15 Novermber 2017
1. Azmin Ali merupakan Menteri Besar dalam sejarah negara paling korup malah segala aturan mampu diubah hanya dengan minit pen saktinya. Untuk pengetahuan semua satu laporan SPRM sudah dibuat mengenai satu lagi penyelewengan yang sangat jelas melanggar undang undang dan membazirkan wang rakyat.
2. Merujuk kepada kawasan hijau yang asalnya dijanjikan CENTRAL PARK di Taman Melawati, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak. Lot ini secara jelas berdasarkan perancangan Rancangan Tempatan MPAJ dan telah dipersetujui pemaju dan penduduk merupakan kawasan hijau (rekreasi) yang dijanjikan akan dibina kawasan rekrasi "Central Park". Rancangan Tempatan (RT) ini ialah dokumen rasmi yang terikat dengan undang - undang Kerajaan Tempatan, untuk menggubal sesuatu RT, PBT harus melalui banyak proses termasuk pendengaran awam. Sebarang perubahan atau pindaan seharusnya melalui proses yang sama khususnya pendengaran awam dimana penduduk punya hak membantah. Merujuk Lot 19189 & Lot 19022 merupakan syarat jelas penduduk tidak membantah pembangunan sekitar pada ketika digubal kerana kawasan rekreasi dikekalkan dengan janji membina "Central Park". Malah kawasan hijau itu merupakan juga kawasan gantian kepada satu kawasan rekreasi yang diganti apabila satu kawasan hijau berdekatan diberikan kebenaran dimajukan.
3. Malangnya sekitar pertengahan tahun 2017 penduduk sekitar telah digemparkan apabila secara tiba - tiba MPAJ telah mengiklankan akan membina satu pusat konvensyen mega di tapak yang dijanjikan 'Central Park'. Ini satu perkara yang sangat pelik. Bagaimana persatuan penduduk yang berdaftar secara sah tidak mengehui langsung mengenai cadangan pembangunan yang melibatkan belanja puluhan juta.
4. Menggunakan 'orang dalam' MPAJ dimaklumkan dalam peta Rancangan Tempatan MPAJ (pengubahan 2) kawasan lot 19189 & lot 19022 masih merupakan kawasan hijau dan perancangan 'Central Park' masih ada. Maknanya telah berlaku sesuatu yang sangat salah kerana satu tender pembangunan telah dibuka dikawasan yang masih bertanda hijau. Menurut sumber dalaman MPAJ yang ditemui menyatakan RM3 juta wang (pembayar cukai MPAJ) telah dibayar kepada jururunding (consultant) bagi menyiapkan dokumen bagi panggilan tender. Bukan itu sahaja dokumen panggilan tender pertama telah dibatalkan kemudian dan dipanggil tender kali kedua dengan pindaan. Menurut sumber dalaman MPAJ yang ditemui penyediaan dokumen panggilan tender yang kedua juga telah melibatkan bayaran jurunding yang harganya mencecah juta.
5. Soalnya kini tender yang dipanggil itu 'tender haram', menjadi satu kesalahan dimana kawasan hijau dibuka tender untuk pembangunan dan lebih celakanya kesalahan itu dibuat oleh PBT sendiri. Bukan itu sahaja lebih dari RM4 juta wang rakyat terbuang untuk membayar konsulotan untuk penyediaan dokumen tender haram tersebut. Sudahlah begitu dokumen tender pertama didapati ada kesalahan dibuat kali kedua pula juga dibayar juta... siapa lah yang kaya sekurang kurangnya menjadi orang tengah dalam bab jururunding sahaja. Semua dilanggar proses 're zonning' dalam RT tidak selesai tetapi PBT sendiri langgar.
6. Difahamkan semua mampu berlaku begini hanya kerana satu minit tulisan tangan dari Pejabat Menteri Besar mengarahkan perkara ini terjadi. Saya akui telah melihat salinan surat dengan minit pen sakti pejabat MB itu. Saya difahamkan menurut satu lagi sumber salinan surat itu juga telah diserahkan kepada SPRM. Pada 10 Oktober 2017 lalu satu laporan SPRM telah dibuat oleh Sdr. Razman Hakimi Abdullah yang merupakan Pengerusi Persatuan Penduduk Zon A, B & C.
7. SPRM harus bertindak segera. Selangor bukan sahaja menjadi lubuk korupsi yang melahirkan jutawan muda keliling Azmin yang menjadi pengampunya malah lebih teruk lagi sistem aturan pentadbiran menjadi celaru malah sudah ramai penjawat awam menjadi sangat tidak selesa. Contohnya pegawai MPAJ yang mendedahkan perkara ini, malangnya menurut sumber dalaman MPAJ itu selepas selepas laporan SPRM oleh Pengerusi Persatuan Penduduk itu MPAJ diletakkan dalam keadaan berjaga jaga dan banyak dokumen dan fail mula disaring dan diletakkan ditempat 'selamat'. Keseluruhan projek ini bernilai RM27 juta siapalah orang keliling Azmin yang kaya hasil projek ini ? Itu belum lagi menyentuh soal banjir kilat dikawasan perbandaran yang semakin serius di Selangor. Lihat sahaja bagaimana kawasan UIAM dilanda banjir lumpur minggu lepas dalam keadaan UIAM sedang mengadakan majlis konvokesyen
8. Rakyat perlu buka mata bagaimana Selangor sedang menjadi negeri cacamerba. Sehari dua ini saya akan dedahkan pula bagaimana satu Pejabat Daerah dalam Selangor yang menganugerahkan tanah dengan mengenepikan penduduk asal kawasan tersebut. Kroni MB yang bukan penduduk tempatan dapat, tauke kaya yang punya banyak tanah dan rumah juga dapat, bukan itu sahaja lebih malang lagi 18 penerima lot tanah tersebut dikesan kad pengenalanya tidak wujud.
9. Kepada kepimpinan PH kamu kena bertindak segera, jika Azmin terus menjadi MB Selangor PH sendiri akan menerima impaknya. Kes ini contohnya persatuan penduduk telah membuat Mesyuarat Agong Luar biasa berkenaan perkara ini. Jika tidak ada tindakan ribuan pengundi Taman Melawati yang menjadi kubu kuat sebelum ini akan pasti melakukan undi protes.
Catatan oleh che'GuBard (Pengasas SAMM)
Dalam satu majlis dengan Persatuan Penduduk, YDP MPAJ gagal menjawab dengan penuh emosi bukan sekadar elak menjawab tetapi program tersebut ditamatkan awal |
kawasan yang dijanjikan sebagai Central Park (taman rekreasi awam) |
Pemaju diarahkan menurunkan papan iklan yang tertera projek Central Park kononya supaya penduduk sekitar lupa, ia satu pembodohan yang bodoh |
TENDER DIKELUARKAN DUA KALI DENGAN PINDAAN |
Kaw tu dah dekat rimba tampler park pun. Tak salah klu nak buat pusat konvensyen utk kemajuan di situ. Dulu putrajaya pun org kutuk mcm ni tapi skrg hari2 duduk cari makan kat situ.
ReplyDeleteKlu cikgu bad nak sangat kehijauan, sila duduk dlm hutan tmn negara sana