Akhirnya jam 6 petang, 6 November 2007, kaki memijak lantai KLIA. Memang susah untuk membuat keputusan untuk pulang, kerja yang bertimbun, kewangan yang menghimpun...tetapi api semarak GELOMBANG KUNING telah memanggil pulang.
Sebaik sahaja memasuki Balai Ketibaan, Azizi dan adik iparnya telah siap menunggu, kenderaan (kereta baru Abang Mi Gemas yang dipinjam Azizi) terus menuju Bangi. 90 minit meluang masa bersama isteri dan anak. Terus ke Bangsar untuk bertemu teman-teman untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perhimpunan. Nampaknya semua berjalan lancar khususnya aku ingatkan jangan ada benda yang kita tak umum semua kena umum secara terbuka..biar rakyat tahu...biar SB tahu ... kita nak berhimpun aman meriah nak bertemu raja.... jangan ada kesempatan yang SB akan gunakan untuk tuduh ada pakatan sulit untuk merusuh dan sebagainya... dua pertemuan malam itu dengan kumpulan yang berasingan mengakibatkan hanya sampai rumah 2pagi.
7 November 2007; memulakan hari seawal 6.25 pagi keluar dari rumah menuju HUKM. Pak Lang Zaki (bapa mertua) menjalani pembedahan..kurus benar dia tetapi jelas bertenaga bila melihat aku..Pak Lang Zaki yang mengidap kanser terus kelihatan gagah bila berbicara mengenai 'perjuangan'...sebelum dia naik ke katil untuk ditolak ke dewan bedah, aku diminta update mengenai 'Gelombang Kuning'. Ibarat seorang ganeral dia menghadham setiap taklimat/update yang diberi. 7.45 dia memasuki dewan bedah dan sempat pesan minta kirim salam dekat semua dan terus berjuang. Terus menuju ke Seremban. Sarapan bersama beberapa teman untuk meminta bantuan mobilisasi 10 November ini. Perbagai topik dibincangkan dan keputusanya mereka yang tak pernah turun sebarang aksi jalan raya atau ceramah (tetapi pembaca tetap Harakah dan Suara Keadilan) bersetuju dan faham mengenai kepentingan turun 10 November ini. Malah mereka janji akan ajak semua teman - teman sepejabat.
10pagi bersama Ust. Suhaimi (Pengerusi GERAK NS), Hj. Taufek (Ketua DPPNS) dan beberapa teman aktivis parti mengedarkan risalah di Pasar Besar Seremban. Faiz, anak arwah Ust. Fadzil Noor yang merupakan seorang peguam juga turut serta dengan kami. Kebetulan YB.T.Rajagopalu bersama kakitangan Jabatan Pengguna sedang mengadakan operasi menyaman peniaga pasar. Ust. Suhaimi memberikan risalah kepada Rajagopalu, dengan muka kelat dia terima dan muka dia menjadi lebih kelat bila ada kakitangan penguatkuasa Jabatan Pengguna yang sama dengan rombonganya mengambil risalah dari kami sambil menyatakan 'bagus..bagus..'... secara amnya sambutan di Pasar Besar, Seremban cukup baik....khususnya dari kalangan bukan Melayu.
Dari Pasar singgah sebentar ziarah orang tua di Bukit Chedang, Rasah, tak sampai 15 minit terus bergegas ke Bangi. Sampai Bangi terus menukar kenderaan. Kereta kelisa yang tidak ada aircond itu aku tinggalkan di rumah kerana untuk Kak Ina dan Mak pergi ke hospital untuk ziarah Pak Lang. Aku menggunakan motorsikal Abang ipar aku untuk ke Masjid India...kerana di situ Jawatankuasa Teknikal akan bersidang sebelum mesyuarat Sekteriat. Kami perlu detailkan beberapa perkara sebelum dibentangkan ke mesyuarat nanti.
Oleh kerana menggunakan motorsikal agak cepat sikit perjalanan. Jam 4petang sampai ke Ibupejabat PAS Pusat, Jln Raja Laut untuk menghadiri Mesyuarat Seketeriat BERSIH. Masuk ke bilik mesyuarat dengan membawa topi keledar menarik perhatian beberapa teman. Ada yang menegur bagus susah dikesan apabila tukar-tukar kenderaan. Aku cuma mengiyakan tetapi menyimpan dalam hati alasan sebenar ialah bukan kerana itu tetapi kerana kami cuma ada satu kereta dan kalau pakai motor jimat banyak.
Di pejabat Pas ini aku update blog. Dari Pejabat PAS ini aku akan terus ke Seremban (dengan motorsikal) aku telah janji dengan Azizi untuk bantu dia beri taklimat Petugas di Taman Tuanku Jaafar dan kemudian berceramah di Surau Hitam, Ampangan. Harap mesyuarat ini cepat habis kerana motor Yamaha Sport tua itu tak boleh laju semput. Malam ini entah pukul berapa akan sampai ke rumah.
Esok (8hb Nov) pagi-pagi aku janji nak hantar anak ke Hospital Pakar An Nur. Kemudian akan terus ke KL untuk cari tempat boleh pakai wireless internet untuk komunikasi dengan contact person do beberapa bandar dunia untuk dapat update mengenai perhimpunan solidarity. Tengahari kalau sempat kena pegi kejap paling tidak tunjuk muka tanda hormat dekat Program Rumah Terbuka Persatuan Penduduk Teras Jernang. Walaupun aku tahu mereka semua paham tetapis egan juga sebab mereka sering bantu keluarga aku tetapi bila mereka ada program aku pula selalu sibuk.
Petang akan ke Kuang, kemudian terus ke Seremban... bertemu dengan beberapa orang peniaga yang bersetuju nak derma kain kuning, belon dan seumpamanya.... malamnya aklan terus ke Jempol untuk ceramah.
9 Nov. 10 pagi pula akan menyertai GERAK NS untuk laporan BPR di Seremban. Kemudian edar risalah di Seremban dengan memberikan penumpuan pejabat kerajaan. Kemudian akan bersolat Jumaat di Masjid Negeri dan membuka gerai/kaunter BERSIH. Selepas itu akan terus ke KL untuk beberapa taklimat kepada beberapa kumpulan.
Orang akan tanya tak letih ke...? aku akan jawab jika kita buat kerana kesedaran, apa yang kita letih itu akan bertukar riang... Ayuh anak muda jangan henti beberapa jam menjelang 10 November... teruskan usaha gembeling tenaga sebar maklumat...jangan rehat senaraikan semua kenalan dan teman pastikan anda ajak mereka sertai 10 November. Cetak sendiri risalah (print dari internet dan photostat) edar sebanyak mungkin. Fwd email/sms. Ingat muda bukan pada usia... tetapi kepada gerakan tanpa henti dengan bara semangat juang....
Semua turun jangan khuatir !
selamat kembali ke tanah tercinta
ReplyDeleteteruskan berjuang.kita jumpa di sana!
ReplyDelete