Pakatan Rakyat berpandangan rakyat perlu diberikan ruang untuk mengeluarkan pendapat dan berkumpul bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan kerajaan menaikkan harga minyak dengan begitu drastik tanpa alasan kukuh.
Melihat kepada perkembangan suasana politik semasa Pakatan Rakyat menasihatkan agar Perhimpunan Rakyat yang dijadualkan pada Ahad 6 Julai ini dibuat di Stadium Kelana Jaya. Kami dimaklumkan pihak Protes juga bersetuju dengan cadangan kami ini.
Kami menyeru rakyat yang mendokong perjuangan menegakkan kerajaan yang lebih adil dan telus agar menyertai perhimpunan aman pada hari Ahad ini. Rakyat juga dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan provokasi pihak luar.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Ketua Umum PKR
YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP
YB Dato' Kamarudin Jaffar
Setiusaha Agung PAS
Datuk Salehudin Hashim
Setiausaha Agung PKR
masalahnya sekarang..pemimpin PR ni adil ke,jujur ke,ikhlas ke?dgn pelbagai isu skarang ni nmpk kelompongan korang ni..GAGAL...
ReplyDeleteselamatkan lah negaraku di pimpin oleh manusia yg tidak berdaulat dan beretika ini..amin..
teruskan lah protes anda..semoga berjaya...
Ya Chegubard,
ReplyDeleteSayang kita tidak berjumpa semalam di rumah DSAI, jumpa nanti di stadium ....
Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di STADIUM KELANA JAYA untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Protes tu protes lah jugak...
ReplyDeleteTapi saya harap sangat anda kaji dan faham betul2 sejauh mana kejujuran dan keikhlasan protes yang hendak dilakukan.
Jangan keliru pulak nak buat keputusan..
Kadang2 apa2 yang kita nampak mcm betul itu.... Mungkin betul pada kita sahaja.
Fahamkan apa yang saya kata :-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com