4 Febuari 2015
- pertamanya saya hargai Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin (RNC) memberikan respon terhadap pertanyaan saya mengani imej cek yang bernilai lebih RM12 juta yang saya terima. Saya juga menerima baik pelawaan beliau untuk jumpa dan berbincang. Saya yakin dia punya penjelasan munasabah mengenai cek tersebut malah mungkin banyak lagi perkara lain turut boleh dibincangkan bersama.
- Bila saya siarkan imej cek bernilai lebih RM 12 juta (yang merupakanhanya sebahagian dari yang diterima) ada beberapa penyokong yang saya tak pasti penyokong parti yang disertai RNC atau penyokong RNC sendiri muncul untuk menyerang saya kononya imej cek tersebut palsu dan sengaja saya cipta.
- Gambar - gambar tersebut saya terima dari sumber yang tak dikenali namun setelah saya kenal pasti kesahihanya maka dikenalpasti ia benar dan selaku rakyat maka saya ajukan pertanyaan.
- Akhirnya semalam RNC akui imej cek tersebut benar dan akui itu wang dia. Maka dengan sendirinya mensenyapkan penyokong - penyokong yang bersungguh muncul untuk nyatakan saya menipu dan menfitnah RNC.
- Cuma kenyataan RNC dalam portal The Malaysian Insider yang dengan nada sedikit angkuh bukan sahaja mengakui wang bernilai lebih RM12 juta itu wang nya tetapi turut menyatakan dia sememangnya kaya malah sejak dari ayahnya sudah punya beratus juta. Seperti biasa bila pemimpin Umno membuat kenyataan pasti bau sentimen perkauman akan ditiup, begitulah juga RNC ketika menjawab isu imej cek bernilai lebih 12 juta miliknya. Dia cuma mengalih perhatian dengan seolah saya anti Melayu dengan menyatakan "salahkah Melayu kaya...?"
- Wahai RNC, sesungguhnya tidak salah siapa pun baik Melayu ke, Cina ke, India ke, Iban ke atau orang asal ke untuk kaya tetapi selaku bekas menteri, senator dan ahli politik... adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menjawab pertanyaan awam khususnya terhadap harta yang dia miliki.
- Kerana itulah juga perlunya mewajibkan membuat pengistiharan harta terbuka buat semua menteri dan wakil rakyat... bukan sahaja kakitangan awam sahaja yang perlu istihar harta. Jika dari awal kita istihar harta maka tidaklah menjadi fitnah, sangsi atau salah sangka awam.
- Akhirnya buat semua menteri yang sombong dan ego dengan harta mereka yang kononya dari kecerdikan dia berniaga, jika kamu tidak mahu dipertikai maka kamu pilihlah nak berniaga kumpul harta kekayaan atau mahu menjadi Menteri yang berkhidmat kepada rakyat kerana akhirnya dilema pertembungan konflik kepentingan tetap akan dipertikaikan.
- Sekali lagi saya hargai Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin (RNC) memberikan respon terhadap pertanyaan saya mengani imej cek yang bernilai lebih RM12 juta yang saya terima. Saya juga menerima baik pelawaan beliau untuk jumpa dan berbincang. Saya juga ada beberapa pertanyaan susulan berkenaan cek tersebut tetapi pertanyaan terbuka menjadi agak kurang relevan bila RNC sendiri memberikan respon dan sedia berjumpa. Setakat ini saya yakin dia punya penjelasan munasabah mengenainya malah mungkin banyak lagi perkara lain turut boleh dibincangkan bersamademi kepentingan ramai.
oleh ;
che'GuBard
Pengasas
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia
web rasmi : www.anakmudamalaysia.com
blog : http://chegubard.blogspot.com
twitter : https://twitter.com/chegubard
fb Fan pages :https://www.facebook.com/pages/CheGuBard/
eMail : chegubard@gmail.com
klik sini untuk menyumbang kepada SAMM klik sini untuk menyumbang kepada SAMM
point sebenaqnya sapa la yg tukang snap gambar cek tu nooo... (kita pi balik mulanya sebaran imej cek ni..) memang tak amanah sungguh pekerja tuu.. haiii.... mana etika kerja hang nii.. sepatutnya semua detail customer adalah sulit. kalau betoi la hang sibuk2 nak ambik tau baik hang pi tanya customer company bank hang sendiri, RNC. Yg dok pi send bagi kat chegu tak tentu hala ni pasai apa... kut saja la nak cari pasai... memang sikap pembangkang memang lagu tu la.. dengki tak abih2.. tak berkat ooo hasil gaji hang tu kalau niat tak betui buat keja tak amanah... bila tak berkat tu yg jadi peragai busuk hati, dengki, gaji pun rasa tak penah cukup kann...punggahh!!
ReplyDeleteAstaghfirullah... Badrul....
ReplyDelete