Tuesday, October 04, 2011

Jawapan bertulis di Dewan Rakyat hanya melepas batuk ditangga

Dia atas ini ialah jawapan bertulis Kerajaan bagi menjawab soalan mengenai
cincin RM24.45 juta yang dibangkit oleh 6 orang ahli parlimen

Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia
4 Oktober 2011

1. che'GuBard bagi pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mula membuat pendedahan mengenai isu kewujudan kemasukan sebentuk cincin harga RM24.45 juta yang dalam kotak penerima dalam borang kemasukan tertera nama Datin Seri Rosmah Mansor, sehubungan dengan itu SAMM tampil memohon penjelasan dari beliau.
2. Dalam persidangan Dewan rakyat kali ini SAMM difahamkan terdapat 6 ahli parlimen yang mengajukan soalan sebelum persidangan mengenai cincin ini.
3. Seperti dijangka soalan ini hanya akan mendapat jawapan bertulis bukan lisan. Di atas ialah jawapan bertulis yang dibuat oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato Seri Mohamed Nazri Abd Aziz. jawapan tersebut hanya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.
4. Bermula dari 8 Julai kali pertama che'GuBard mendedahkan mengenai cincin ini, saya dihambur berbagai tuduhan antaranya ialah pendedahan saya palsu, dokumen kastam yang saya siarkan telah diedit komputer dan ada juga tuduhan tidak wujud cincin berharga semahal rm24.45 juta.
5. 13 Julai, che'GuBard tampil di SPRM Pulau Pinang untuk membuat laporan SPRM dengan menyerahkan sebahagian dari bukti yang ada. Jika minta SPRM siasat mana dapat duit beli sudah tentu SPRM tidak siasat, maka 'angle' mudah perlu difikirkan. SAMM telah membuat laporan SPRM dengan mengambil sudut cukai kocong untuk cincin bernilai RM24.45j. Laporan sengaja dibuat begitu walaupun tahu perhiasan wanita seperti cincin telah dikecualikan cukai dalam pembentangan belanjawan yang lepas.
6. Terperangkap dengan sudut laporan , maka SPRM bertindak dengan 'serbu' bahagian kargo KLIA. Menurut maklumat yang diperolehi pegawai syarikat kargo A.Krishnan ditahan dari petang hingga awal pagi dan akhirnya dibebaskan. Selepas sesi soal siasat mendapati fakta memang cincin seperti itu tidak perlu cukai. Kemenangan yang kami perolehi ialah dengan memulakan siasatan SPRM mengakui dokumen kemasukan cincin itu benar, asli dan memang wujud.
7. Selepas itu ada maklumat juga sistem komputer Kastam 'hang' hampir 3 jam. Serentak dengan itu wujud tiba - tiba di laman-laman blog pro Umno kononya borang cincin ini di bawa keluar ke Singapura dengan 'hand carry'. Di siarkan juga borang Kastam sebagai bukti cincin ini keluar menerusi KLIA
8. Cuma timbul keraguan dalam borang cincin ini keluar. Beberapa pindaan dibuat tanpa pengesahan dan nama pegawai kastam yang menandatangani cincin itu keluar menurut laman web rasmi KDRM (yang terakhir dikemaskini pada 4 Oktober 2011) menyatakan dengan jelas nama pegawai tersebut berkhidmat di Bahagian Latihan, Ibu pejabat Kastam. Adakah keluar cincin ini urusan rasmi khusus yang amat penting hingga memerlukan tandatangan pegawai yang bertugas di Ibupejabat KDRM ?
9. Menurut laman - laman blog pro Umno kononya cincin ini masuk untuk pameran yang konon diadakan untuk VVIP sahaja. Mengenali Rosmah yang sukakan publisiti adakah kemasukan belian bernilai RM 24.45 j itu disenyapkan jika ia untuk pameran ? Adakah ia untuk pameran yang sulit, di tempat yang sulit, dengan tetamu yang sulit pada masa yang sulit ? Beliau buat peragaan fesyen busana Muslim pun ada media yang mengatakan 'diminta khusus' memberikan liputan. Jika untuk pameran kenapa ada nama Rosmah adakah dia mengambil kerja sambilan sebagai penganjur pameran belian.
10. Lebih menarik apabila muncul bekas setiausaha, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim (ketika menjadi TPM) yang menyatakan kononya belian itu masuk dan milik bakal besan Rosmah. Cara beliau menyatakan mungkin untuk menimbulkan persepsi bahawa keluarga bakal menantu Rosmah amat kaya dan cincin itu ialah hadiah.
11. Malah lucunya kenyataan beliau yang mencabar che'GuBard membuat laporan mengenai berlian tersebut ternyata satu propaganda lucu mengampu kerana cabaran dibuat selepas lebih dari sebulan che'GuBard membuat laporan SPRM. Propaganda murahan inilah yang mendapat liputan besar di media seperti Utusan dan TV3. Dengan kenyataan bertulis Menteri juga propaganda ini juga dinafikan.
12. Nampaknya kempen pelancongan Malaysia amat berjaya bukan sahaja pelancong tetapi cincin berlian juga datang masuk bersiar-siar dan keluar semula selepas itu dari Malaysia.
13. Ingin ditegaskan, che'GuBard tidak menuduh tetapi dengan kewujudan bukti dan pembelaan puak pengampu yang menambah kecelaruan fakta maka lebih menuntut Rosmah untuk tampail memberikan penjelasan, bukan hanya menyatakan "itu semua fitnah dan mereka dengki dengan saya"
14. Rakyat sedang bergelut dengan perbagai tekanan hidup, khususnya kelompok pekerja muda yang sedang membina kerjaya dan keluarga. Kesombongan dan imej mewah Rosmah yang cuba menyamar sebagai wanita pertama negara seperti mencurah garam ke luka rakyat.
15. Itu belum lagi mengambil kira gelang tangan bernilai RM1.65 juta yang ada gambar dipakai oleh Rosmah dari syarikat yang sama mengeluarkan cincin.
16. Kini terpulang pada rakyat. SAMM minggu hadapan akan mula mengedarkan risalah buku kecil mengenai pembaziran dan kemewahan melampau khususnya mengenai isu cincin ini.

sekian

che'GuBard
Pengerusi SAMM

No comments:

Post a Comment