Isu cincin ini telah che'GuBard dedahkan sejak 8 Julai 2011, sejak itu pelbagai spekulasi muncul. Maka che'GuBard mengambil tanggungjawab untuk menjelaskan perkara sebenarnya. Solidariti Anak Muda Malaysia akan menerbitkan risalah 16 muka surat (penuh warna) menerangkan isu cincin ini. Risalah yang turut akan memuatkan senarai pembaziran dan pemborosan orang yang menyamar wanita pertama Malaysia diedar percuma dalam jumlah yang terhad.
Semua rakyat yang prihatin dijemput untuk bersama dalam program
Hi Tea bersama pimpinan PR
- Datuk Chua Jui Meng - YB Fuziah Salleh - YB Antony Loke - YB Taufek - YB Ravi & che'GuBard
16 Oktober 2011 (Ahad) jam 5 petang,
di hadapan Pej. PKR DUN Rantau (Parlimen Rembau)
depan Petronas Pekan Rantau.
di hadapan Pej. PKR DUN Rantau (Parlimen Rembau)
depan Petronas Pekan Rantau.
Hi tea yang diadakan selepas Mesy. Agong Tahunan Cabang yang diadakan jam 2petang sebelum itu akan turut melancarkan risalah cincin. Datang beramai - ramai, jadi orang yang pertama memiliki risalah cincin ini.
nota : semua anggota PKR Rembau dijemput hadir ke MATC Cabang Rembau 2011 yang akan diadakan pada jam 2 ptg (AMK) dan jam 3.30 ptg (Cabang) di Pej. PKR DUN Rantau (parlimen Rembau) lokasi yang sama hi Tea akan diadakan. Pertanyaan 0123696474
assalam che gubard....boleh x klau post risalah dlm blog tuan dlm bntuk pdf file...mudah utk kita sebarkn...
ReplyDelete