Salam Perjuangan!
Gabungan Kiri Malaysia (GKM) telah dibentuk selepas PRU Ke-13 oleh beberapa beberapa organisasi dan individu. Tujuan penubuhan GKM ini adalah untuk mewujudkan satu gerakan kiri yang dapat menawarkan alternatif kepada rakyat Malaysia.
Selaras dengan ini, GKM akan dengan satu simposium mengenai Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). Kerajaan Malaysia dijangka akan membentangkan RMK11 di Parlimen pada Jun 2015. Rancangan Malaysia sebelum ini yang berlandaskan polise neo-liberal, tidak membawa faedah kepada rakyat marhein dan hanya menjaga kepentingan segelintir golongan di negara ini.
Oleh itu, GKM akan menganjurkan satu simposium mengenai RMK11 untuk mendapatkan pandangan alternatif daripada rakyat tentang aspirasi mereka dalam RMK11. Simposium ini juga akan membawa beberapa orang pakar untuk memberikan pandangan mereka. Hasil perbincangan simposium ini akan disampaikan kepada pihak Kerajaan.
Butir-butir mengenai simposium tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh : 11 & 12 April 2015 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Kuala Lumpur
Oleh itu, kami ingin menjemput saudari/I ke simposim ini. Maklumat lanjut mengenai agenda simposium akan dihantar dalam masa terdekat.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment