When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Showing posts sorted by relevance for query khalid jafri. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query khalid jafri. Sort by date Show all posts
Wednesday, August 31, 2005
Anwar tuntut 6.5 juta dari Khalid Jafri
KUALA LUMPUR: Mantan Timbalan Perdana Menteri menuntut RM6.5 juta dari penulis '50 Dalil', Datuk Khalid Jafri Abu Bakar Shah kerana mencemarkan nama beliau dalam buku tersebut. Ini dinyatakan oleh Anwar dalam tuntutan samannya yang didengar di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur pada 16 Ogos lepas. Gantirugi tersebut ialah RM500,000 bagi setiap lapan bentuk fitnah yang dinyatakan berjumlah RM4 juta manakala RM500,000 lagi ialah kerana konspirasi yang dikenakan terhadap beliau, RM1 juta kecederaan tambahan (aggrevated damage) serta RM1 juta lagi adalah untuk gantirugi khas. "Tidak ada jumlah wang yang dapat mengganti kerosakan yang saya alami akibat finah yang dlikakukan oleh Khalid Jafri. Walaubagaimana pun, gantirugi mesti dibayar kerana mereka telah dibayar untuk menjalankan konspirasi terhadap saya, " kata Anwar. Menurut beliau, buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM' dan surat layang adalah konspirasi bagi menjatuhkan saya dan menghapuskan karier politik saya. Anwar memberitahu Hakim Hishamuddin Yunus, kebanyakan daripada bahagian dalam buku tersebut merupakan fitnah dan bersumberkan surat layang yang ditulis oleh Azizan Abu Bakar. Dalam surat tersebut, Khalid Jafri yang bertanggungjawab menerbitkan buku tersebut, menyebut bahawa Aziz Shamsuddin (setiausaha politik Perdana Menteri ketika itu) memberitahu mereka mempunyai tugas penting bagi memastikan Anwar tidak menjadi Perdana Menteri. Antara lain, surat itu menyebut, "Selain dari itu Hj Zahar mengatakan bahawa Aziz Shamsuddin sendiri menyampaikan berita kepadanya bahawa PM mengataka Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM. Anwar 'Zero' tidak tahu tentang kewangan. Kita ada tugas penting untuk menentukan bahawa Anwar tidak akan menjadi PM dan semua orangnya mesti dipancong sebelum pemilihan 19999 ini." Surat itu juga menyebut, "Pada keesokan harinya (tarikh saya lupa) sekali lagi kami bertemu di Pejabat Dato Rais (Bangunan FAS sebelah stadium) kami membincangkan strategi gerakerja menyekat Anwar Ibrahim (TPM) daripada menjadi PM." Selain daripada itu, ia juga menyatakan "Dato Rais, menyatakan bahawa TPM adalah agen CIA dan mendapat bantuan 1.2 billion US Dollar untuk kempen akan datang." Aziz adalah setiausaha politik bagi Perdana Menteri dan tewas dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian Umno Gopeng. Aziz tidak menyukai Anwar Ibrahim kerana Anwar tidak menyokongnya di dalam pemilihan. "Bukan satu yang ganjil apabila diketahui Buku tersebut diedarkan dari pejabat Aziz Shamsuddin," kata Anwar lagi. Ketika disoal peguam apakah kesan daripada fitnah yang dilontarkan terhadap Anwar, beliau berkata pengedaran buku tersebut memberinya kesan yang amat dalam kepadanya dan juga seluruh kaum keluarganya. Dari segi kerjaya politik beliau, akibat daripada pemecatan tersebut, ia menjadi amaran kepada ahli-ahli Umno lain yang menyokongnya yang mungkin akan diambil tindakan yang seperti itu. Perbuatan fitnah itu juga mengakibatkan Anwar merengkok di penjara selama enam tahun. Beliau juga tidak dapat bertanding dalam mengembangkan karier politiknya sehingga 2009. Selain daripada itu, beliau juga hilang mata pencarian dan kemudiannya pencennya ditarik. "Sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen, saya kehilangan pendapatan sebanyak RM20,000 sebulan. Saya juga hilang wang pencen RM10,000 sebulan," katanya. Peguam Anwar Ibrahim diketuai oleh Sulaiman Abdullah dan dibantu oleh Faiz ABdullah, Abdul Rahman Adnan dan Leela Jesuthasan. Selain daripada Khalid Jafri atau nama sebenarnya Abdul Khalid @ Khalid Jafri bin Bakar Shah, defendan lain ialah Rozihan A Ghani yang mewakili Media Pulau Lagenda. Mereka diwakili oleh V.Rajasegan. Khalid tidak dapat hadir ke mahkamah kerana tenat akibat penyakit kencing manis. Kaki kanannya terpaksa dipotong pada 2 Ogos lalu Beliau terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi ICU dan menggunakan bantuan alat pernafasan semasa di pusat rawatan itu. Beliau kini berada di Hospital Selayang atas permintaan keluarganya. Perbicaraan disambung.
Saturday, October 01, 2005
BELASUNGKAWA Tutupnya Kitab Hayat Khalid
PADA 21 jam sebelum jam besar di Bangunan Sultan Abdul Samad di hadapan Dataran Merdeka berdetik menganjakkan usia kemerdekaan ke angka 48 tahun, Tuhan telah megutuskan Malaikat Maut mencabut nyawa Khalid Jafri@Bakar Shah. Tepatnya jam 3.00 petang, 29 Oogos 2005 maka tertutuplah kitab hayat Khalid Jafri alias Bakar Shah. Ia telah mengakhiri kehidupannya – melata menghirup kepuasan duniawi di atas pundak maya ini selama 65 tahun. Khalid, dari segi sejarah (tanpa melihat hitam atau putih) sebagai manusia telah meninggalkan legasi cukup hebat kepada negara ini. Beliau ditauliah oleh setengah manusia sebagai sang hero yang menjatuhkan sang hero, bekas TPM Anwar Ibrahim melalui buku beracunnya berjudul “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM.” Betapa buku itu telah menggoncang politik negara ini. Ia disebut bukan sahaja di Malaysia, tetapi terhimbau ke seluruh dunia, kerana ia melibatkan tokoh yang hebat dan terkenal. Sesiapa pun tidak menduga tiba-tiba nama Khalid turut melayang dan beriringan dengan nama Anwar ke seluruh dunia. Bila menyebut kecelakaan dan sejarah kejatuhan Anwar, maka nama buku itu disebut. Nama Kahlid turut terheret sama. Walaupun ada nama-nama lain lebih penting di sebalik tragedi hitam terancang itu, namun nama Khalid tidak dilupakan. Nama Khalid tersangkut di cangkuk yang paling tinggi pada pancang maufakat jahat itu. Sekiranya kata-kata Hakim Mahkamah Sesyen Ampang, Mohamad Saman Ramli ketika mengulas keputusan penghakiman ke atas Khalid; bahawa Khalid terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Anwar dengan buku itu, betapa hitam dan zulmatnya nama Khalid Jafri. Sah beliau berdosa kepada bukan sahaja Anwar dan keluarganya, namun kepada 25 juta rakyat negara ini. Apakah beliau benar-benar terlibat atau sekadar berada di pinggiran dalam konspirasi itu? Sukar untuk disahkan! Dalam hal ini Kahlid sahaja yang mengetahui. Dan kini Khalid sudah pun berganjak ke alam ghaib dan sedang berhadapan dengan Atiq dan Ratib. Khalid tidak bisa lagi menjelaskan hakikat ini. Maka tertinggallah persoalan itu kepada kita tanpa jawaban yang putih. Tidak dapat dielakkan, kesan kepada kehidupan Khalid ekoran buku itu sungguh besar sekali. Beliau dicemuh dan dihina di mana-mana sahaja. Beliau dilihat sebagai satu mahkluk yang huduh berterbangan bersama beberapa bapa konspirator termasuk bekas PM yang juga bapa Marina. Ke mana beliau pergi, beliau akan diludah. Sehinggakan beliau menjadi malu dan sentiasa melarikan diri daripada dunia. Kehadirannya di mahkamah kerana menjawab pertuduhan di atas beberapa pendakwaan, bagaikan seekor anjing kurap. Namun atas kehendak undang-undang negara beliau tidak dapat mengelak dan terpaksa menyerah diri kepada khalayak. Apabila mahkamah memutuskan beliau bersalah, dan dipenjara selama setahun serta diperintah membayar ganti rugi sebanyak RM4.5 kepada Anwar, di sinilah kemucak kemarahan umum kepadanya. Keputusan mahkamah itu meletakkan beliau dalam kedudukan bersalah dan hina dina. Bermula dari situlah beliau yang sudah diserang kencing manis terus diserang berbagai penyakit kronik lain. Penyakit jiwa, penyakit malu, penyakit bersalah dan berdosa akibat keputusan itu. Semuanya menekan beliau. Keadaan ini menyuburkan virus kencing manis, sehinggalah akhirnya membawa beliau memasuki perteduhan alam kubur. Daripada segi pandangan zahir, perjalanan pulang Kahlid dalam suasana yang sungguh pilu, sedih dan menyakitkan. Ianya sungguh mendukacitakan. Beliau pergi dalam keadaan anggotanya tidak lengkap di mana sebelah kakinya terpaksa dipotong dan dikapan berasingan dengan indera yang lain. Gambaran ini menunjukkan kematian beliau tidak dalam sempurna! Astaghfirullah! Suasana kurang senang ini juga terlihat di rumahnya di PD Villa Port Dikcson. Pada hari pengembumiannya sungguh menyayu dan menyedihkan. Tidak ramai yang meziarahi jenazahnya. Kematiannya seakan tidak diratapi dan disendui rakyat. Ia kontras dengan statusnya yang dinobatkan sebagai hero bergelar ‘Datuk’! Tidak ramai yang hadir melainkan keluarga terdekat dan rakan-rakan sepermainan di Utusan Melayu dan juga di dalam dunia perfileman. Tidak ada manusia berwajah lembut, jernih mengeliling jenazahnya. Tidak ada manusia berjubah, berjanggut hadir menziarahinya. Tidak ada manusia berkupiah putih yang sedang membaca ayat-ayat suci di sisi jenazahnya! Tidak ada Mufti, tidak ada Tuan Kadhi, dan tidak ada Ustaz. Apakah kekeringan manusia ini melambangkan beliau begitu jauh dengan kumpulan manusia demikian? Paling menyedihkan, bukan itu sahaja. Demikian juga dengan manusia berperwatakan ‘cepra’ tidak juga kelihatan. Tidak ada tokoh-tokoh besar di dalam parti dihuni oleh para konspirator menjatuhi Anwar hadir. Padahal sebelum ini beliau dilihat sebagai pengilham kepada golongan berkenaan dalam menggerakkan kerja bajingannya. Apakah mereka juga terasa malu untuk hadir selepas mahkamah mengesahkan dosa Kahlid? Jadi mereka malu! Aneh ... seharusnya tidak timbul perasaan keimanan itu, mereka semua sepatutnya hadir. Atau setidak-tidak seorang di kalangan