Sebuah portal berita melaporkan
Peguam yang mewakili Shahnaz A Majid hari ini memperolehi perintah interim yang mengarahkan anak ketua menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib supaya membayar fi berjumlah lebih RM902,000.Sebelum ini terdapat laporan
Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan ex-parte daripada Shahnaz, agar Mahmud membayar untuk pengajian pra-universiti anak mereka yang kini menuntut di United Kingdom.
Hakim Mohd Amran Mat Zain memerintahkan Mahmud membayar jumlah berkenaan dalam tempoh 12 hari bermula hari ini.
Pasangan berkenaan bercerai secara sah pada 11 Mac 2011.
Bekas Menantu dedah sebahagian kekayaan Taib di Mahkamah, SPRM, LHDN, Polis, Peguam Negara takkan diam saja
Malaysiakini.com melaporkan
Bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan ketua menteri Sarawak itu sebagai orang paling kaya di Malaysia, atau mungkin paling kaya di Asia Tenggara.Sah sahih kenyataan ini dalam mahkamah maka ia kenyataan bersumpah. Sekarang Mana LHDN, SPRM, Polis, Peguam negara .... oh semua akan diam kerana Najib selaku Perdana Menteri dan orang paling berkuasa yang boleh melantik semua ketua - ketua penguat kuasaan ini telah menolak laporan kekayaan Taib maka semua harus bisu.....
Shahnaz Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya Mahmud Abu Bekir Taib hari ini.
Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.
Shahnaz mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.
Katanya, tuntutan mutaahnya sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya yang didakwa berjumlah RM1 bilion.
Dakwanya lagi, Mahmud memegang dua akaun peribadi di Edmond de Rothschild di Luxembourg dengan deposit berjumlah US$25 juta.
Beliau juga mendedahkan, bahawa bekas suaminya mempunyai dua akaun di bank sama di Switzerland dengan deposit berjumlah US$31 juta.
No comments:
Post a Comment