Kenyataan
Media
22 Ogos 2016
22 Ogos 2016
1.
Hari
ini saya hadir ke Pejabat SPRM Negeri Selangor bagi membuat berkenaan satu set
dokumen yang saya perolehi lebih dari satu bulan lepas. Set dokumen mengandungi
perjanjian antara UNISEL – Jana Niaga Sdn Bhd, beberapa surat antara UNISEL –
Jana Niaga, beberapa keeping invoice pembayaran, dokumen perundangan dan
perbagai lagi.
Laporan saya bermula dengan menyatakan bahawa Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI) telah membuat beberapa bayaran yang sangat meragukan seperti berikut :
1.1 RM10 juta pada 9 Mac
2016 kepada Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB)
1.2 RM6 juta pada 24 Jun
2016 kepada JNSB
(dibuktikan dengan dokumen baucer pembayaran)
2. Bayaran
tersebut kononya atas sebab penyelesaian tunggakan hutang UNIVERSITI SELANGOR
(UNISEL) kepada JNSB. Namun berdasarkan dokumen jelas UNISEL sendiri tidak
bersetuju malah tidak dimaklumkan sebelum pembayaran dibuat yang mana
pembayaran tidak seharusnya dibuat kerana JNSB telah melanggar kontrak
perjanjian.
Berdasarkan dokumen jelas menyatakan :
2.1 Perjanjian
UNISEL dan JNSB telah ditamatkan pada September 2013 dan November 2013 kerana
JNSB telah melanggari terma – terma penting perjanjian iaitu wujud kecatatan
pada bangunan dan kelemahan (penyelenggaraan) pada bangunan yang menjadi tempat
tinggal pelajar yang mana ia membahayakan pelajar UNISEL
2.2 JNSB
gagal atau enggan membaiki kerosakan atau kecatatan mahupun diminta
berkali-kali oleh pihak UNISEL secara rasmi
2.3 Akibatnya
UNISEL pada ketika itu terpaksa mengeluarkan RM60juta untuk memperbaiki
kecatatan dan kerosakan pada bangunan demi keselamatan pelajarnya.
2.4 dibawah
terma perjanjian antara JNSB dan UNISEL jelas tertera JNSB seharusnya membayar
kos RM 60 juta yang dikeluarkan oleh UNISEL bagi membaiki kecatatan dan
kerosakan pada bangunan kediaman pelajar tersebut namun JNSB gagal berbuat
demikian
2.5 UNISEL
menamatkan perjanjian pada tarikh yang dinyatakan diatas kerana kegagalan JNSB
yang sangat jelas. JNSB bukan sahaja gagal memenuhi terma syarat dalam
perjanjian, gagal membayar kos RM60 juta yang dikeluarkan UNISEL malah JNSB
pula telah beberapa tuntutan tidak munasabah.
2.6 Kes
tuntutan telah dibawa ke Mahkamah dimana dengan jelas mahkamah menolak tuntutan
JNSB dan meminta penyelesaian kedua pihak melalui Tribunal Timbangtara Malaysia
yang mana turut terkandung dalam terma perjanjian. Melalui dokumen peguam
UNISEL telah mengeluarkan nasihat guaman bertulis yang menasihati UNISEL tidak
membuat sebarang bayaran kepada JNSB malah sangat yakin berdasarkan fakta
undang undang JNSB akan diperintahkan membayar kepada UNISEL
2.7 Semua
proses penamatan dan usaha menyelamatkan UNISEL berlaku ketika Menteri Besar
Khalid Ibrahim. Namun apabila Azmin Ali menjadi Menteri Besar tanpa rekod kes
ini dirujuk kepada Tribunal Timbang tara seperti arahan mahkamah, MBI telah
membuat bayaran RM16 juta kepada JNSB dan menukarnya sebagai bebanan hutang
kepada UNISEL. Sangat diyakini jumlah pembayaran terkini lebih dari itu kerana
jumlah tuntutan JNSB ialah RM60juta
2.8 Bukan
sahaja MBI membuat pembayaran yang sangat pelik dan meragukan malah secara
bertulis MBI menerima semula JNSB sebagai pengendali konsesi penyelenggaraan
dibawah kontrak perjanjian yang baru yang bernilai lebih tinggi. JNSB syarikat
yang disifatkan gagal oleh UNISEL namun MBI membuat bayaran tanpa persetujuan
UNISEL dan diluar keperluan undang – undang. Menukar bayaran tersebut kepada
tanggungan hutang UNISEL kepada MBI dan (syor)menerima JNSB dengan kontrak
baru.
2.9 berdasarkan
semua ini saya sangat yakin pihak Menteri Besar (diperbadankan), pihak JNSB
termasuk kemungkinan beberapa entity bagi pihak Lembaga Pengarah Pendidikan
Industri YS Sdn Bhd (syarikat yang mengendalikan UNISEL) telah berpakat,
bersubahat, bermuslihat niat jahat antara satu sama lain melakukan kesalahan
(beroleh keuntungan) dengan membuat bayaran seperti dinyatakan.
Dengan
semua fakta kes dan dokumen tidak ada alasan SPRM mengelak bagi membuka
siasatan dan bertindak dalam perkara ini.
Sekian
(che’GuBard)
Nota : JNSB
dikatakan umum rapat dengan pimpinan dari kerajaan UMNO –BN yang lepas dan
diberikan projek membina bangunan kediaman pelajar UNISEL serta hak
menyelenggara dengan bayaran yang agak tinggi. Namun ketika Khalid Ibrahim
menjadi Menteri Besar yang mana bangunan tersebut masih baru namun banyak
kerosakan sehingga ia mengakibatkan bahaya pada penghuni. Setelaj JNSB disahkan
gagal kontrak ditamatkan dengan nasihat perundangan yang cukup teliti. Namun
ketika Azmin selaku Menteri Besar rundingan pintu belakang telah berlaku
sesuatu yang pelik telah berlaku.
No comments:
Post a Comment