Tuesday, September 05, 2017

Kenyataan Media Laporan SPRM UNISEL - Jana Niaga - MBI

Kenyataan Media

22 Ogos 2016

1.       Hari ini saya hadir ke Pejabat SPRM Negeri Selangor bagi membuat berkenaan satu set dokumen yang saya perolehi lebih dari satu bulan lepas. Set dokumen mengandungi perjanjian antara UNISEL – Jana Niaga Sdn Bhd, beberapa surat antara UNISEL – Jana Niaga, beberapa keeping invoice pembayaran, dokumen perundangan dan perbagai lagi.

Laporan saya bermula dengan menyatakan bahawa Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI) telah membuat beberapa bayaran yang sangat meragukan seperti berikut :

1.1          RM10 juta pada 9 Mac 2016 kepada Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB)
1.2          RM6 juta pada 24 Jun 2016 kepada JNSB

(dibuktikan dengan dokumen baucer pembayaran)

2.            Bayaran tersebut kononya atas sebab penyelesaian tunggakan hutang UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL) kepada JNSB. Namun berdasarkan dokumen jelas UNISEL sendiri tidak bersetuju malah tidak dimaklumkan sebelum pembayaran dibuat yang mana pembayaran tidak seharusnya dibuat kerana JNSB telah melanggar kontrak perjanjian.
Berdasarkan dokumen jelas menyatakan :

2.1          Perjanjian UNISEL dan JNSB telah ditamatkan pada September 2013 dan November 2013 kerana JNSB telah melanggari terma – terma penting perjanjian iaitu wujud kecatatan pada bangunan dan kelemahan (penyelenggaraan) pada bangunan yang menjadi tempat tinggal pelajar yang mana ia membahayakan pelajar UNISEL
2.2          JNSB gagal atau enggan membaiki kerosakan atau kecatatan mahupun diminta berkali-kali oleh pihak UNISEL secara rasmi
2.3          Akibatnya UNISEL pada ketika itu terpaksa mengeluarkan RM60juta untuk memperbaiki kecatatan dan kerosakan pada bangunan demi keselamatan pelajarnya.
2.4          dibawah terma perjanjian antara JNSB dan UNISEL jelas tertera JNSB seharusnya membayar kos RM 60 juta yang dikeluarkan oleh UNISEL bagi membaiki kecatatan dan kerosakan pada bangunan kediaman pelajar tersebut namun JNSB gagal berbuat demikian
2.5          UNISEL menamatkan perjanjian pada tarikh yang dinyatakan diatas kerana kegagalan JNSB yang sangat jelas. JNSB bukan sahaja gagal memenuhi terma syarat dalam perjanjian, gagal membayar kos RM60 juta yang dikeluarkan UNISEL malah JNSB pula telah beberapa tuntutan tidak munasabah.
2.6          Kes tuntutan telah dibawa ke Mahkamah dimana dengan jelas mahkamah menolak tuntutan JNSB dan meminta penyelesaian kedua pihak melalui Tribunal Timbangtara Malaysia yang mana turut terkandung dalam terma perjanjian. Melalui dokumen peguam UNISEL telah mengeluarkan nasihat guaman bertulis yang menasihati UNISEL tidak membuat sebarang bayaran kepada JNSB malah sangat yakin berdasarkan fakta undang undang JNSB akan diperintahkan membayar kepada UNISEL
2.7          Semua proses penamatan dan usaha menyelamatkan UNISEL berlaku ketika Menteri Besar Khalid Ibrahim. Namun apabila Azmin Ali menjadi Menteri Besar tanpa rekod kes ini dirujuk kepada Tribunal Timbang tara seperti arahan mahkamah, MBI telah membuat bayaran RM16 juta kepada JNSB dan menukarnya sebagai bebanan hutang kepada UNISEL. Sangat diyakini jumlah pembayaran terkini lebih dari itu kerana jumlah tuntutan JNSB ialah RM60juta
2.8          Bukan sahaja MBI membuat pembayaran yang sangat pelik dan meragukan malah secara bertulis MBI menerima semula JNSB sebagai pengendali konsesi penyelenggaraan dibawah kontrak perjanjian yang baru yang bernilai lebih tinggi. JNSB syarikat yang disifatkan gagal oleh UNISEL namun MBI membuat bayaran tanpa persetujuan UNISEL dan diluar keperluan undang – undang. Menukar bayaran tersebut kepada tanggungan hutang UNISEL kepada MBI dan (syor)menerima JNSB dengan kontrak baru.
2.9          berdasarkan semua ini saya sangat yakin pihak Menteri Besar (diperbadankan), pihak JNSB termasuk kemungkinan beberapa entity bagi pihak Lembaga Pengarah Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (syarikat yang mengendalikan UNISEL) telah berpakat, bersubahat, bermuslihat niat jahat antara satu sama lain melakukan kesalahan (beroleh keuntungan) dengan membuat bayaran seperti dinyatakan.

Dengan semua fakta kes dan dokumen tidak ada alasan SPRM mengelak bagi membuka siasatan dan bertindak dalam perkara ini.

Sekian


(che’GuBard)


Nota : JNSB dikatakan umum rapat dengan pimpinan dari kerajaan UMNO –BN yang lepas dan diberikan projek membina bangunan kediaman pelajar UNISEL serta hak menyelenggara dengan bayaran yang agak tinggi. Namun ketika Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar yang mana bangunan tersebut masih baru namun banyak kerosakan sehingga ia mengakibatkan bahaya pada penghuni. Setelaj JNSB disahkan gagal kontrak ditamatkan dengan nasihat perundangan yang cukup teliti. Namun ketika Azmin selaku Menteri Besar rundingan pintu belakang telah berlaku sesuatu yang pelik telah berlaku.

No comments:

Post a Comment