mereka bertaraf menteri hadir sebagai mewakili golongan konspirator itu. Setidak-tidak wakil mereka dari Melaka atau Negeri Sembilan! Seharusnya keranda Khalid dipenuhi dengan bunga-bunga simpati yang bertimbun dan melambak. Atau perjalanan Kahlid ke kubur diiringi oleh ribuan manusia yang menyanjunginya selama ini. Tetapi tidak ada. Khalid berjalan sendirian sahaja ke lahad tanpa tepukan dan ucapan syabas yang diterimanya seperti sewaktu Anwar dipecat pada 3 September 1998 dahulu. Malahan mereka bagaikan tidak tahu pun bahawa orang yang menjadi ilham di atas kejayaan mereka sudah tiada. Mereka seolah tidak terasa pun bahawa penulis buku “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM” itu sudah diperintah berangkat ke alam akhirat. Kesian Khalid. Duka Khalid. Sedih Khalid. Sendu Khalid. Hina Khalid, kerana kematiannya tidak diratapi, malahan kewujudannya seakan memecahkan Malaysia kira-kira tujuh tahun lalu tidak dipedulikan langsung. Jasa-jasa Khalid tidak dikenang sekuman pun dan ini sekali gus menjadikan Darjah Kebesaran yang diterima dari kerajaan Melaka yang membawa gelaran Datuk itu juga palsu belaka. Apa pun atas nama al-nas (manusia) yang dicipta dari setitik mani, menjadi naufah kemudian dibubuh nyawa dan kemudian ditarik kembali, sama-samalah kita menginsafi, mengambil iktibar di atas yang berlaku. Apapun dosa dan pandangan kita kepada Khalid, kita terima ia sebagai takdir Ilahi. Sudilah mensedekahkan al-Fatihah untuknya. - Reformasi. ***Seharusnya keranda Khalid dipenuhi dengan bunga-bunga simpati yang bertimbun dan melambak. Atau perjalanan Kahlid ke kubur diiringi oleh ribuan manusia yang menyanjunginya selama ini. Tetapi tidak ada. Khalid berjalan sendirian sahaja ke lahad tanpa tepukan dan ucapan syabas****
Thursday, October 06, 2005
Hakim arahkan Khalid Jafri bayar kerugian RM4.5 juta
Hakim Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur, Datuk Hishamuddin Mohd Yunus mengarahkan pengarang buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM', Datuk Khalid Jafri Abu Bakar Shah dan isterinya, Rozihan A Ghani yang mewakili penerbit buku tersebut supaya membayar pampasan kewangan berjumlah RM4.5 juta kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gantirugi tersebut ialah RM500,000 bagi setiap lapan bentuk fitnah yang dinyatakan berjumlah RM4 juta manakala RM500,000 lagi ialah kerajaan kospirasi yang dikenakan terhadap beliau, RM1 juta akibat kecederaan berlebihan (aggravated damage) serta RM1 juta lagi adalah untuk ganti rugi khas. "Akhirnya keputusan hakim membuktikan wujud konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politik saya dan itulah yang saya katakan dari hari pertama saya dipecat," kata Anwar selepas menang saman malu berjumlah RM4.5 juta terhadap penulis buku '50 Dalil' Khalid Jafri. "Penghakiman ini membersihkan nama saya," tambahnya lagi. Anwar masih lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika beliau menfailkan samannya itu pada tahun 1998 terhadap Khalid dan Rozihan atas dakwaan memfitnah. Katanya, buku tersebut telah diedarkan pada Perhimpunan Agung Umno pada Jun 1998. Sejurus selepas itu, Anwar dipecat atas dakwaan terbabit dalam salahlaku seks, tetapi beliau menegaskan secara konsisten bahawa tuduhan tersebut adalah sebahagian daripada konspirasi politik terhadapnya. Mengulas ganti rugi yang diberikan, Anwar berkata, beliau tidak akan menggunakan wang tersebut kerana wang yang diterima itu tidak penting, sebaliknya apa yang penting adalah kebenaran. "Saya tidak akan ambil satu sen pun, wang itu jika ada, akan digunakan untuk pihak yang memerlukan," kata beliau. Sebelum ini, sebuah badan bukan kerajaan, Pusat Kebebasan Kewartawanan (CIJ) mengeluarkan kenyataan pada 22 Ogos lepas menyatakan kebimbangan mereka terhadap kebeasan bersuara di negara ini apabila keputusan mengarahkan Khalid Jafri membayar gantirugi yang dianggap sejumlah wang yang besar. Menurut CIJ, ia akan mewujudkan satu budaya yang takut, tidak mahu membuat pendedahan dan menggugat kebebasan bersuara. "Walaubagaimanapun, kami menyambut baik keputusan mahkamah yang membetulkan ketidakadilan yang berlaku di negara ini, proses membetulkan perbuatan fitnah dan menghukum seseorang dengan sejumlah kos yang sejajar dengan kesalahan yang dilakukan, seperti yang dinyatakan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan pada 14 Ogos 2003," kata Pengarah CIJ, Sonia Randhawa. Pada 8 Julai lalu, Khalid dihukum setahun penjara oleh Hakim Mahkamah Seksyen Ampang, Mohamed Saman kerana menulis maklumat palsu dalam buku tersebut yang membawa peristiwa pemecatan Anwar September 1998.Ê Hakim berkata kes tersebut adalah serius di mana ia melibatkan fitnah, kehilangan maruah dan pendapatan Anwar dan keluarganya. Dalam menjawab kenyataan itu, Anwar berkata, sejak dari dahulu lagi beliau menyokong hak bersuara dan memberi pendapat. "Tetapi kita mesti mampu membezakan kebebasan bersuara dengan fitnah yang merosakkan reputasi dan kerjaya politik," Menurut Anwar, apa yang dilakukan oleh Khalid Jafri dan diputuskan oleh mahkamah adalah konspirasi tertinggi Umno dengan memfitnahnya dengan perkara-perkara yang mengaibkan
Friday, October 07, 2005
Intipati penghakiman bertulis Hakim Datuk Hishamuddin Mohd Yunus
Buku ini banyak sekali kesalahan dan dakwaan serius (yang tidak terbukti) terhadap Anwar Ibrahim.
-Biarpun kes membabitkan saman malu di negara ini tidak melibatkan jumlah wang yang besar, bagaimanapun, saya setuju dengan Haji Sulaiman, peguambela Anwar, bahawa fakta dan situasi yang bersangkutan berhubung kes ini adalah unik dan pemberian gantirugi hendaklah mencerminkan keanehan kes.
-Perkara yang saya ambil kira dalam memberikan gantirugi termasuklah dakwaan Khalid Jafri yang bukan sahaja banyak tetapi serius dan sangat jahat. Kedudukan tinggi dalam kerajaan dan politik yang diterajui oleh Anwar Ibrahim dan tidak ada permohonan maaf daripada Khalid Jafri hingga ke hari ini.
-Mahkamah mempertimbangkan gantirugi berdasarkan kerosakan yang berlaku akibat penerbitan buku tersebut, motif dan perbuatan tertuduh. Jelas terdapat keinginan untuk menyakiti dan merosakkan reputasi plaintif (Anwar) dan kerjaya politik beliau.
-Berdasarkan cara dan luasnya penyebaran buku tersebut di perhimpunan agung Umno, buku itu dimasukkan ke dapan beg perwakilan. Tertuduh (Khalid Jafri) dan yang lain telah berkonspirasi dan berjaya mencapai matlamatnya. -Berhadapan dengan kekejaman dan kebencian orang ramai terhadap maruahnya (Anwar Ibrahim) yang diserang oleh Khalid Jafri bersama yang lain, dimalukan secara terbuka dan cemuhan, kesakitan dan tekanan yang dihadapi oleh plaintif (Anwar) dan keluarganya tidak dapat diterangkan.

Buku 50 Dalil Fitnah dan ada Konspirasi : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Intipati penghakiman bertulis Hakim Datuk Hishamuddin Mohd Yunus -Buku ini banyak sekali kesalahan dan dakwaan serius (yang tidak terbukti) terhadap Anwar Ibrahim. -Biarpun kes membabitkan saman malu di negara ini tidak melibatkan jumlah wang yang besar, bagaimanapun, saya setuju dengan Haji Sulaiman, peguambela Anwar, bahawa fakta dan situasi yang bersangkutan berhubung kes ini adalah unik dan pemberian gantirugi hendaklah mencerminkan keanehan kes.-Perkara yang saya ambil kira dalam memberikan gantirugi termasuklah dakwaan Khalid Jafri yang bukan sahaja banyak tetapi serius dan sangat jahat. Kedudukan tinggi dalam kerajaan dan politik yang diterajui oleh Anwar Ibrahim dan tidak ada permohonan maaf daripada Khalid Jafri hingga ke hari ini. -Mahkamah mempertimbangkan gantirugi berdasarkan kerosakan yang berlaku akibat penerbitan buku tersebut, motif dan perbuatan tertuduh. Jelas terdapat keinginan untuk menyakiti dan merosakkan reputasi plaintif (Anwar) dan kerjaya politik beliau. -Berdasarkan cara dan luasnya penyebaran buku tersebut di perhimpunan agung Umno, buku itu dimasukkan ke dapan beg perwakilan. Tertuduh (Khalid Jafri) dan yang lain telah berkonspirasi dan berjaya mencapai matlamatnya. -Berhadapan dengan kekejaman dan kebencian orang ramai terhadap maruahnya (Anwar Ibrahim) yang diserang oleh Khalid Jafri bersama yang lain, dimalukan secara terbuka dan cemuhan, kesakitan dan tekanan yang dihadapi oleh plaintif (Anwar) dan keluarganya tidak dapat diterangkan.
Monday, July 11, 2005
Khalid Jafri bersalah tulis maklumat palsu "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM", yang bersengkongkol?
Mahkamah Sesyen Ampang Jumaat 8 Julai 2005 telah menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Datuk Khalid Jafri setelah disabitkan kesalahan menulis maklumat palsu dalam buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM ".
Hakim Mohamad Saman Mohamed Ramli dalam hujahnya ketika menjatuhkan hukuman antaranya Khalid dijatuhkan hukuman bersalah dan disabitkan dengan tuduhan itu setelah meneliti bahawa kes tersebut melampaui keraguan. Khalid mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu pada 12 Ogos 1998 dan pada peringkat pendakwaan, seramai 11 saksi memberi keterangan. Dia didakwa mengikut Seksyen 8A (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.Maklumat palsu berkenaan terkandong di muka 50 buku itu.
Pada 19 Feb 2003, Mohamad Saman mengarahkan Khalid membela diri selepas memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadapnya.Pembelaan telah mengemukakan dua saksi iaitu Khalid sendiri dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Musa Hassan serta memanggil semula saksi pendakwaan Supt Mohd Rodwan Mohd Yusof.
