Thursday, July 03, 2008

Pemimpin Umno di bawah tolak fitnah.

Fitnah melalui Konspirasi ke 2 yang sekali lagi mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tuduhan meliwat telak ditolak bukan sahaja oleh orang biasa tetapi turut ditolak dikalangan Umno juga.
S.Muliadi Bin Sabtu, 32 tahun merupakan Naib ketua Pemuda Umno Cawangan telah dengan rela bertemu dengan penyelaras keADILan Rembau untuk membuat sidang media bersama menolak fitnah kali ini. Beliau yang telah memasuki Umno ketika menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bawah ketua bahagian Datuk Zul Hasnan Rafik dan kemudian pada tahun 2003 bertukar ke bahagian Rembau. No ahli 02684317
Beliau tegas menyatakan kekecewaan jika benar ini dirancang melalui konspirasi ke 2 jelas Umno tidak belajar dari sejarah 1998. Kerana konspirasi 1998lah parti kesayangan umat melayu hampir hancur. Jelas peristiwa 1998 ialah konspirasi, kepercayaan ini diperteguhkan lagi dengan penghakiman bertulis Kes Khalid Jafri, penulis buku 50 dalil yang di mana hakim telah menegaskan bahawa kewujudan buku itu mengesahkan kewujudan konspirasi jahat.
"Ketika itu, ahli Umno khususnya pemuda bersungguh - sungguh mempertahankan parti dari diserang. Kita pertahan parti kerana kita percaya pada masa itu tanpa Umno melayu akan terancam" katanya.
"Kerana peristiwa 1998 jugalah rakyat hilang keyakinan terhadap institusi kerajaan seperti kehamiman dan kehakiman".
Tegasnya lagi "Dan kini sekali lagi episod sama diulang tayang. Saya gusar ramai ahli Umno akan bosan dengan perkembangan ini dan mula letih untuk mempertahankan parti lagi. Jika benar Anwar hampir berjaya ambil alih kerajaan 'guna pintu belakang' yang mana saya juga tidak bersetuju, kita (Umno) seharusnya mempertingkatkan pembelaan terhadap rakyat untuk menyakinkan fakta bahawa kita bersama membela rakyat bukan dengan melakukan fitnah konspirasi seperti ini".
"saya hari ini bertemu dengan keADILan bersama beberapa teman ahli Umno (kepimpinan beberapa cawangan di bawah Umno Rembau) untuk mendapat penjelasan kedudukan sebenar. Ingin saya tegaskan sehingga kini saya masih ahli Umno yang setia. Apa yang saya tegaskan kerana saya sayangkan Umno dan ingin melihat Umno terus bermaruah" katanya menutup pertemuan.

7 comments:

  1. ahli UMNO jugak12:35 AM

    Syabas Sdr Adi..Kamu adalah ADIJAGAT...

    ReplyDelete
  2. zainal abid12:37 AM

    Tahniah di atas keberanian saudara menyatakan prinsip...Rupanya masih ada ahli UMNO yang berani bersama kebenaran...

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:15 AM

    aku very sure mamposle budak nie kena keje dgn puak2 umno... hahahaha kalau meniaga goreng pisang pun akan kena tarik lesen dia lepas nie

    ReplyDelete
  4. Anti Khairy3:17 AM

    betul seperti sangkaan... Khairy menggunakan kes ini dan segala kesempatan untuk membunuh Najib...

    Dia ahli Pemuda Umno Rembau...

    ReplyDelete
  5. tahniah.....masih lagi yang jujur dalam perjuangan idealisme kemelayuan...gambar 2 org pemimpin di atas amat ada keunikan pada keadaan politik masa ini.

    ReplyDelete
  6. Anonymous12:31 PM

    Tahniah... dua anak didik lebih faham erti perjuangan melayu dari dua sifu mereka...

    Azizi anak didik che'gubard dan Adi anak didik Khairy... dua tokoh muda melayu yang tidak boleh langsung bertentang mata

    ReplyDelete
  7. zizi ni, satu kolej dengan aku masa kat Melaka dulu. Sejak dari kolej lagi dah belajar nak jadi pemimpin.

    Now, aku masih lagi ketua pemuda umno di salah satu cawangan di DUN Johol.

    Sejak tahun 2007 lagi, aku dah jarang balik cawangan. Alasan aku, YB Johol langsung tak membantu pemuda dikampung sana.

    Now mesyuarat cawangan akan berlangsung, aku tengah pikir2 nak balik ke tak. Sebabnya aku dah tawar hati dengan poliking kampung yang tah apa-apa

    tiap kali mesyuarat agung, pemuda mesti tak cukup korum. Tetapi pemerhati bahagian meluluskan mesyuarat kami.

    Ini pendustaan sebenarnya!

    ReplyDelete