Sejak didedahkan mengenai cincin berlian RM24.45 j banyak muncul maklumat yang dikelirukan. Maka dengan ini Solidariti Anak Muda Malaysia sekalu pihak yang mendedahkan dengan ini mengambil tanggungjawab untuk tampil untuk menerbitkan satu risalah penerangan.
Ramai yang bertanya mengapa tidak digunakan ruang siber yang luas ini ? Jawapanya mudah che'GuBard telahpun memberikan penjelasan dalam ruang siber klik sini untuk penjelasan lengkap isu cincin.
namun akses internet dalam negara ini masih rendah. Majoriti masih belum mengetahui isu sebenar maka mudah sahaja Utusan melakukan pembohongan. Contohnya dengan menyiarkan cabaran pada 1 Syawal, kalau berani che'GuBard kena lapor SPRM... pemberitaan seperti ini untuk mengelirukan orang ramai dengan memberi persepsi pendedahan cincin tersebut palsu. Klik sini untuk membaca pembohongan utusan di pagi raya.
Utusan dan media arus perdana Bn menggunakan taktik propaganda Hitler (klik sini) iaitu dengan mengulang - ulang isu supaya diyakini walaupun bohong. Dalam media siber mudah sahaja pembohongan ini dipatahkan, malah tindakan menampal notis didepan Utusan menjadi bahan tawa (klik sini) Namun dalam kalangan majoriti yang termakan kerana tidak punya akses media baru bagaimana pula ?
Ruang inilah yang mahu diisi dengan mencetak risalah ini. Risalah 8 muka surat ini akan diedar melalui jaringan SAMM. Kita sasarkan sejumlah 50,000 risalah peringkat pertama ini.
SAMM tidak punya sumber kewangan atau penaja tetap dana. SAMM hanya digerakkan dengan sumbangan peribadi penyelaras-penyelarasnya, sumber utama ialah jualan buku dan vcd yang dibuat di perbagai program. Untuk mencetak risalah ini SAMM memohon jasa baik dan ehsan semua untuk sama menampung kosnya sekitar RM8000. Kepada dermawan yang mahu berkongsi kos tersebut atau sesiapa yang mahu menaja, atau memiliki risalah tersebut boleh sama menyumbang dengan memasukkan ke akaun "Solidariti Anak Muda 05012010074930 no. akaun Bank Islam Malaysia Berhad" selepas membuat sumbangan boleh email ke cheGuBard@gmail.com. T.Kasih
SAMM percaya dan yakin jika rakyat diperjelaskan isu ini mereka akan kecewa setelah sedar betapa mewah di atas sana sedangkan rakyat terus bergelut dengan kos kehidupan yang meningkat.
hang ni bodo la bard...
ReplyDelete