Kes ini telah menarik perhatian pemerhati dalam dan luar negara kerana berdasarkan maklumat fakta buku inilah Bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad begitu yakin untuk memecat Timbalan Perdana Menteri Ketika itu Sdr anwar ibrahim atas tuduhan moral.
Kini mahkamah telah menetapkan bahawa maklumat dalam buku itu fitnah maka rakyat menanti bekas Perdana Menteri untuk tampil dan memohon maaf di atas tindakan beliau yang menyebabkan kerugian bukan sedikit kepada rakyat dan negara.
Semalam 10 Julai 2005 akhbar tempatan melaporkan Ketua Menteri Melaka Ali Rustam yang menyatakan bahawa anugerah Datuk kepada Khalid boleh ditarik balik jika rayuannya di tolak. Ini satu yang amat memalukan
Semasa tempoh perbicaraan tersebut juga Khalid telah dianugerahkan Datuk oleh Yang Dipertua Negeri Melaka. Angkatan muda mempersoalkan tindakan ini kerana : Anugerah Datuk ketika Khalid masih dibicarakan boleh dilihat sebagai balasan kerana menulis buku tersebut ini kerana Yang Dipertua Negeri Melaka, Khalil Yaakop yang mengurniakan anugerah Datuk kepada Khalid juga mempunyai kepentingan dalam kes pemecatan saudara Anwar Ibrahim.
Apakah sumbangan Khalid terhadap Negeri Melaka sehingga Yang Dipertuan Negeri Melaka menganugerahkan beliau Datuk.
Angkatan Muda Malaysia melihat penarikan Datuk kepada Khalid tidak membawa erti apa – apa. Kami menuntut supaya siapa yang terlibat dalam menganugerahkan tersebut perlu tampil memberikan alasan mengapa Khalid diberikan anugerah tersebut ? Adakah kerana balasan menulis buku fitnah ? Jika tiada alasan yang munasabah mereka perlu memohon maaf secara terbuka bukan setakat menarik semula Datuk dari Khalid.
Thursday, October 06, 2005
Gantirugi RM4.5j kepada Anwar terbesar dalam sejarah
KUALA LUMPUR: Kali pertama sejak tujuh tahun lalu, seseorang hakim mengesahkan secara rasmi dan berdokumentasi mengenai wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan karier politik bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus mengesahkan perkara tersebut ketika membacakan penghakiman bertulisnya dalam kes saman malu Anwar terhadap penulis buku '50 Dalil' Khalid Jafri 18 Ogos lalu. Hishamuddin dalam masa yang sama memerintahkan Khalid Jafri dan isterinya yang juga bertindak sebagai penerbit buku tersebut, Rozihan A. Ghani membayar RM4.5 juta kepada Anwar sebagai gantirugi atas berbagai pembohongan yang dilakukan Khalid menerusi buku tersebut. Anwar masih lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika beliau menfailkan samannya itu pada tahun 1988 terhadap Khalid dan Rozihan tersebut atas tuduhan memfitnah. Anwar dalam samannya menamakan Khalid dan bersama beberapa individu dalam Umno berkonspirasi untuk memalukan beliau. Datuk Mohd Hishamuddin dalam penghakimannya berkata, buku tersebut telah disebarkan secara meluas dalam perhimpunan agung Umno dan buku tersebut juga dimasukkan di dalam beg perwakilan. "Khalid dan yang lain telah berkonspirasi dan berjaya mencapai matlamat mereka (untuk menjatuh dan memalukan Anwar). Akibatnya kerjaya politik plaintif (Anwar) rosak kerana penerbitan buku tersebut," kata Hishamuddin dalam penghakiman bertulisnya yang diperolehi oleh Suara Keadilan. Menurutnya lagi, Anwar bukan sahaja hilang kedudukannya dalam kerajaan dan Umno, tetapi juga kehilangan pendapatan dan pencen. "Berhadapan dengan kekejaman dan kebencian orang ramai terhadap maruahnya yang diserang oleh Khalid Jafri bersama yang lain, dimalukan segara terbuka dan cemuhan, kesakitan dan tekanan yang dihadapi oleh plaintif (Anwar) dan keluarganya tidak dapat diterangkan," jelas Datuk Mohd Hishamuddin. Kerana semua itu, menurut Hishamuddin, beliau memutuskan ganti rugi berjumlah RM4.5 juta kepada Anwar. Beliau berkata, biarpun pemberian ganti rugi melibatkan jumlah yang besar bukan amalan di Malaysia, namun beliau bersetuju dengan pendapat peguam bela Sulaiman Abdullah bahawa kes ini adalah kes yang unik dan tersendiri.
Tuesday, October 04, 2005
Penghakiman ini bersihkan nama saya - Anwar
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim bersyukur akhirnya nama beliau dibersihkan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Hishamuddin bin Mohd Yunus membuat keputusan Khalid Jafri bersalah kerana menyertai konspirasi memalukannya. "Akhirnya keputusan hakim membuktikan wujud konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politik saya dan itulah yang saya katakan dari hari pertama saya dipecat," kata Anwar selepas menang saman malu berjumlah RM4.5 juta terhadap penulis buku '50 Dalil' Kahlid Jafri. "Penghakiman ini membersihkan nama saya," tambahnya lagi. Anwar masih lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika beliau menfailkan samannya itu pada tahun 1998 terhadap Khalid dan Rozihan atas dakwaan memfitnah. Katanya, buku tersebut telah diedarkan pada Perhimpunan Agung Umno pada Jun 1998. Sejurus selepas itu, Anwar dipecat atas dakwaan terbabit dalam salahlaku seks, tetapi beliau menegaskan secara konsisten bahawa tuduhan tersebut adalah sebahagian daripada konspirasi politik terhadapnya. Mengulas ganti rugi yang diberikan, Anwar berkata, beliau tidak akan menggunakan wang tersebut kerana wang yang diterima itu tidak penting, sebaliknya apa yang penting adalah kebenaran. "Saya akan berbincang dengan keluarga dan peguam untuk mengagihkan wang tersebut pada pihak yang memerlukan," kata beliau. Dalam ceramahnya di Tangkak Johor beberapa hari selepas itu, Anwar menegaskan bahawa wang yang diterima itu tidak akan digunakan untuk kepentingan peribadi. "Saya tidak akan ambil satu sen pun, wang itu jika ada, akan digunakan untuk pihak yang memerlukan," kata beliau. Awal Ogos lalu, Mahkamah Sesyen Ampang menjatuhkan hukuman setahun penjara ke atas Khalid kerana menulis maklumat palsu dalam bukunya itu, yang antara lain, mendakwa Anwar homoseksual, pemimpin rasuah, terbabit dengan zina dan mempunyai anak luar nikah dan pengkhianat. Mahkamah juga memutuskan sebelum ini yang anak tersebut adalah anak sah kepada bekas setiausaha sulit Anwar, Mohamad Azmin Ali. Khalid kini sedang menjalani rawatan di hospital dan dilaporkan dalam keadaan tenat akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya. Kaki kanannya telah dipotong dan dia kini diberi bantuan pernafasan. Khalid merupakan sumber rujukan yang menyatakan Anwar sebagai homoseksual, pemimpin rasuah, terbabit dengan zina dan mempunyai anak luar nikah dan pengkhianat.
Friday, October 07, 2005
Hakim akui konspirasi Umno
Hakim Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur, Datuk Hishamuddin Yunus, membuat keputusan bahawa pengedaran buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM' dan surat layang yang dilakukan oleh Umno adalah konspirasi bagi menjatuhkan mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga bekas Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penghakiman yang dibuat pada 18 Ogos lalu menyatakan tuduhan yang dibuat di dalam buku tersebut adalah serius. "Sehingga saat terakhir penghakiman dibuat, tiada usaha meminta maaf daripada pihak-pihak yang terlibat dalam konspirasi tersebut," kata Hishamuddin ketika membaca penghakimannya. Datuk Mohd Hishamuddin dalam penghakimannya berkata, buku tersebut telah disebarkan secara meluas dalam perhimpunan agung Umno dan buku tersebut juga dimasukkan di dalam beg perwakilan. "Khalid dan yang lain telah berkonspirasi dan berjaya mencapai matlamat mereka (untuk menjatuh dan memalukan Anwar). Akibatnya kerjaya politik plaintif (Anwar) rosak kerana penerbitan buku tersebut," kata Hishamuddin. Menurutnya lagi, Anwar bukan sahaja hilang kedudukannya dalam kerajaan dan Umno, tetapi juga kehilangan pendapatan dan pencen. "Berhadapan dengan kekejaman dan kebencian orang ramai terhadap maruahnya yang diserang oleh Khalid Jafri bersama yang lain, dimalukan segara terbuka dan cemuhan, kesakitan dan tekanan yang dihadapi oleh plaintif (Anwar) dan keluarganya tidak dapat diterangkan," jelas Datuk Mohd Hishamuddin. Kerana semua itu, menurut Hishamuddin, beliau memutuskan ganti rugi berjumlah RM4.5 juta kepada Anwar. Beliau berkata, biarpun pemberian ganti rugi melibatkan jumlah yang besar bukan amalan di Malaysia, namun beliau bersetuju dengan pendapat peguam bela Sulaiman Abdullah bahawa kes ini adalah kes yang unik dan tersendiri. Konspirasi tersebut berpunca daripada surat layang yang ditulis oleh Azizan Abu Bakar. Dalam surat tersebut, Khalid Jafri yang bertanggungjawab menerbitkan buku tersebut yang mana ia menyebut bahawa Aziz Shamsuddin (setiausaha politik Perdana Menteri ketika itu) memberitahu mereka mempunyai tugas penting bagi memastikan Anwar tidak menjadi Perdana Menteri. Antara lain, surat itu menyebut, "Selain dari itu Hj Zahar mengatakan bahawa Aziz Shamsuddin sendiri menyampaikan berita kepadanya bahawa PM mengataka Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM. Anwar 'Zero' tidak tahu tentang kewangan. Kita ada tugas penting untuk menentukan bahawa Anwar tidak akan menjadi PM dan semua orangnya mesti dipancong sebelum pemilihan 19999 ini." Surat itu juga menyebut, "Pada keesokan harinya (tarikh saya lupa) sekali lagi kami bertemu di Pejabat Dato Rais (Bangunan FAS sebelah stadium) kami membincangkan strategi gerakerja menyekat Anwar Ibrahim (TPM) daripada menjadi PM." Selain daripada itu, ia juga menyatakan "Dato Rais, menyatakan bahawa TPM adalah agen CIA dan mendapat bantuan 1.2 billion US Dollar untuk kempen akan datang." Aziz adalah setiausaha politik bagi Perdana Menteri dan tewas dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian Umno Gopeng. Aziz tidak menyukai Anwar Ibrahim kerana Anwar tidak menyokongnya di dalam pemilihan.
