Friday, November 10, 2017

U TURN HUSNI TUDUH ANWAR LIWAT SEPUPU SEHARUSNYA MENYEDARKAN PH AGAR LEBIH BERPRINSIP

Catatan Umum

10 November 2017


1. Minggu ini kita digemparkan dengan Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (BN-Tambun) bangun dalam Dewan Rakyat melakukan 'u-turn' dengan memuja muji Perdana Menteri Malaysia. Dia yang juga merupakan bekas Menteri Kewangan sebelum ini begitu menarik perhatian pembangkang apabila kelihatan mengkritik Najib Razak khususnya dalam isu 1MDB. Dia berbohong dengan mengatakan dia tak tahu apa pun mengenai 1MDB walaupun dia hadiri banyak taklimat mengenainya sebelum itu.

2. Umum tahu tindakan dia mengkritik Najib apabila dia tidak lagi dilantik di lubuk duit selaku Menteri Kewangan 2 dan beberapa permintaan beliau dan keluarga beliau terhadap beberapa projek tidak tertunai. Saya sendiri pernah menulis mengenainya dengan tanpa selindung menyiarkan keratan Minit Mesyuarat Majlis Ekonomi yang membincangkan projek RM2 billion bersangkutan kepentingan anak Husni. Malah ketika itu beberapa laman yang dikenali Pro Umno turut menyiarkan perihal rupanya wujud laporan terhadap Husni yang dikaitkan dengan gangguan seksual. klik http://chegubard.blogspot.my/2016/11/skandal-seks-husni-skandal-seks.html . Saya tanpa berselindung mengingatkan semua jangan terlalu ghairah dengan Husni kerana orang yang punya rekod seperti ini hanya 'merajuk' sebab tak dapat nanti dipujuk maka u turn nya lebih dasyat.

jemput klik dan baca juga http://www.malaysiaoutlook.com/2016/11/08/so-easy-to-become-pakatuns-hero/

3. Namun malangnya pada ketika itu Husni diherokan pembangkang tanpa memikirkan soal prinsip. Dia jadi wira suci. Semua media milik pembangkang memuja muji dan nama Husni bermain di mulut beberapa pemimpin utama pembangkang. DAP Perak mengeluarkan kenyataan rasmi memuja muji keberanian Husni klik https://dapmalaysia.org/statements/2016/06/28/23429/  tidak cukup dengan itu AMANAH pula menawarkan Husni memasuki parti itu klik https://malaysiadateline.com/dap-perak-sifatkan-ahmad-husni-berani-pemuda-amanah-tawar-sertai-parti/

4. Seperti yang saya telah katakan u turn orang yang tidak berprinsip ini akan menjadi lebih dasyat terbukti benar. Minggu ini dia bangun berucap dalam Dewan Rakyat bukan sahaja memuja muji Najib malah menyatakan dengan jelas Anwar pernah meliwat anak buahnya, Husni menamakan Hairani Nafiz sebagai anakbuahnya yang pernah diliwat Anwar.

5. Soalnya kenapa Husni selama ini diam jika perkara ini benar ? Husni diminta jangan berlindung disebalik kekebalan Dewan Rakyat untuk membuat tuduhan. PKR khususnya 2 ahli keluarga Anwar yang berada dalam Dewan Rakyat wajib menghadapkan Husni ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan kerana tuduhan fitnah tersebut. Husni juga jika 'jantan' harus mengulang tuduhan diluar Dewan Rakyat supaya boleh disaman fitnah ke mahkamah. PKR dan keluarga Anwar wajib memfailkan aduan QAZAF ke pihak berkuasa agama kerana fitnah tersebut.

6. Namun melihat riak dan respon ahli - ahli parlimen PKR yang sangat pasif menyambut fitnah Husni sangat mengecewakan dan menimbulkan persoalan adakah era dan pengaruh Anwar dalam PKR sememangnya benar telah menghakis ? Ini berbeza apabila bila Mahathir diserang maka ramai pembangkang termasuk ahli parlimen PKR bangkit membidas.


8. Tindakan Husni ini seharusnya menjadi peringatan tegas buat semua rakyat Malaysia khususnya pemimpin dan penyokong pembangkang. Kamu sanggup ketepikan pemimpin kamu yang berprinsip hanya sebab tidak bersetuju dengan sikap kamu menyucikan jenayah dan tidak bersama memuja muji bekas Bn yang tidak berprinsip. Kebenaran bagi kebanyakan orang politik bukan betul atau salah tetapi dimana orang itu berada. Jika untung kamu sokong tak kiralah dia penyamun atau perompak. Inilah sikap yang menghancurkan negara ini sebenarnya.

Catatan umum oleh cheGuBard, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

3 comments:

  1. Anonymous3:48 PM

    padan muka... lepas ni geng bunga raya satu satu u turn

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:17 PM

    Aku tak percaya pd Walun walun yg kluar UMNGOK dan msk PKR ATAU DAP.pemimpin2 Reformasi lah yang benar benar SETIA dan BerPendirian tegas pd Reformasi DSAI.contoh. Mat Tyson dan Zaid Ibrahim dn ramai lagi.do pd Pemimpin REFORMASI yg memimpin PKR WAJIB berhati hati utk mengambil Pengkianat2 Umngok ni.

    ReplyDelete
  3. Sikap fasik selalu mencari ikhtiar buruk-burukkan seseorang dan menyamai fitnah laknat. Kalau terlihat bagaimana hukuman terlaksana dari perbuatan mungkar ini, pastilah tiada siapa yang mahu merekakarya berbagai cerita fitnah kerana mahu memenangi juang politiknya. Sikap bodoh tak perlu diwariskan dalam kancah politik.

    ReplyDelete