Wednesday, June 21, 2017

RESPON KEPADA KENYATAAN MEDIA MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR YANG MENYEBUT NAMA SAYA

Kenyataan Media
21 Jun 2017

RESPON KEPADA KENYATAAN MEDIA MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR YANG MENYEBUT NAMA SAYA

1. Pada 6 Jun 2017, saya telah menulis dalam blog saya http://chegubard.blogspot.com satu artikel dengan tajuk ‘Pertanyaan Terbuka Buat Istana Selangor’ yang boleh dicapai dicapaian (klik) http://chegubard.blogspot.my/2017/06/pertanyaan-terbuka-buat-istana-selangor.html

2. Tulisan ini berikutan kekecohan mengenai kemarahan Istana apabila seorang ahli parlimen PKR berucap ringkas dan menyampaikan bantuan dalam sebuah masjid. Kononya tindakan tersebut menghina kesucian masjid dan agama Islam. Kejadian ini perlu dianalisis secara jujur dengan melihat respon masyarakat secara majoriti. Bercakap jujurlah adakah ia kejadian pertama dan ada adakah tidak ada ahli politik lain berucap dalam masjid dan menyampaikan bantuan ? Artikel tersebut juga saya tulis bagi menyedarkan rakyat akibat politik menunggang dan berselindung disebalik sentiment Istana oleh ahli dan parti politik, betapa ia perlu dihentikan

3. Maka persoalan saya bangkitkan ialah mengenai wujudnya beberapa keeping gambar sedang viral ketika itu yang merakam aktiviti parti pas dalam sebuah surau al Falah, Jalan Kebun, Selangor. Namun saya setelah mendapat respon dari masyarakat setempat saya menulis semula artikel (8 Jun 2017) bertajuk “Memohon maaf dan menarik balik sebahagian posting "soalan terbuka Istana Selangor" klik http://chegubard.blogspot.my/2017/06/memohon-maaf-dan-menarik-balik.html saya nyatakan secara jelas meminta maaf kerana terlepas pandang fakta bahawa surau tersebut 3 bulan sebelum itu sudah tidak beroperasi.

4. Namun saya tegaskan pertahankan keseluruhan kenyataan saya yang lain dalam tulisan saya. Tanpa saya sedar ketika itu rupanya Majlis Agama Islam Selangor tengaharinya telah mengeluarkan kenyataan amaran menyebut nama saya dan memberikan masa 24jam menarik balik kononya saya menfitnah.

5. Kini 288 jam sudah berlalu, saya tegaskan kepada MAIS ya, saya meminta maaf kerana tersalah menyatakan mengenai aktiviti politik surau yang baru 3 bulan tidak beroperasi namun saya tegaskan sememangnya berlaku banyak aktiviti seperti aktiviti berucap dan menyampaikan bantuan di ruang ibadat agama Islam dalam Selangor tetapi tidak mendapat teguran, adakah ia teguran terpilih ?

6. Maaf dipohon dari saya buat Sultan Selangor, institusi Selangor termasuk seluruh rakyat Selangor kerana menulis kenyataan seperti ini. Bagi saya institusi beraja yang jelas ditanggung dengan duit cukai rakyat juga harus ada tanggungjawab masyarakat dan saya tidak mahu melihat Institusi beraja yang punya peranan penting dalam negara ini dilihat negatif hanya kerana perkara seperti ini. Ada kemungkinan pula laporan polis dibuat atas kenyataan ini, namun saya tegaskan saya pertahankan kenyataan saya ini dalam ruang demokrasi demi melihat institusi beraja di Malaysia terus dihormati dan kukuh.

7. Pendirian saya jelas, bagi saya fungsi masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat harus diperbagaikan dan masjid harus sentiasa dimeriahkan. Kehadiran Sivarasa menyampaikan bantuan itu tidak salah cuma dari segi adab sahaja apa salahnya jika tidak digunakan ruang hadapan utama solat kerana ia boleh mengundang perbagai polimik contohnya seperti apa yang berlaku sekarang selain menjaga kesucian ruang solat utama.

8. Namun ini juga seharusnya dijadikan peringatan kepada ahli politik berhenti menggunakan sentimen Istana dan seumpamanya. Bila Umno guna sentimen Istana pembangkang marah tetapi ingatkah kita bagaimana Azmin Ali gunakan sentimen Istana demi melanggar arahan parti. Azmin guna lobi pintu belakang malukan Wan Azizah dan Anwar. Bukan sahaja dia dapat menjadi Menteri Besar tetapi dia menyebabkan hubungan Anwar dan Sultan Selangor 'panas'. Keduanya ketika PKR membuat keputusan Azmin harus bertemu Sultan bagi memecat Exco Pas kerana PAS sudah putuskan hubungan dengan PKR sebaliknya Azmin bertemu Sultan meminta Sultan mengekalkan Exco PAS. Ini jelas dalam kenyataan Istana selepas itu yang menyatakan Istana memperkenankan permintaan Azmin mengekalkan ADUN PAS sebagai Exco.

9. Selepas itu kartel Azmin ke hulu ke hilir menjaja konon jangan ada pertikai Exco Pas dalam kerajaan Selangor kerana ia diperkenan Istana dan siapa pertikai maka seolah derhaka. Antara sekutu kartel Azmin ialah Sivarasa itu sendiri. Kini seolah 'padan muka' Sivarasa kena tempelak balik. Malah lebih memalukan apabila Sultan Selangor menempelak Sivarasa dalam ucapan umum depan Azmin Ali dan Azmin Ali buat 'bodoh' sahaja. Umum juga kena ingat kehadiran Sivarasa di ruang solat menyampaikan bantuan itu ialah kerana mewakili Azmin Ali yang sudah mengesahkan kehadiran tetapi membatalkan saat akhir dan mewakilkan kepada Sivarasa selaku Ahli Parlimen Subang.

10. Bersama ini juga saya dedahkan beberapa kegiatan ahli politik lain dalam masjid termasuk Azmin Ali sendiri untuk respon MAIS.


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

** Gambar dari FB ADUN BN Batang Kali





** gambar MB program dalam Masjid yang ada ucapan ringkas dan sampai bantuan



No comments:

Post a Comment