Thursday, May 19, 2016
Rumusan Debat Perdana : Deklarasi Mahathir
Pertama sekali tahniah kepada Sdr. Edy Noor Reduan (EDS) selaku Pengarah Propaganda dan keseluruhan team penerangan SAMM yang berjaya mengadakan Debat pada 16 Mei yang lalu. Kehadiran menggalakkan Dewan (atas) KLSCAH penuh dan keadaan amat tidak selesa, malah ramai yang hadir kemudian balik hampa kerana tidak dapat masuk. Memang dari awal EDS cadangkan untuk adakan di dewan besar (bawah) KLSCAH namun memandangkan sewanya sahaja sekitar RM3,000 dan dengan melihat kemampuan kewangan kami dalam SAMM sendiri maka kami guna dewan di atas dengan sewa sekitar RM700. Maaf pada semua dan begitulah kami SAMM kumpulan kerdil, itupun merangkak kami demi melengkapkan jumlah sewa, iklan Malaysiakini, cetak banner, p.a sistem semuanya sekitar RM1500.
T,kasih kepada media yang hadir membuat liputan khususnya pasukan KiniTV yang menyediakan sialan langsung malam tersebut.
T.kasih kepada semua Panel dan Sdr. Azzan dari Kesatuan Mahasiswa yang berani tampil menjadi moderator Debat bersama Norazimah (aktivis reformasi) yang menjadi penjaga masa. Diakui malam tersebut agak tidak terkawal sedikit namun keberanian seorang Mahasiswa tampil berani menjadi moderator dalam debat yang memang dijangka panas harus diberi pujian.
Saya rumuskan hujah yang dibangkitkan.
1. Pihak Pro Deklarasi memulakan hujah dengan mengatakan penganjur tidak adil kerana menggunakan istilah Pro Deklarasi kepada mereka dan Pro Reformasi Total kepada satu pihak lagi seolah menggambarkan yang Pro Deklarasi menentang Reformasi dan Anwar Ibrahim itu sendiri. Saya rasakan isu ini sudah selesai kerana penganjur sudah memberikan penjelasan dan saya tegaskan ini juga berkait rapat dengan cara (team Mahathir) Pro Deklarasi selama ini. Mereka (team Mahathir) menggunakan cara siapa kritik Mahathir merupakan upahan Najib. Sedangkan kami jelas menolak dipergunakan Mahathir hanya untuk jatuhkan Najib dan menguatkan cengkaman Mahathir dalam Umno Bn dan seterusnya memenangkan Umno Bn dalam pilihanraya umum akan datang.
Dan kartel yang bersama dengan Mahathir perlu akui sememangnya Anwar Ibrahim menolak gerakan yang dikepalai oleh Mahathir dan yang terkahir melalui surat panjangnya yang menekankan betapa kita akan ditipu oleh Mahathir dengan jelas bersama Mahathir ini menolak idea dan gagasan Reformasi sistem yang dibawa Anwar Ibrahim. Jelas mengangkat Mahathir ini melengkapkan cita - cita Mahathir membunuh politik Anwar sepenuhnya dimana anak angkatnya sedang memainkan peranan yang sangat baik untuk itu dalam PKR.
Saya sebut pengalaman saya berdepan Mahathir dalam Forum di Universiti malaysia 7 April lepas. Mahathir lari balik awal mengelak menjawab semua soalan saya namun sebelum itu Mahathir telah respon persoalan mengenai tuntutan pilihanraya bebas dan adil. Mahathir ditanya oleh seorang aktivis Bersih mengenai kenapa tidak diberi penekanan dalam Deklarasi tulisanya itu perihal tuntutan pilihanraya bersih dan adil, bukankah itu tunjang demokrasi ? Mahathir menjawab pilihanraya ini siapa yang kalah sentiasa akan kata pilihanraya tidak adil dan yang menang akan kata pilihanraya itu adil. Ini secara jelas Mahathir tidak akui pilihanraya Malaysia pincang dan dia akan pertahankan penipuan pilihanraya. Klik http://chegubard.blogspot.my/2016/04/drm-balik-awal-elak-menjawab.html
2. Pihak Pro Deklarasi menyatakan kami gagal menyatakan apa yang tidak dipersetuji dalam Deklarasi itu sendiri dan seolah kami hanya tidak bersetuju kerana penglibatan Mahathir semata - mata. Mereka juga berulang kami menekankan seolah kami tidak pun membaca deklarasi itu. Ditegaskan kami baca dan kami tolak deklarasi yang ditulis oleh Mahathir dan penglibatan Mahathir itu juga.
3. Dalam hujah Ambiga dia menyatakan dengan jelas mereka tergesa - gesa dan hanya diberikan 4 hari untuk meneliti dekralasi yang sudah ditulis yang diberikan kepada mereka. Soalnya siapa yang menulis dan memberikan deklarasi itu kalau bukan Mahathir dan kenapa perlu ikut tekanan Mahathir yang hanya memberikan 4 hari sahaja , kenapa tidak dirujuk dan dibuat forum dan seumpamanya bagi mengutip pandangan rakyat ? Khairuddin dengan jelas menyatakan dalam salah satu hujahnya jika ada yang tidak dipersetujui sila bagi tahu dia dan dia akan bawa kepada Mahathir.
Mahathir tulis dan secara diktator memberi masa 4 hari untuk bersetuju. Nak ubah apa - apa sila beri tahu dan akan dibawa kepada Mahathir untuk diteliti. Adakah tidak layak ia digelar deklarasi Mahathir ? Kena ingat hanya beberapa jam selepas deklarasi ini dibaca oleh Mahathir depan media perbagai pihak muncul pertikaikan perbagai perkara tertinggal termasuk isu Anwar Ibrahim. Adakah ini dikatakan deklarasi rakyat ? sedangkan rakyat hanya disuapkan tulisan tuntutan Mahathir.
4. Amat lucu bila Khairuddin cuba menggunakan pentas debat membela dirinya dan Mahathir apabila dia mencabar agar mana - mana pihak tampil membuat laporan polis atau kepada pihak berwajib mengenai 'jenayah' Mahathir ? Adakah Khairuddin tertidur 'umpama kisah ashabul kaffi' selama ini ? tidak sedarkah dia yang beribu laporan dibuat di seluruh negara dan oleh perbagai pihak ke atas Mahathir atas perbagai kesalahan selama ini ? Khairuddin menyatakan Najib penakut guna pihak berkuasa tekan dia yang melaporkan , Khairuddin nampaknya lupa bagaimana Mahathir menggunakan semua jentera kerajaan menekan bukan sahaja yang membuat laporan malah cikgu sekolah yang pakai pelekat kereta logo pembangkang pun diburu polis sampai ke rumah ketika zaman Mahathir. Najib hanya ikut Mahathir, kerana itu jangan ubati simptom semata - mata tetapi ubati penyakit barah nya iaitu kehancuran sistem bernegara dan Umno - Barisan Nasional itu sendiri.
Khairuddin sekali lagi membuat kenyataan lucu bila dia sebut “Bukan saya penulis dan penerbit buku itu. Tengok siapa penerbit dan penulis buku itu, sehingga ke hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim tak pernah ambil apa-apa tindakan ke atas diri saya,”
Ya dalam debat itu saya meminta maaf dan menarik kenyataan saya berkenaan Khairuddin menulis buku fitnah 50 Dalil.... tetapi saya tegaskan Khairuddin terlibat menerbitkan dan dia perlu mohon maaf dan mengakui fitnahnya sehingga Anwar terinaya dan Malaysia berdepan krisis politik berpanjangan.
6. Pihak Pro deklarasi menyatakan jika tidak sokong Deklarasi yang diterajui Mahathir , apa cadangan yang ada ? Pertanyaan ini diulang - ulang dalam debat seolah tidak pernah dikemukana cadangan. SAMM dengan jelas sudah menegaskan sejak Julai 2015 lagi apa penyelesaianya .
sila baca dengan klik link sebelah tajuk :

- penglibatan Mahathir mengepalai deklarasi yang kononya untuk menyelamatkan Malaysia ini jelas sangat kontradik dengan Mahathir itu sendiri. Dia tidak pernah meminta maaf dengan semua jenayah 'pentadbiran' yang dia lakukan. Dia tidak mengakui rompakan yang dia lakukan (Barry Wain menyatakan RM100 billion 'dirompak' Mahathir sepanjang pemerintahanya klik sini https://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Maverick) Maka saya dengan jelas menyatakan malam tersebut Mahathir sebelum nak kepalai gerakan Selamatkan Malaysia sila akui , minta maaf dan pulangkan semua harta rompakan milik rakyat Malaysia.
- Deklarasi ini ternyata pincang dan hanya berkisar soal masalah 1MDB sedangkan Najib dan masalah 1MDB ini hanya 'simptom' bukan penyakit 'barahnya' Mahathir pandai melalaikan rakyat dengan menumpukan simptom semata. Ubati Simptom tidak akan menyelamatkan negara, tetapi perlu ubati penyakit (barah) nya iaitu sistem yang pincang dan Umno Barisan Nasional itu sendiri.
- Deklarasi ini menuntut 4 perkara iaitu singkirkan Najib, singkirkan mereka yang bersekongkol dengan Najib, mansuhkan semua undang - undang dan perjanjian baru dan memperbaiki integriti PDRM, Bank Negara, PAC dan SPRM. Ia jelas hanya berkisar dendam Mahathir semata kerana Mahathir hanya ingin singkirkan Najib dan yang bersekongkol dengan Najib. Siapa yang menetapkan nama - nama yang bersekongkol dengan Najib ? sudah tentu Mahathir yang akan senaraikan ? Ini merupakan proses pembersihan musuh Mahathir sebelum dia kembali ke dalam Umno seperti sebelum ini berada di luar Umno singkir Tunku Abdul Rahman, singkir Pak Lah dan kembali kepada Umno setelah matlamat tercapai. Jangan kita lupa Muhiyuddin, Shafie Apdhal juga hadir ke parlimen angkat tangan sekongkol dengan Najib sokong GST, TPPA dan lain lain. Malah anak Mahathir (ketika dalam Kementrian Perdagangan Antarabangsa & Industri) juga menjadi sebahagian perunding dalam menjayakan TPPA
- Kenapa mansuhkan semua undang - undang dan perjanjian baru sahaja ? Bagaimana dengan undang - undang lama yang menindas seperti akta mesin cetak, akta hasutan dll ? Ingat ketika Najib mansuhkan ISA, Mahathir ialah antara yang paling ke depan menentang. Adakah semua undang - undang ini perlu dikekalkan agar ketika Mahathir kembali ke Umno selepas Najib dan kuncu disingkir akan digunakan sepenuhnya seperti zaman pemerintahannya untuk menindas pembangkang dan semua gerakan rakyat ?
