Kenyataan Umum
18 Februari 2013
Roadshow #AmaranPRU Seterusnya ke Utara Semenanjung Bermula Hari Ini
Roadshow
‘Amaran : Tipu PRU, Rakyat Bangkit Humban Kamu’ kini menjangkau ke empat
negeri terakhir iaitu Perlis, Kedah, P.Pinang dan Perak bermula hari
ini. Program jelajah yang terdiri dari ceramah kecil dan besar,
pertemuan anak – anak muda diperbagai peringkat bagi menyedarkan betapa
kemenangan itu terlalu hampir.
Juga aksi
yang disendatkan dalam Roadshow kali ini ialah operasi membanjirkan
rakyat dengan maklumat. SAMM dengan kerjasama ABU dan beberapa
organisasi lain telah dan sedang menghasilkan perbagai bahan edaran.
Sistem edaran yang SAMM inisiatifkan ini terus ke pintu rumah, kami
mengurangkan edaran di tempat awam untuk mengurangkan ‘counter attack’
dan memberikan penerima maklumat waktu dan suasana yang selesa untuk
‘menghadam’ maklumat yang dihantar. Semua risalah dan bahan yang
dihantar tidak berimej parti politik tetapi punya masej jelas dan tajam.
Ia sesuai untuk sasaran seperti Umno tegar dan seumpamanya. Operasi ini
dinamakan ‘Smoke Operation’.
Anak muda
seharusnya berani tampil kedepan berjuang bersama parti politik. Untuk
menjatuhkan Bn tidak ada pilihan lain selain dari mendokong PR buat masa
ini. Namun dalam keghairahan tersebut strategi jahat penipuan regim
seharusnya diberikan tumpuan dan di dedahkan. Rakyat dipersiapkan minda
masuk PRU bersungguh – sunggguh tetapi jika penipuan diteruskan rakyat
perlu turun ke jalantanpa arahan. Rangka teliti juga di susun 48 jam
dari penipuan rakyat akan ke jalan.
Maka turut
menjadi tumpuan pecutan akhir Roadshow kali ini juga mempunyai objektif
yang konkrit iaitu menyusun sukarelawan SAMM setiap program kecil dan
besar menyeru semua orang khususnya anak muda. Masa untuk anak muda
duduk di balik facebook dan menekan butang ‘like’ sahaja sudah berlalu.
Ini masa praktis, turun secara fizikal tampil membuat kerja sesuai
dengan cita – cita merubah negara.Pertemuandan latihan sukarelawan
menjadi tumpuan.
Setelah selesai jelajah di region tengah,
selatan, pantai timur semenangjung dan juga Sabah, kini Roadshow
#AmaranPRU terus bergerak tanpa melengah masa, sekembalinya dari Sabah
SAMM utara tanahair menjadi sasaran seterusnya bermula 18 Februari
hingga 21 Februari.
Berikut adalah tentatifnya;
FEB 18: Taklimat
dan agihan bahan risalah akan berlangsung jam 3 petang di Kompleks PAS
Perlis, Jln Kg Pondok Kangar dan disambung HiTea pada jam 5 petang di
Batu 5 1/4 jln kaki bukit (kg paya). Acara kemuncak iaitu Ceramah
Perdana akan diadakan di Kg Pida 4 lama, Jln Behor Mentalon, Arau
Perlis. (019-4342244)
FEB 19: Roadshow
#AmaranPRU peringkat Kedah, Taklimat dan agihan bahan risalah akan
diadakan di Yayasan Aman Sg Petani, dan program kemuncak Ceramah Perdana
pula akan berlangsung di Kg Sungai Layar Hujung, Sg Petani. Antara
penceramah yang akan menghangatkan aksi #AmaranPRU adalah termasuk
Chegubard, Haris Ibrahim, Ust Mizan, Zamri Yusof. (017-5568557)
FEB 20: Untuk
Pulau Pinang, Taklimat dan agihan bahan risalah akan diadakan di
Chinese Muslim Restaurant, Bayan Baru dan Ceramah Umum akan berlangsung
di Bukit Panchor, Nibong Tebal. Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan
Eng antara penceramah dijangka akan turut serta dalam Roadshow
#AmaranPRU peringkat P.Pinang. (012-4702074)
FEB 21: Roadshow
#AmaranPRU peringkat Perak merupakan siri terakhir jelajah sebelum
acara paling kemuncak di Kuala Lumpur. Taklimat dan agihan bahan risalah
akan diadakan berhampiran dengan tapak ceramah dijangka akan
berlangsung sebelum acara kemuncak Ceramah Perdana bermula. Lokasi
pentas terletak di Kg Gajah, Perak. YB Nizar akan bersama dalam acara
kemuncak siri terakhir ini. Venue di bawah adalah venue ke-4 setelah
beberapa kali ditukar, antaranya ialah kerana tuan tanah diugut regim
berkuasa.
Dalam
roadshow ini juga, SAMM turut memperkenalkan sehelai design t-shirt yang
dijual bagaikan ‘pisang panas’ apabila ia dijual dengan harga hanya
RM10 sehelai (dengan kualiti baik). T-Shirt dengan harga RM10 ini hanya
boleh didapati dalam Roadshow #AmaranPRU sahaja.
Justeru,
inilah empat negeri terakhir dalam siri fasa pertama Roadshow #AmaranPRU
yang dianjur SAMM dengan kerjasama gerakan ABU dan beberapa kumpulan
mahasiswa. InsyaAllah SAMM bersama penggerak massa lain akan meneruskan
Roadshow #AmaranPRU fasa kedua untuk memantapkan lagi pecutan terakhir
gerakan anak muda menuju pertembungan PRU-13.
No comments:
Post a Comment