Tuesday, October 04, 2011

Menanti tindakan Polis terhadap gangster berlabel Perkasa


Pada dua minggu lepas Majlis Mesra Eidulfitri anjuran PAS Cawangan Ampangan telah di serang secara gangster oleh pemuda Umno yang menggunakan nama Perkasa. Jelas tindakan mereka berhimpun secara haram dan melakukan gaduh gempar tempat awam mengganggu program yang mendapat permit polis adalah salah.

Ternyata polis gagal melindungi orang awam apabila ada anggota polis yang dari awal berada ditempat kejadian gagal bertindak. Sekurangnya dua orang awam yang hadir majlis tersebut cedera dan berdarah. Satu laporan polis telah dibuat dua hari selepas kejadian.

Telah didedahkan antara identiti yang terlibat (klik sini), namun sehingga kini seperti tidak ada sebarang tindakan. Malah timbul pula persoalan adakah senyapnya PDRM ini ada kaitan juga dengan majlis makan raya tajaan Umno yang diadakan dalam premis PDRM di N.Sembilan yang ditaja oleh Umno Seremban, selepas kejadian tersebut (klik sini) .

Amat harapkan Polis bertindak profesional. Menyakini Polis juga tidak suka dengan tindakan samseng Umno yang jelas tidak menghormati pasukan keselamatan dan undang - undang negara, tetapi mereka tersebit dengan tekanan dari 'atasan'. Mohon tindakan profesional PDRM khususnya kepimpinan polis di negeri ini untuk bertindak. Amat kesal dengan tindakan menekan dan menghina polis negeri ini oleh mereka yang berkuasa.

Mohon orang ramai untuk sama beri sokongan kepada PDRM bagi bertindak profesional dan tidak tunduk dengan tekanan atasan semata - mata. Sokongan boleh disalurkan melalui
  • No. telefon IPK NS 06-7682222
  • IPK NEGERI SEMBILAN : cccns@rmp.gov.my
  • KP NEGERI SEMBILAN : cpo.ns@rmp.gov.my
  • No. telefon IPD Seremban 06-761 9999
  • No. Faks IPD Seremban : 06-6012624
  • email OCPD Seremban : kpdseremban@rmp.gov.my
  • email OCPD Rembau : Email: kpdrembau@rmp.gov.my
Sombong dan bongkak dan rasa konon Polis boleh mereka perkuda maka Perkasa Negeri Sembilan telah secara terbuka bagi amaran untuk Md Sabu jangan masuk Negeri Sembilan. Ini sudah mencabar, jika difikir tapak sokongan berdasar undi lepas sedarkah mereka negeri ini PR dan Bn sudah berkongsi 50-50 tapak sokongan malah Bn hampir tewas pun.

Biarkan mereka tenggelam dengan keangkuhan mereka.

6 Oktober 2011 (Khamis) , Pakatan Rakyat Rembau akan mengadakan satu majlis Ceramah Perdana bersama Hj Md Sabu, YB Taufek dan che'GuBard pada jam 9 mlm di Kg. Pulau Bintongan, Rembau.

Kami punya maklumat atas nama Perkasa , bertindak bagi pihak Umno mereka telah menemui polis termasuk Pengarah Keselamatan Negeri untuk beri amaran agar ikut kehendak mereka. Juga telah tersebar perbagai ugutan.

Ini semua politik lama dan rimba. Hujah perlu lawan hujah. Umno sudah menyerang dengan media perdana, kami nak jawab melalui ceramah terhad pun mereka gentar.

Majlis 6 Oktober dijalankan memenuhi keperluan undang - undang. Kawasan berpagar tertutup. Petugas keselamatan dan langkah keselamatan juga telah bersedia. Dijangkakan kehadiran sedikit luar biasa kerana che'GuBard sendiri dihubungi dari teman-teman dari luar negeri ini untuk hadir sama meraikan.

Ayuh ramai - ramai tunjukkan solidariti dan kematangan kita.
---------------------------------------------------
Bagaimana untuk sampai ?
  • Bagi yang menggunakan lebuhraya PLUS - keluar exit Pedas/Linggi/ Rembau
  • selepas membayar tol ambil ke kiri
  • sampai bulatan (berhampiran ILP) ambil kanan (jam 3)
  • terus sehingga persimpangan ada lampu Trafik. Ambil kanan terus sehingga melintasi pekan Rembau. Terus sehingga rumah undang lama, terus sehingga ada simpang tiga (persimpangan Kg.Batu) dan masjid sebelah kiri. Masuk simpang kiri dan dalam 2.5 km selepas itu tapak ceramah. InsyaAllah di simpang 3 masjid sudah ada petugas dan bendera.
  • Kalau dari Tampin, persimpangan Kg. Batu sebelum Pekan Rembau.

No comments:

Post a Comment