Wednesday, June 17, 2009

Kongsi artikel Kickdefella

Pagi ini ada sikit masa melayari blog Kickdefella dan terbaca beberapa artikel.

Tidak mahu komen panjang cuma mahu kongsi terus artikel tersebut. Sila klik tajuk di bwah untuk membaca terus artikel tersebut.
Nampaknya 'ego' beberapa pemimpin PAS seperti tidak kesudahan. Tidak tahukah mereka rakyat yang memberikan mereka kuasa mula gundah gulana dengan isu kerajaan perpaduan yang mengarut. Umno (Najib) yang tengah tercangut seperti mendapat talian hanyat dengan isu merapu tersebut. Sudah - sudah lah atau kita mempersiakan pusingan kebangkitan rakyat menolak regim kali ini.

Tak apa lah mungkin PAS sudah melupakan 'syuhada' memali, atau melupakan 'rampasan kuasa' PERAK atau Kelantan.... tak apalah mungkin PAS sudah memaafkan sega a kezaliman seperti pembunuhan penyokong PAS oleh Pemuda Umno.... biarkanlah mungkin PAS sudah matang dan melihat kedepan tanpa perlu menoleh kebelakang atau mereka sudah tinggi tanpa perlu melihat ke bawah.

Sepanjang sejarah merekodkan regim ini tidak kuat tetapi 'perikatan' yang terbentuk untuk menentang regim ini terlalu lemah dan mudah khayal.

Nak singgung sikit mengenai demo protes ISA besar - besaran yang kononya bakal diadakan. Semalam dalam satu kenyataan media semalam Ketua Dewan Pemuda PAS menyatakan.

"Pemuda PAS akan menjadi antara penggerak utama di samping rakan-rakan NGO yang lain. Kempen ini akan digerakkan ke seluruh negara," katanya di sidang media di ibu pejabat PAS semalam. (petikan malaysiakini)

Tahniah kerana kesudian pemuda PAS menjadi pengerak utama tetapi disebut rakan - rakan NGO...mana peranan DAP atau KEADILAN... ? Terlupa, ataus sengaja dilupa..?

Mungkin mereka sedang terlalu yakin dan mabuk 'lampu sorot'. Biarkanlah Dewan Pemuda PAS Pusat organisasi besar yang lengkap logistiknya, hebat lagi dasyat.

Lupakah kita dengan kejayaan 'BERSIH' di depan istana, rindu dengan 'mobiliser' yang amat rendah diri seperti abang Md Sabu. Walaupun tak diminta che'GuBard sanggup balik dari Seoul hanya untuk memastikan aspek teknikal hari tersebut berjaya. (sila klik untuk baca lanjut)

Maaf celupar pagi - pagi , anggaplah ini tulisan picisan anak muda biasa...! Tapi janji apapun tetap akan bersama menjayakan demo anti ISA.... Manik Urai juga pasti akan ke sana berjuang seperti KEADILAN bertanding !!!!

3 comments:

  1. Hassan Ali, Mustafa Ali, Nasha, MSO, Harub Taib, Harub Din, NIk Abduh, Dr. Rosli PAS Hulu Langat

    ReplyDelete
  2. Halim Ketua AMKNS11:39 AM

    Salam bard,

    Apa yang sdr utarakan dengan isu kerajaan Perpaduan mengenai PAS adalah benar. Sehingga hari ini seolah-olah PKR tidak terlibat lansung dalam gerakan rakyat terutama dalam isu perhimpunan dari BERSIH, ISA dan yang terbaru PPSMI. Kalau dilihat semasa PRK KUala Terengganu, peranan kitalah yang melaksanakan kempen di Kawasan Hitam UMNO. Apa kata kita buat perjumpaan dengan pemuda PAS dan sdr menyatakan hal ini selaku MPT yang datangnya dari Negeri Sembilan dan menyatakan pendirian kita dalam soal Kerajaan Perpaduan. Baru0baru ini juga, kenyataan Pemuda PAS Negeri sangat angkuh dgn menyatakan PRU 12 yang lalu, melalui jentera merekalah memberi banyak kelebihan kepada PKR. Tapi malangnya semasa saya bertanding di Pertang, pemuda PAS lansung tidak memainkan peranan yang sebenar apa yang dikata. Malahan, ada dikalangan ahlinya mengatakan kepada saya bahawa, jangan sokong calon PKR iaitu saya. Apakah ini jalan yang terbaik dalam kita menggerakkan anak muda bagi membawa perubahan dalam kepimpinan Negara. InsyaAllah dalam masa terdekat ini, saya akan buat penstrukturan semula AJK AMKNS dan hampir 60% akan ditukar kerana gagal melaksana tanggungjawab yang di amanahkan. Bard, saya tiada apa-apa masalah jika kita Ikhlas mahukan perubahan yang terbaik dalam gerakkan AMK. Malangnya suara sumbang masih lagi kedengaran yang tidak membantu kita untuk menunjukkan kemajuan dalam perlaksanaan. JIka tidak keberatan, dalam minggu depan dapatlah kiranya kita berbincang untuk menyelesaikan kekalutan ini. Terima kasih dan mohon maaf jika ada kesalahan yang saya nyatakan di atas dengan disedari atau tanpa saya sedari. InsyaALLAH

    ReplyDelete
  3. Saya berharap PAS bersikap matang,setelah sekian lamanya telah diperbodohkan oleh UMNO ketika dahulu,UMNO mmg suka perbodohkan,perkudakan PAS demi kepentingan UMNO.Sy juga berharap PAS perlu lebih berhati-hati dgn UMNO kini yg telah begitu lemah untuk org melayu khususnya.UMNO sudah tidak relevan lagi untuk org melayu d masa kini.Seandainya PAS ingin menjadi sebahagian dari UMNO juga.Sy percaya dgn 100% UMNO akan perkudakan PAS sehingga mereka (UMNO)berjaya memikat hati org melayu.PAS jgn gadaikan maruah,agama dan bangsa demi untuk mencapai matlamat kerajaan perpaduan oleh UMNO-PAS.

    ReplyDelete