- Khalid Samad memberikan hujah seolah menolak Deklarasi (tulisan) sebab Mahathir adalah tindakan emosi. Ini saya tolak dengan hujah, dalam perlembagaan Pas apa yang tidak betul dan pincang ? Khalid menjawab spontan tak ada pincang, maka kenapa Khalid keluar hanya kerana Hadi dan kuncu - kuncu Hadi ? Maka apa salah kami menolak deklarasi Mahathir kerana sosok jahat Mahathir dan kuncunya lebih lagi isinya sendiri dipertikaikan.
3. Dalam hujah Ambiga dia menyatakan dengan jelas mereka tergesa - gesa dan hanya diberikan 4 hari untuk meneliti dekralasi yang sudah ditulis yang diberikan kepada mereka. Soalnya siapa yang menulis dan memberikan deklarasi itu kalau bukan Mahathir dan kenapa perlu ikut tekanan Mahathir yang hanya memberikan 4 hari sahaja , kenapa tidak dirujuk dan dibuat forum dan seumpamanya bagi mengutip pandangan rakyat ? Khairuddin dengan jelas menyatakan dalam salah satu hujahnya jika ada yang tidak dipersetujui sila bagi tahu dia dan dia akan bawa kepada Mahathir.
Mahathir tulis dan secara diktator memberi masa 4 hari untuk bersetuju. Nak ubah apa - apa sila beri tahu dan akan dibawa kepada Mahathir untuk diteliti. Adakah tidak layak ia digelar deklarasi Mahathir ? Kena ingat hanya beberapa jam selepas deklarasi ini dibaca oleh Mahathir depan media perbagai pihak muncul pertikaikan perbagai perkara tertinggal termasuk isu Anwar Ibrahim. Adakah ini dikatakan deklarasi rakyat ? sedangkan rakyat hanya disuapkan tulisan tuntutan Mahathir.
4. Amat lucu bila Khairuddin cuba menggunakan pentas debat membela dirinya dan Mahathir apabila dia mencabar agar mana - mana pihak tampil membuat laporan polis atau kepada pihak berwajib mengenai 'jenayah' Mahathir ? Adakah Khairuddin tertidur 'umpama kisah ashabul kaffi' selama ini ? tidak sedarkah dia yang beribu laporan dibuat di seluruh negara dan oleh perbagai pihak ke atas Mahathir atas perbagai kesalahan selama ini ? Khairuddin menyatakan Najib penakut guna pihak berkuasa tekan dia yang melaporkan , Khairuddin nampaknya lupa bagaimana Mahathir menggunakan semua jentera kerajaan menekan bukan sahaja yang membuat laporan malah cikgu sekolah yang pakai pelekat kereta logo pembangkang pun diburu polis sampai ke rumah ketika zaman Mahathir. Najib hanya ikut Mahathir, kerana itu jangan ubati simptom semata - mata tetapi ubati penyakit barah nya iaitu kehancuran sistem bernegara dan Umno - Barisan Nasional itu sendiri.
Khairuddin sekali lagi membuat kenyataan lucu bila dia sebut “Bukan saya penulis dan penerbit buku itu. Tengok siapa penerbit dan penulis buku itu, sehingga ke hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim tak pernah ambil apa-apa tindakan ke atas diri saya,”
Semua perlu ingat Anwar telah buktikan di mahkamah Buku 50 dalil fitnah (2004) dan Anwar keluar penjara fokus pasal membina kekuatan rakyat bukan nak urus Khairuddin pemakan dedak.
Untuk semua saya ingatkan pada 4 Mei 2013 di Taman Metropolitan Khairuddin menyebut "....saya pikul perjuangan ini sebagai fardu kifayah kerana Dr. Mahathir tak mahu mempercayai Anwar berperangai sedemikian rupa. Sebab itu saya terbitkan buku 50 Dalil yang ditulis Datuk Khalid Jafri Bakar Shah," dimana dia mulakan ucapan dengan Saya berani bersumpah Wallahi Wabilahi Watallahi.....
Ya dalam debat itu saya meminta maaf dan menarik kenyataan saya berkenaan Khairuddin menulis buku fitnah 50 Dalil.... tetapi saya tegaskan Khairuddin terlibat menerbitkan dan dia perlu mohon maaf dan mengakui fitnahnya sehingga Anwar terinaya dan Malaysia berdepan krisis politik berpanjangan.
sila baca dengan klik link sebelah tajuk :
- Negara dalam krisis kembali kepada rakyat klik http://anakmudamalaysia.com/2015/07/negara-dalam-krisis-kembali-kepada-kuasa-rakyat/
- perlu segera desakan 'caretaker goverment' klik http://anakmudamalaysia.com/2015/07/caretaker-government-adalah-bukan-kerajaan-perpaduan/
- Jalur tuntutan negara perubahan klik http://anakmudamalaysia.com/2016/03/tuntutan-negara-perubahan-samm-mendepani-situasi-politik-tanahair/
Kami punya alternatif dan ia sudah ditegaskan sejak awal.
7. Bersama Mahathir secara terburu - buru tanpa merujuk kepada rakyat malah akar umbi parti telah memecahkan kekuatan pembangkang dan 'civil society' . Hebahan yang konon menggunakan Mahathir mampu mencapai akses baru kepada orang Umno hanya ilusi pro Deklarasi Mahathir semata - mata. Banyak program gagal contohnya (klik http://chegubard.blogspot.my/2016/04/anak-muda-mahukan-perubahan-tetapi.html) . Program pelancaran anak muda deklarasi Mahathir di ibu kota dalam dewan besar hanya dihadiri 30 orang sahaja. Bukan anak muda tidak mahu perubahan tetapi anak muda tolak gerakan dikepalai Mahathir dan jangan sampai penolakan ini melebar kepada pembangkang itu sendiri. Depan orang Umno, Mahathir sangat konsisten Najib perlu disingkirkan untuk selamatkan Umno. Ini beerti Mahathir akan bersama Umno semula selepas Najib dan kuncunya disingkirkan. Dia hanya perkuda kekuatan 'rakyat' untuk capai cita - citanya.
Dalam tulisan ini saya rakamkan simpati saya dengan orang seperti Ambiga kerana tertipu dengan propaganda 1.2 juta tandatangan kononya. Saya tegaskan bahawa 1.2 juta tandatangan itu hanya propaganda semata - mata dan tidak benar.

Ini bukan idea baru, ia pengulangan skrip semata - mata. Jangan lupa skrip menjatuhkan Abdullah Badawi (klik http://chegubard.blogspot.my/2016/02/seruan-perpaduan-tolak-najib-dari-kem.html) . Mahathir gambarkan Abdullah ialah kemuncak kemusnahan dan perlu disingkirkan. Rakyat bersetuju tekanan meningkat dan apabila Abdullah disingkirkan mana usaha mengembalikan harta negara yang dirompak Abdullah termasuk saham yang dijual Khairy ke Singapura. Yang jelas Mahathir diam masuk Umno dan Khairy jadi Menteri Penuh. Ini akan berulang lagi.
Lebih parah lagi ketika ini pembangkang mengangkat Mahathir selaku negarawan (contohnya rujuk kenyataan Naib Presiden AMANAH, 29 Febuari 2016 yang beberapa kali menyebut Mahathir Negarawan). Rakyat akan diberikan gambaran Mahathir penyelamat negara. Maka apabila cita - citanya menyingkirkan Najib dan kuncunya tercapai , Mahathir kembali ke Umno dan dengan imej negarawan yang diberikan pembangkang. Selepas itu Mahathir akan minta rakyat tolak pembangkang pula untuk menyelamatkan Malaysia dan sudah tentu rakyat percaya sebab kita yang angkat Mahathir negarawan dan kita telah memadam semua dosa Mahathir.
Kehadiran Mahathir ini mengalihkan fokus Pakatan Harapan, dalam keadaan sibuk menjunjung Mahathir ke hulu ke hilir, PH lupa memantapkan PH sehingga bertembung sesama sendiri dalam PRN Sarawak dan mahathir sendiri tak hulur bantuan apa pun dalam PRN Sarawak. PH sudah tertubuh tapi tanpa seketeriat tersusun, tanpa kakitangan seketeriat yang tetap malah jauh sekali pejabat yang sempurna, berbeza dengan team deklarasi Mahathir ini sudah ada seketeriat tetap dengan kakitangan bergaji dan semuanya tersusun.

Saya akhirnya malam itu dengan membaca surat Anwar Ibrahim untuk semua fikirkan.... Deklarasi ini hanya harapan palsu buat rakyat (klik http://www.malaysiakini.com/news/342124 )
oleh che'GuBard, SAMM
rakaman penuh Debat sila klik http://chegubard.blogspot.my/2016/05/rakaman-penuh-debat-deklarasi-mahathir.html
rakaman penuh Debat sila klik http://chegubard.blogspot.my/2016/05/rakaman-penuh-debat-deklarasi-mahathir.html
Wednesday, September 19, 2007
Pencabulan 'kebebasan' Institusi kehakiman : Tubuh segera suruhanjaya diraja kes Anwar Ibrahim
Beberapa perkembangan sejak kebelakangan ini jelas membuka ruang untuk ketelusan dan integriti Institusi Kehakiman Negara dipertikaikan.
Pendedahan lengkap oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan bukti bagaimana Hakim dipengaruhi oleh pihak luar dalam membuat keputusan dalam kes melibatkan beliau. Ini mengukuhkan lagi kenyakinan bahawa apa yang berlaku ke atas Anwar merupakan satu konspirasi politik jahat menjatuh beliau.
Implikasi pendedahan tersebut ialah negara berada dalam krisis. Institusi yang seharusnya menjadi pelindung keadilan dan harapan rakyat kini hancur maruah dan kehormatanya. Negara yang rakyatnya tidak menghormati sistem perundangan serta kehakiman bakal berdepan dengan masalah yang lebih hebat. Di mata dunia juga Malaysia akan dipandang lebih buruk.
Negara diambang krisis.
Menyingkap fakta mahkamah pada 18 Ogos 2005 yang lepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Hishamuddin Mohd Yunus membuat keputusan kes saman Anwar Ibrahim ke atas penulis buku ‘50 dalil’ Khalid Jafri.
Keputusan kes ini menjadi perhatian media hampir di seluruh dunia, termasuk di negara jiran apabila hampir semua akhbar utama memberikan liputan di muka utama.Keadaan berbeza di Malaysia apabila rakyat hanya difokuskan mengenai jumlah RM4.5 juta yang di arahkan kepada Khalid untuk dibayar kepada Anwar, yang sebenarnya jumlah wang itu tidak penting.
Rakyat Malaysia perlu melihat keputusan kes ini dengan skop yang lebih besar. Paling penting sekali ialah intipati keputusan penghakiman bertulis hakim Datuk Hishamuddin Mohd Yunus yang antaranya mengakui bahawa fakta buku tersebut merupakan fitnah semata mata dan turut mengakui bahawa wujud konspirasi hingga terbitnya buku tersebut dan menggunakan buku tersebut untuk menjatuhkan Anwar.
