Media Umno sperti Utusan malaysia dan TV 3 hari ini telah menggunakan taktik Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Hitler yang terkenal dengan prinsip “The Big Lie” iaitu satu prinsip yang menyatakan bahawa sesuatu fitnah, jika diulang berkali-kali dengan lantang, akan dipercayai rakyat jelata.
Walaupun selepas 'kantoi' mereka tetap meneruskan penipuan umpama mencuri di siang hari.
Contoh pertama, bayangkan pada hari raya pertama mereka sanggup membuat propaganda yang 100% tidak ada asas kebenaran malah untuk membodohkan pembaca yang majoritinya Melayu. Utusan menyiarkan cabaran untuk che'GuBard tampil untuk membuat laporan SPRM terhadap pendedahan isu cincin berlian RM24.45j yang dikaitkan Rosmah Mansor. Jelas niat jahat utusan untuk gambarkan seolah pendedahan itu palsu.
Mustahil Utusan tidak tahu laporan SPRM sudahpun dibuat pada 13 Jul 2011 kerana wartawan Utusan juga hadir dalam sidang media depan SPRM P.Pinang. klik sini untuk baca lanjut mengenai isu cincin.
Kedua dalam isu konon jemaah Surau Al Musyrikin berang bantah pusat tuisyen galak murtad. Pertama sekali adakah sesiapa yang 'sudi' namakan surau sebagai Musyrikin (kafir-menyekutukan Allah). Surau tersebut setelah siasatan dibuat oleh beberapa pihak jelas tidak wujud. Namun TV3 tak peduli meneruskan penipuan yang sama berulang kali. malah ditampilkan seorang 'Datuk' sebagai pengerusi jemaah al-Musyrikin. klik sini untuk baca lanjut mengenai surau tersebut .
Inilah dosa terbesar Umno terhadap orang Melayu iaitu meneruskan propaganda ke arah membodohkan orang Melayu.
No comments:
Post a Comment