
Ayuh Bersama Segmentasi Wanita Muda SAMM Derma Darah dan Organ
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melalui segmentasi terbarunya
iaitu Wanita Muda SAMM sedia untuk menganjurkan sebuah aktiviti murni
yang mampu menyelamatkan banyak nyawa, iaitu memperluas kempen derma
darah dan organ.
Hasilnya, Segmentasi Wanita Muda SAMM telah menjalin kerjasama dengan
Pusat Darah Negara dan Pusat Sumber Transplan Nasional untuk satu
program menderma darah pada hari ahad ini 24 Februari, bertempat di
Pusat Darah Negara. Program yang dinamakan “Setitis Darah Sejuta Harapan
& Jom Derma Organ” bakal menyaksikan setiap peserta diberi
penerangan khusus mengenai kempen derma organ dengan tujuan kesedaran
umum.
Maklumat terperinci program adalah seperti di bawah;
Program: Setitis Darah Sejuta Harapan & Jom Derma Organ
Tarikh: 24 Februari
Masa: 10pg – 3ptg
Lokasi: Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak (Sebelah Tasik Titiwangsa)
Pertanyaan: 013-5918017, 013-6437033
Walaupun SAMM dikenali dengan sifat radikal anak muda, namun
tanggungjawab kepada negara, nusa dan bangsa tidak dilepaskan. Wanita
muda SAMM mencabar anak muda tidak kira apa jua gender untuk turut serta
dalam aktiviti ini kerana sesungguhnya derma darah ini juga ‘radikal’
dalam maksud keberanian yang memberi manfaat kepada semua.
Wanita Muda SAMM menyifatkan kempen seperti derma darah dan organ ini
wajar diperluas agar terus mendapat sambutan yang akhirnya mampu
menyelamatkan lebih banyak nyawa. Menderma darah dan organ bukan sahaja
mampu menyelamatkan orang yang tidak dikenali, malah juga terdapat
kebarangkalian orang yang diselamatkan itu adalah teman-teman dan
saudara sendiri.
Justeru, ayuh bersama Wanita Muda SAMM menderma darah dan bersama
memupuk kesedaran betapa keperluan menderma organ kepada yang memerlukan
itu adalah satu usaha yang luhur lagi mulia.
Young Syefura Othman
No comments:
Post a Comment