Maka kini terbukti buku yang selama ini dijadikan kitab rujukan membenarkan penyingkiran dan penyiksaan terhadap Anwar merupakan satu fitnah malah telah disahkan terdapatnya pakatan jahat dibelakang kewujudan buku ini.Terbukti fitnah, penyiksaan terhadap Anwar dirancang dan kekacauan dalam negara sehingga mengakibatkan kerugian yang tak ternilai mesti dicari penanggungjawabnya!
Segalanya telah terserlah kerana mahkamah telah membersihkan Anwar dari segala sabitan jahat. (dari sudut agama pertuduhan tersebut jelas pincang berdasarkan pendapat Yusof Qardawi).Bermula dengan 2 September 2004 Mahkamah Persekutuan telah membersihkan Anwar dari tuduhan liwat dan kini semuanya terbukti.
Mata rakyat seharusnya kini tertumpu kepada Abdullah Ahmad Badawi pengasas Islam Hadhari.
Apakah beliau benar benar berani berdepan dengan kebenaran?
Abdullah mendapat tempat kedudukan yang hari ini ialah hasil keadaan yang gawat dan kalut ketika kemuncak fitnah dan konspirasi itu belaku. Maksudnya walaupun mungkin beliau boleh menyatakan beliau tidak terlibat dalam mengganggotai “majlis konspirator” pada ketika itu tetapi beliau tidak boleh lari dari fakta bahawa beliau mendapat peluang menjadi Perdana Menteri hasil dari fitnah dan konspirasi yang berlaku. Maka Abdullah harus berani untuk mencari kebenaran.
Pendedahan terkini Anwar yang mendedahkan bagaimana (Tun) Mahathir, Vincent Tan dan VK Lingam terlibat dalam mempengaruhi keputusan perlu dilihat sebagai kemuncak pendedahan kecurangan ini. ia bukan pendedahan biasa ia dengan bukti bervideo.
Abdullah dan Islam hadhari akan dipandang tinggi jika beliau berani mengambil langkah mencari kebenaran.Ini bukan setakat permasalahan seorang ahli atau pimpinan parti yang dipecat. Ini merupakan maslahah negara apabila pemimpin no 2 dipecat dan mengakibatkan kerugian kepada negara dan rakyat.Untuk itu Abdullah seharusnya berjiwa besar untuk menasihatkan majlis raja – raja menubuhkan satu suruhanjaya siasatan untuk mencari siapa yang bertanggungjawab atas semua kemusnahan yang berlaku. Yang bersalah perlu diadili.
untuk mengetahui latar belakang kes Konspirasi ke atas Anwar sila klik
ini bukan persoalan Anwar semata - mata ini persoalan kedaulatan rakyat...... Ayuh bangkit !
ini bukan persoalan Anwar semata - mata ini persoalan kedaulatan rakyat...... Ayuh bangkit !
Sunday, September 04, 2005
Abdullah harus berani berdepan dengan kebenaran, tubuh Suruhanjaya untuk siasat konspirasi
KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA MALAYSIA
Pada 18 Ogos 2005 yang lepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Hishamuddin Mohd Yunus membuat keputusan kes saman Anwar Ibrahim ke atas penulis buku ‘50 dalil’ Khalid Jafri.
Keputusan kes ini menjadi perhatian media hampir di seluruh dunia, termasuk di Indonesia apabila hampir semua akhbar utama memberikan liputan di muka utama.
Keadaan berbeza di Malaysia apabila rakyat hanya difokuskan mengenai jumlah RM4.5 juta yang di arahkan kepada Khalid untuk dibayar kepada Anwar, yang sebenarnya jumlah wang itu tidak penting.
Rakyat Malaysia perlu melihat keputusan kes ini dengan skop yang lebih besar. Paling penting sekali ialah intipati keputusan penghakiman bertulis hakim datuk hishamuddin mohd yunus yang antaranya mengakui bahawa fakta buku tersebut merupakan fitnah semata mata dan turut mengakui bahawa wujud konspirasi hingga terbitnya buku tersebut dan menggunakan buku tersebut untuk menjatuhkan Anwar.
Maka kini terbukti buku yang selama ini dijadikan kitab rujukan membenarkan penyingkiran dan penyiksaan terhadap Anwar merupakan satu fitnah malah telah disahkan terdapatnya pakatan jahat dibelakang kewujudan buku ini.
Terbukti fitnah, penyiksaan terhadap Anwar dirancang dan kekacauan dalam negara sehingga mengakibatkan kerugian yang tak ternilai mesti dicari penanggungjawabnya!
Segalanya telah terserlah kerana mahkamah telah membersihkan Anwar dari segala sabitan jahat. (dari sudut agama pertuduhan tersebut jelas pincang berdasarkan pendapat Yusof Qardawi).
Bermula dengan 2 September 2004 Mahkamah Persekutuan telah membersihkan Anwar dari tuduhan liwat dan kini semuanya terbukti.
Mata rakyat seharusnya kini tertumpu kepada Abdullah Ahmad Badawi pengasas Islam Hadhari. Apakah beliau benar benar berani berdepan dengan kebenaran?
Abdullah mendapat tempat kedudukan yang hari ini ialah hasil keadaan yang gawat dan kalut ketika kemuncak fitnah dan konspirasi itu belaku. Maksudnya walaupun mungkin beliau boleh menyatakan beliau tidak terlibat dalam mengganggotai “majlis konspirator” pada ketika itu tetapi beliau tidak boleh lari dari fakta bahawa beliau mendapat peluang menjadi Perdana Menteri hasil dari fitnah dan konspirasi yang berlaku.
Maka Abdullah harus berani untuk mencari kebenaran. Abdullah dan Islam hadhari akan dipandang tinggi jika beliau berani mengambil langkah mencari kebenaran.Ini bukan setakat permasalahan seorang ahli atau pimpinan parti yang dipecat. Ini merupakan maslahah negara apabila pemimpin no 2 dipecat dan mengakibatkan kerugian kepada negara dan rakyat.
Untuk itu Abdullah seharusnya berjiwa besar untuk menasihatkan majlis raja – raja menubuhkan satu suruhanjaya siasatan untuk mencari siapa yang bertanggungjawab atas semua kemusnahan yang berlaku. Yang bersalah perlu diadili.
Pada 18 Ogos 2005 yang lepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Hishamuddin Mohd Yunus membuat keputusan kes saman Anwar Ibrahim ke atas penulis buku ‘50 dalil’ Khalid Jafri.
Keputusan kes ini menjadi perhatian media hampir di seluruh dunia, termasuk di Indonesia apabila hampir semua akhbar utama memberikan liputan di muka utama.
Keadaan berbeza di Malaysia apabila rakyat hanya difokuskan mengenai jumlah RM4.5 juta yang di arahkan kepada Khalid untuk dibayar kepada Anwar, yang sebenarnya jumlah wang itu tidak penting.
Rakyat Malaysia perlu melihat keputusan kes ini dengan skop yang lebih besar. Paling penting sekali ialah intipati keputusan penghakiman bertulis hakim datuk hishamuddin mohd yunus yang antaranya mengakui bahawa fakta buku tersebut merupakan fitnah semata mata dan turut mengakui bahawa wujud konspirasi hingga terbitnya buku tersebut dan menggunakan buku tersebut untuk menjatuhkan Anwar.
Maka kini terbukti buku yang selama ini dijadikan kitab rujukan membenarkan penyingkiran dan penyiksaan terhadap Anwar merupakan satu fitnah malah telah disahkan terdapatnya pakatan jahat dibelakang kewujudan buku ini.
Terbukti fitnah, penyiksaan terhadap Anwar dirancang dan kekacauan dalam negara sehingga mengakibatkan kerugian yang tak ternilai mesti dicari penanggungjawabnya!
Segalanya telah terserlah kerana mahkamah telah membersihkan Anwar dari segala sabitan jahat. (dari sudut agama pertuduhan tersebut jelas pincang berdasarkan pendapat Yusof Qardawi).
Bermula dengan 2 September 2004 Mahkamah Persekutuan telah membersihkan Anwar dari tuduhan liwat dan kini semuanya terbukti.
Mata rakyat seharusnya kini tertumpu kepada Abdullah Ahmad Badawi pengasas Islam Hadhari. Apakah beliau benar benar berani berdepan dengan kebenaran?
Abdullah mendapat tempat kedudukan yang hari ini ialah hasil keadaan yang gawat dan kalut ketika kemuncak fitnah dan konspirasi itu belaku. Maksudnya walaupun mungkin beliau boleh menyatakan beliau tidak terlibat dalam mengganggotai “majlis konspirator” pada ketika itu tetapi beliau tidak boleh lari dari fakta bahawa beliau mendapat peluang menjadi Perdana Menteri hasil dari fitnah dan konspirasi yang berlaku.Maka Abdullah harus berani untuk mencari kebenaran. Abdullah dan Islam hadhari akan dipandang tinggi jika beliau berani mengambil langkah mencari kebenaran.Ini bukan setakat permasalahan seorang ahli atau pimpinan parti yang dipecat. Ini merupakan maslahah negara apabila pemimpin no 2 dipecat dan mengakibatkan kerugian kepada negara dan rakyat.
Untuk itu Abdullah seharusnya berjiwa besar untuk menasihatkan majlis raja – raja menubuhkan satu suruhanjaya siasatan untuk mencari siapa yang bertanggungjawab atas semua kemusnahan yang berlaku. Yang bersalah perlu diadili.
Friday, January 09, 2015
Ada Apa Dengan Abang K?
Menyambung siri tulisan perseteruan Mahathir dan Najib, kali ini saya ingin mencungkil mengenai salah satu watak kuda perang Mahathir, Khairuddin Abu Hassan. Siapakah beliau ini yang telah menarik perhatian umum kebelakangan ini?
Khairuddin Abu Hassan ini bukanlah kuda perang barisan hadapan Mahathir tetapi beliau cuma seorang sub-kroni Mahathir. Jasa beliau pada Mahathir adalah terlibat bersama Allahyarham Khalid Jafri yang menulis buku 50 dalil mengapa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri. Buku yang telah menjadi sebab Anwar Ibrahim terpelanting dari puncak kuasa.
Walaupun mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Anwar Ibrahim, tapi Khairuddin lebih setia dengan Mahathir. Mengapa? Politik adalah mengenai kuasa dan ekonomi. Khairuddin sebagai seorang peniaga, sudah tentu memerlukan tuan yang lebih berkuasa untuk menjaga kitaran ekonominya.
Kita tinggalkan kisah tahun 1998. Kini kenapa Khairuddin begitu galak menyerang Najib?
