Sunday, September 04, 2011

SAMM ucap takziah dan menyeru semua supaya menjadikan ia pengajaran berguna

Kematian jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor dalam insiden tembakan di Mogadishu, Somalia telah menyentak kegembiraan perayaan eidulfitri dan ulang tahun 31 Ogos kita. Wartawan Aji Saregar Mazlan juga dimaklumkan cedera dalam insiden sama.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini merakamkan takziah kepada keluarga dan teman - teman beliau kerana peristiwa malang tersebut.

Peristiwa ini seharusnya menjadi pengajaran berguna kepada kita semua, kepada kita umat Islam khususnya perlu redha dan menyakini ajal, maut dan jodoh ditangan yang Esa namun semua yang terjadi tentu ada sebab dan penyebabnya dan yang paling penting perlu ada iktibar dan pengajaran dari tiap peristiwa jika tidak sia - sialah peritiwa yang berlaku.

Mengadakan misi kemanusiaan keluar negara adalah tugas mulia dan mengangkat nama negara namun selepas ini kita harus menjadikan peritiwa ini pengajaran. Kita harus memeriksa sejauh mana tahap persiapan keselamatan disediakan ? Bukankah kita mampu untuk menyediakan jaket kalis peluru buat peserta.Paling tidak adakah semua peserta yang mahu diterjunkan ke kawasan konflik diberi latihan asas dari aspek keselamatan terlebih dahulu ?

Kepada penganjur perlu mengambil tanggungjawab, jika telah terlepas pandang aspek ini perlu mengakui dan memperbaiki jika tidak SAMM gusar kemalangan malang ini sia - sia.

Ini bukan kali pertama warga Malaysia terkorban di Somalia. Bumi ini telah meragut 3 lagi nyawa anak Malaysia.

Kita sibuk dengan sejarah Bukit Kepong yang apabila warga kelahiran bumi ini sendiri Mat Indera disebut, maka pihak regim ramai yang melenting seolah menghina kononya pasukan keselamatan. Tetapi benarkah kita serius mengangkat sejarah kepewiraan pasukan keselamatan kita ? Tahukah kita sejarah tahun 1993 pun ramai antara kita yang lupa. Kita lupa bagaimana tentera kita khususnya Askar Melayu menjadi wira dunia, di mana askar Amerika dan Pakistan sendiri tidak seberani Askar Melayu kita dalam pertempuran di Somalia yang mengorbankan, insyaAllah as Syahid Koperal Mat Aznan.

Bukan setakat lupa, malahan pimpinan kita pun tidak bersuara lantang mempertahankan keperwiraan Askar Melayu apabila filem Holywood Blackhawk Down menafikan sama sekali keperwiraan askar kita. Kenapa regim ini tidak bersungguh mengenengahkan cerita sebenar apa yang berlaku ? Adakah kerana 'segankan' pihak Amerika ?

Bukan setakat pemimpin regim, malahan dikatakan pemimpin tertinggi ATM pun tidak berani hendak membetulkan fakta sepertimana dalam ruangan komen dalam blog seorang anggota tentera di http://hjmalakan.blogspot.com/2009/09/sabung-nyawa-di-mogadishu.html

Rakyat Malaysia yang kedua syahid di Somalia insyaAllah, ialah Kolonel Rashid Musa.

Kembali kepada peristiwa yang menimpa jurukamera Bernama, Noramfaizul insyaAllah. Tidak pasti sejauh mana kebenaran tetapi dikatakan arwah telah terkena peluru yang ditembak oleh askar pengaman kesatuan Afrika AMIFOR kita harus berani mencari kebenarannya selain dari mempelajari aspek persiapan berharga sebelum menghantar mana - mana misi kemanusiaan ke luar.

Sila saksikan video klip Blackhawk Down versi Askar Melayu di http://waghih.blogspot.com/2011/09/dah-3-rakyat-kita-syahid-di-somalia_03.html

SAMM sekali lagi merakamkan ucapan takziah. Kematian dan kecederaan hasil kemalangan ini harus dijadikan pengajaran berguna jika tidak ia hanya ruang untuk ahli politik menunjuk rasa simpati dengan muka sedih di media.

Di pertegas misi kemanusiaan antarabangsa bukan misi "kamikaze" atau berani mati tetapi ia seharusnya misi bantuan yang mengikuti piawaian tertentu. Jika kita tidak bersedia lebih baik kita tumpukan misi bantuan dalam negara sahaja, di balaing sahaja ramai lagi keluarga anak Malaysia yang amat daif kehidupan mereka.

Al fatihah buat mereka yang terkorban demi membawa nama negara, pemergian murni kalian tidak akan kami lupa.

che'GuBard
4 September 2011

1 comment:

  1. Anonymous12:08 PM

    Kalau ikut mamak Azeez tu memang kamikaze lah nama nya.
    Apa pun takziah kepada keluarga yang terkorban dan ALFATIHAH.
    Bagi anak muda semua tak usah lah nak ikut mamak macam Azeez tu yang tak habis cari publisiti dan menggunakan harta kerajaan macam semua UMNO punya.
    Lepas ini ikut lah mamak Azeez ni pergi Libya, Tunisia dan semua tempat yang peluru tak tahu datang dari mana yang tentera sendiri tak berkenan nak pergi.
    Atau ikut mamak Azeez ni terjun kat kutub selatan ke, di tengah lautan pasifik, Atlantik ke, kan glamour Putra UMNO dan apa susah suruh la Presiden UMNO dan juga PM Malaysia luluskan mengguna pesawat TUDM kan bapak dia yang punya..... disgusting

    ReplyDelete