Suami kepada aktress Umie Aida ini sebenarnya bukanlah seorang peniaga yang baik. Pagi ini saya telah menerima dua salinan dokumen. Dokumen pertama adalah dokumen keputusan carian kebankrapan dari Jabatan Insolvensi Malaysia yang tertera nama Khairuddin (rujuk gambar 1). Yang kedua adalah Notis Lelongan Awam yang akan diadakan esok, 10 Januari 2015 ke atas sebuah penthouse di Mont Kiara yang dimiliki oleh Khairuddin (rujuk gambar 2).
Khairudin juga adalah Pengarah kepada 137 syarikat sedangkan dia telah diisytiharkan bankrap. Dengan status bankrap ini, beliau boleh hilang kelayakan sebagai Pengarah dalam semua syarikat tersebut. Ini yang menakutkan beliau.
Inilah sebabnya mengapa Khairuddin begitu bersungguh menyerang Najib. 1MDB dijadikan punching bag terbaik. Bukan kerana prihatin terhadap wang rakyat yang mungkin akan hangus kerana 1MDB tetapi kerana Najib tidak mahu membantu menyelesaikan masalah bankrap yang dihadapinya.
Khairuddin adalah satu lagi contoh tipikal kroni Mahathir dan kepimpinan yang ada dalam UMNO-BN. Menjadi saudagar bukan kerana kebolehan tetapi kerana mengenali siapa yang berada di puncak kuasa.
Satu lagi persoalan yang timbul adalah perlukah Pakatan Rakyat untuk bersama-sama dengan Khairuddin menyerang Najib?
Jawapan saya adalah tidak. Anwar perlu ingat, Khairuddin inilah antara muka-muka yang telah memulakan konspirasi melampau terhadapnya. Walaupun punya pertalian keluarga, tapi Khairuddin telah khianat dan sanggup menabur fitnah demi mengampu Mahathir.
Adakah Pakatan Rakyat terlupa bahawa Mahathir adalah punca segala musibah yang melanda Malaysia? Mahathir punca segala sistem pentadbiran dalam negara ini punah ranah. Institusi Raja, Legislatif, Kehakiman, Eksekutif semuanya menjadi tunggang langgang dikerjakan Mahathir semasa zaman pentadbirannya.
Kini kita sedang menanggung segala macam kesan ekoran daripada kerosakan yang dibuat Mahathir selama ini. Dan ingatlah pertembungan Mahathir dan Najib ini tidak akan membawa keuntungan kepada Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia.
Strategi yang baik untuk Pakatan Rakyat adalah menghambat Mahathir, Daim dan kroni-kroni ketika ini dan kemudiannya berhadapan dengan Najib dalam Pilihanraya Umum nanti.
Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia
Link Moderat vs Ekstremis : Satu Cereka Penagih Kuasa |https://lanunmuar.wordpress.com/2015/01/04/moderat-melawan-ekstremis-satu-cereka-oleh-penagih-kuasa/
Link Najib-Mahathir dan Collateral Damage |https://lanunmuar.wordpress.com/2015/01/07/najib-mahathir-dan-collateral-damage/

Thursday, July 03, 2008
Pemimpin Umno di bawah tolak fitnah.
Fitnah melalui Konspirasi ke 2 yang sekali lagi mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tuduhan meliwat telak ditolak bukan sahaja oleh orang biasa tetapi turut ditolak dikalangan Umno juga.
S.Muliadi Bin Sabtu, 32 tahun merupakan Naib ketua Pemuda Umno Cawangan telah dengan rela bertemu dengan penyelaras keADILan Rembau untuk membuat sidang media bersama menolak fitnah kali ini. Beliau yang telah memasuki Umno ketika menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bawah ketua bahagian Datuk Zul Hasnan Rafik dan kemudian pada tahun 2003 bertukar ke bahagian Rembau. No ahli 02684317
Beliau tegas menyatakan kekecewaan jika benar ini dirancang melalui konspirasi ke 2 jelas Umno tidak belajar dari sejarah 1998. Kerana konspirasi 1998lah parti kesayangan umat melayu hampir hancur. Jelas peristiwa 1998 ialah konspirasi, kepercayaan ini diperteguhkan lagi dengan penghakiman bertulis Kes Khalid Jafri, penulis buku 50 dalil yang di mana hakim telah menegaskan bahawa kewujudan buku itu mengesahkan kewujudan konspirasi jahat.
"Ketika itu, ahli Umno khususnya pemuda bersungguh - sungguh mempertahankan parti dari diserang. Kita pertahan parti kerana kita percaya pada masa itu tanpa Umno melayu akan terancam" katanya.
"Kerana peristiwa 1998 jugalah rakyat hilang keyakinan terhadap institusi kerajaan seperti kehamiman dan kehakiman".
Tegasnya lagi "Dan kini sekali lagi episod sama diulang tayang. Saya gusar ramai ahli Umno akan bosan dengan perkembangan ini dan mula letih untuk mempertahankan parti lagi. Jika benar Anwar hampir berjaya ambil alih kerajaan 'guna pintu belakang' yang mana saya juga tidak bersetuju, kita (Umno) seharusnya mempertingkatkan pembelaan terhadap rakyat untuk menyakinkan fakta bahawa kita bersama membela rakyat bukan dengan melakukan fitnah konspirasi seperti ini".
"saya hari ini bertemu dengan keADILan bersama beberapa teman ahli Umno (kepimpinan beberapa cawangan di bawah Umno Rembau) untuk mendapat penjelasan kedudukan sebenar. Ingin saya tegaskan sehingga kini saya masih ahli Umno yang setia. Apa yang saya tegaskan kerana saya sayangkan Umno dan ingin melihat Umno terus bermaruah" katanya menutup pertemuan.
Wednesday, October 05, 2005
500,000 risalah mengenai kebebasan Anwar
Muda Mohd Noor - Malaysiakini
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengedar 500,000 risalah bagi menjelaskan mengenai pembebasan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Timbalan Ketua Penerangannya, Badrul Hisham Shaharin berkata, risalah berkenaan diedarkan supaya rakyat mendapat maklumat lengkap mengenai pembebasan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Katanya, risalah tersebut diedarkan untuk menerangkan bahawa mahkamah telah mendapati Anwar tidak bersalah dan pemenjaraan beliau hanya konspirasi ciptaan buku `50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.’ Kempen ini untuk mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai intipati penghakiman yang menyatakan buku ini bukan sahaja fitnah tetapi wujud konspirasi untuk menjatuhkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Kempen mengedarkan risalah ini dimulakan di Sri Gading, Johor pada 18 September lalu sempena ceramah yang diadakan di tempat itu. “Tempat-tempat yang menjadi tumpuan utama dalam pembahagian risalah ini ialah pasar malam, masjid, Pasar Ramadhan, tempat letak kereta dan semasa program ceramah,” katanya.
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengedar 500,000 risalah bagi menjelaskan mengenai pembebasan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Timbalan Ketua Penerangannya, Badrul Hisham Shaharin berkata, risalah berkenaan diedarkan supaya rakyat mendapat maklumat lengkap mengenai pembebasan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Katanya, risalah tersebut diedarkan untuk menerangkan bahawa mahkamah telah mendapati Anwar tidak bersalah dan pemenjaraan beliau hanya konspirasi ciptaan buku `50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.’ Kempen ini untuk mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai intipati penghakiman yang menyatakan buku ini bukan sahaja fitnah tetapi wujud konspirasi untuk menjatuhkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Kempen mengedarkan risalah ini dimulakan di Sri Gading, Johor pada 18 September lalu sempena ceramah yang diadakan di tempat itu. “Tempat-tempat yang menjadi tumpuan utama dalam pembahagian risalah ini ialah pasar malam, masjid, Pasar Ramadhan, tempat letak kereta dan semasa program ceramah,” katanya. Kesan kebebasan Anwar
Badrul Hisham berkata, jika sambutan orang ramai menggalakkan terhadap pengedaran risalah itu sempena ketibaan Ramadhan, pihaknya akan mencetak sejuta lagi untuk diedarkan kepada orang ramai. Selama ini, katanya, ramai yang menganggap pembebasan Anwar hanya berkisar kepada perintah Hakim Datuk Hishamuddin Yunus supaya penulis buku berkenaan Datuk Khalid Jafri membayar pampasan RM4.5 juta kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Sebenarnya, kata beliau, pembebasan Anwar boleh memberi kesan yang besar kepada politik negara termasuk keputusan pilihanraya umum akan datang.“Cara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengendalikan kes pembebasan Anwar ini akan dinilai oleh rakyat dan mungkin mempengaruhi pilihanraya umum nanti,” katanya. Angkatan Muda PKR, katanya, berharap dapat membahagikan sebanyak mungkin risalah tersebut kepada kakitangan kerajaan dan rakyat di akar umbi supaya mereka dapat mengetahui isu tersebut dengan lebih tepat dan jelas.
Thursday, July 17, 2008
Cubaan melengkapkan skrip besar tidak berjaya !

Seminggu ini benar - benar sibuk dan tak punya cukup masa untuk menulis. Maaf banyak email dan komen juga berkenaan 'coretan' tidak siap ini.
Pada masa menulis tajuk dan meletakkan gambar ini banyak yang hendak 'coretkan' namun setelah berhari - hari tertinggal mood dan maklumat sedikit celaru untuk menyusun semula coretan.
Ketika rakyat sedang 'sakit'mengira wang syilling untuk berbelanja, ketika rakyat baru sahaja tertipu dengan janji Pengarah Pilihanraya Bn (Najib Tun Razak) yang menyatakan bahawa minyak tidak akan naik tahun ini ketika pelancaran manifesto Pilihanraya Bn.... dan ketika rakyat sedang menanti 'proses pengambil alihan' kerajaan persekutuan dari Bn kepada PAKATAN untuk menanti harga minyak dan beban rakyat diredakan.... ketika itulah pada Sabtu 28 Jun, Malaysia digemparkan dengan laporan polis Saiful pembantu DSAI yang menyatakan beliau telah diliwat sebanyak 9 kali oleh DSAI dan kali terakhir ialah pada 26 Jun.
Rakyat panik kenapa ini berlaku ? Jika dahulu Azizan mengatakan dia terpaksa membenarkan dirinya diliwat oleh DSAI yang dibantu Sukma kerana takutkan kedudukan DSAI yang menjadi orang no.2 dalam kerajaan, tetapi kini apa pula alasan Saiful. Dia yang jauh lebih gagah fizikalnya, lebih tinggi dan mempelajari ilmu silat (menurut maklumat blognya), tetapi bagaimana pula seorang yang tua 61tahun dan sakit tulang belakang tanpa kuasa dan terlalu ramai lingkungan yang rapat dengan kekuasaan yang mahu 'mematikannya' mampu untuk memaksa Saiful untuk benar di liwat tanpa kerelaan sebanyak 9 kali...?
Ini konspirasi....ulangtayang skrip 1998... kenapa 1998 berlaku ...? 1998 berlaku kerana pada ketika itu DSAI sudah selangkah dari tampuk kuasa... dan ramai pada ketika itu tidak mahukan beliau berada di kerusi no. 1 itu... pertembungan idea pentadbiran dengan Dr. Mahathir khususnya dari aspek pengurusan ekonomi pula telah menjadi alasan yang kuat untuk DSAI disingkirkan segera.
Kenapa skrip 1998 di ulang kembali 2008 ? jawapan yang tetap sama kerana DSAI sudah kelihatan hampir di tampuk kuasa...cuma kali ini berbeza... pertempuran 1998 ialah antara konspirator yang dipayungi oleh orang no. 1 tetapi kini berbeza.... kerana berlaku antara dua orang yang sedang berlumba untuk kerusi no.1...
Selepas pilihanraya 2008, keadaan iklim politik negara berubah, tsunami politik yang menumbangkan 5 negeri dirampas 'kuasa rakyat' ada dua sebab 'politik' pertama ialah kerana populariti DSAI dan yang kedua kerana kelemahan Abdullah yang parah. Ini di tambah dengan keperitan hidup rakyat. Makanya selepas pilihanraya mula ada beberapa ahli parlimen Bn yang berjumpa secara sulit dengan DSAI untuk berbincang mengenai masa depan negara. Mereka menginsafi betapa negara sedang dalam keadaan lemah dan diambang krisis dan perlu diselamatkan. Maka ini datangnya 'ilham' 16 September membentuk kerajaan baru. Ia bukan sekadar ilusi ciptaan dan pihak 'kekuasaan' melalui perisikan mereka yang canggih sudah tentu tahu mengenai perkara ini.
Suka atau tidak suka Abdullah sememangnya sudah duduk sebagai Pm cuma bila dan bagaimana dia akan diturunkan menjadi persoalan. Tetapi semua mata sedang memerhati siapa penggantinya..? Adakah penggantinya mampu memacu semula negara yang semakin parah...? Orang melihat Anwar dan Najib..
Najib sememangnya perlahan... itu yang menyebabkan Dr. Mahathir marah padanya.... kini pula dia sedang bangga kerana Abdullah telah mengumumkan akan memilihnya sebagai pengganti tetapi 2 tahun lagi... selepas kenyataan Abdullah itu sekali lagi Dr.Mahathir menegaskan Najib lambat dan berdasarkan banyak perkara mungkin tak ada peluang jadi PM. Dahulu ketika pertembungan team A dan team B...Najib awalnya berada di kalangan team B... tetapi masih play safe.. DSAI melihat Najib terkontang kanting terus menghulur tangan mengosongkan kerusi Ketua Pemuda untuk Najib dan selepas itu Najib menyokong Dr.Mahathir meninggalkan team B. Najib memang dari dahulu selalu playsafe dan takut bersaing.
Tetapi kini berbeza... persaingnya kini DSAI telah jauh ke depan... kemungkinan DSAI mengambil alih kerajaan hampir 'terang'. Apa yang lebih mencemaskan Najib ialah DSAI atau tidak pun orang - orang dikalanganya seperti memiliki bukti banyak 'jenayah' beliau, isteri dan kawan rapatnya. Jika DSAI dibenar duduk sebagai no. 1 bukan sahaja karier politiknya mati tetapi risiko menghabiskan sisa hidup dibalik geriji besi juga wujud.
Sesuatu perlu dilakukan ! Dia (Najib) bernasib baik kerana saki baki konspirator lama ada di tampuk kuasa tertentu.
Musa yang menjadi tukang usung tilam (dalam skrip 1998) yang pernah mengaku dalam mahkamah mampu bercakap bohong demi arahan tugas kini sudah menjadi Ketua Polis Negara. Gani Patail yang menjadi pendakwaraya utama dalam skrip 1998 kini sudah bergelar Peguam Negara. Kedua dua konspirator ini sudah tentu 'panas punggung' kerana DSAI sudah mula mendedahkan bukti penglibatan dua watak ini dalam memalsukan bukti dan keterangan dalam skrip 1998.
Najib kali ini sudah tentu tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan kerjasama dua watak ini lagi untuk drama ulangan 2008.
Mengimbau sedikit kebelakang iaitu intipati penghakiman Datuk Hishammudin Yunus dalam kes Saman "Buku 50 Dalil kenapa Anwar tidak boleh menjadi PM?" menyatakan penulis buku ini (arwah Khalid Jafri) jelas menjadi alat pihak tertentu untuk mengeluarkan buku tersebut bagi membunuh karier politik Anwar Ibrahim. Malah penyebaran buku tersebut secara berluasa dan bebas peringkat awalnya seolah membuktikan ada 'perlindungan' dalam penerbitan buku tersebut.
Skrip 2008 juga tidak susah hendak dihuraikan. Ia konspirasi. Ada perjumpaan Saiful dan Najib sebelum Saiful datang dan menawarkan diri sebagai sukarelawan pilihanraya bagi membantu kerja pejabat DSAI. Ada perjumpaan Saiful, Rosmah, Najib dan Pembantu Khas Rosmah selepas itu juga. Ada pertemuan 'sulit' Saiful dengan bekas pemimpin keadilan yang bersumpah sumpah untuk menjatuhkan Anwar. Ketika Saiful dikatana dalam perlindungan Polis 15 hari lepas sebelum dia memadamkan talian telefonya server maxis mengesan sim cardnya digunakan di PWTC.
Tetapi skrip kali ini sudah tentu lebih 'cerdik' dari skrip lama. Kesilapan seperti tuduhan kejadian di Trivoli Villa sedangkan pada ketika tarikh tuduhan Trivolli Villa belum wujud pasti tidak berlaku.
Anwar dikehendaki hadir ke IPK KL kononya untuk rakaman kenyataan. Seperti ramai telah maklum malah telah disiarkan di muka depan sebuah tabloid Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM juga telah mengumumkan bahawa 16 Julai, 2 petang ialah tempoh akhir Anwar harus hadir di IPK KL atau akan ditangkap.
Setelah mengagumkan Malaysia dengan hujah dan kesungguhan dalam menyampaikan fakta mengenai bagaimana harga minyak boleh diturunkan esok awal pagi (16 Julai) Anwar berkejar ke BPR Putrajaya memenuhi janjinya untuk memberikan kenyataan dan bukti mengenai 'korupsi' Musa Hassan dan Ghani Patail. Pertemuan dengan BPR terpaksa di singkatkan kerana peguam (malah berdasarkan maklumat BPR sendiri menelefon IPK KL) gagal mendapatkan penangguhan satu atau dua jam lewat sedikit untuk hadir di IPK KL kerana urusan rakaman kenyataan di BPR Putrajaya belum habis.
11.30 pagi bertolak keluar dari BPR Putrajaya, Anwar bercadang pulang dahulu ke rumah untuk menyimpan fail-fail berkaitan kes BPR dan mengambil fail - fail berkaitan kes 'liwat' pula. Oleh kerana cukup masa maka makanan disiapkan di rumah untuk dijamah sebelum solat Zuhor dan kemudian bertolak ke IPK KL yang terletak kira - kira 10-15 minit perjalanan dari kediamanya di Bukit Segambut.
Malangnya kira - kira 200 meter dari kediamanya konvoi Anwar Ibrahim disekat dan di kepung dengan puluhan anggota UTK bertopeng dan bersenjata. Tidak kurang dari 18 kenderaan polis terlibat.
Ramai tertanya - tanya kenapa ini berlaku ? Kenapa perlu lakukan sesuatu yang sememangnya pasti mengundang imej yang buruk kepada polis dan membangkitkan kemarahan penyokong DSAI...?
Semenjak dua minggu sebelum peristiwa tangkapan ala gestapo itu sememangnya latihan keselamatan rapi sudah dibuat, melibatkan tentera dan polis. Kali terakhir tentera berada di tengah bandaraya ialah 1969.
Wujud satu teori politik yang mengatakan bahawa pengulangan skrip 1998 ini sebenarnya ialah babak kecil dalam skrip besar. Skrip besarnya ialah pengulangan kisah bagaimana Tun Razak melakukan 'Rampasan Kuasa' dari Tunku Abdul Rahman.
Kajian / hipotesis oleh Kua Kia Soong terhadap Peristiwa 13 Mei mendapati bahawa nasionalis Tun Abdul Razak cuba melakukan rampasan kuasa terhadap Tunku Abdul Rahman dengan sokongan daripada Dato' Harun bin Idris, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Ghazali Shafie.
Pada ketika itu wujud pergeseran kaum, keadaan tidak menentu. Tunku diperlihatkan lemah oleh media dan agen-agen yang dikuasai Tun Razak. Kononya keadaan amat kritikal jika Tunku dibiarkan terus menerajui Umno maka Umno dalam bahaya. Begitu juga kini imej Abdullah begitu tidak porpular.... ramai mula yakin jika Abdullah terus ditampuk kuasa diragui Umno hilang 'gripnya'. Cuma yang perlu ialah wujudkan kekecohan dan ketengangan kalangan rakyat.
Anwar dan kelompok penyokong tegarnya mungkin dilihat Najib mampu memenuhi krateria keperluan untuk melengkapkan skripnya kerana ramai percaya pendokong reformasi tidak punya disiplin. Maka kerana itulah perlunya skrip 1998 diulang selain dari memperlahankan kelajuan DSAI pengulangan ini juga untuk melengkapkan skrip besar iaitu rampasan kuasa terhadap Abdullah.
Tetapi semuanya setakat ini gagal, penyokong terus tenang dan berada pada tahap keyakinan tinggi. Ketika ditahan itulah pesanan DSAI melalui Nurul Izzah yang disampaikan berkali - kali kepada cheGuBard. Alhamdunillah semua terkawal dengan baik. Cuma satu tangkapan. Nora ditangkap itupun kerana dia tak tahan sangat nak menjawab mulut kurang ajar polis yang bertugas malam itu. Biasalah Nora.... tapi bukan salah Nora kalau cheGuBard perempuan dan diberikan usikan kurang ajar seperti itu juga akan melenting dan tersembur maki juga. Kerana perhimpunan tersebut tidak dirancang maka pasukan peguam tidak terbentuk. Nora terpaksa bermalam di lokap dan terima kasih kepada Athirah (setiausaha DMPP) kerana menguruskan peguam dan jaminan polis Nora. Cuma agak terkilan dengan mulut lancang seorang peguam ahli keADILan yang ketika dihubungi teman bukan setakat tidak mahu membantu tetapi menuduh pula kononya Nora orang bekas pimpinan keADILan yang sudah masuk Umno. Kejadian ini amat saya selaku aktivis reformasi jalanan dan pimpinan keADILan kesali.
Namun apapun politik kian panas dan menarik !!! Rakyat kian bosan kerana terseksa... mereka tak mahu sensasi tetapi pembelaan...... tawaran 'keselesaan hidup' oleh PAKATAN perlu dilawan dengan perlaksanaan agenda pembelaan rakyat oleh Kerajaan Bn bukan dengan fitnah dan konspirasi.
Subscribe to:
Posts (Atom)