Kenyataan Media
Gabungan #SuaraRakyat505
20 Mei 2013
Hampir
50 pertubuhan bukan kerajaan (non-government organization) telah
mengambil ketetapan bagi penubuhan sebuah gabungan yang mewakili suara
seluruh rakyat Malaysia yang membantah penipuan dan penyelewengan dalam
pilihanraya Umum ke-13 pada 5 Mei yang lalu. Gabungan NGO-NGO ini
dinamakan sebagai “Suara Rakyat 505” sebagai wadah perjuangan
bagi membangkitkan segala isu yang berlaku dalam PRU13 lalu. Dipercayai
lebih banyak NGO akan menyertai gabungan ini.
Rakyat
telah memberi amaran sebelum bermula kempen PRU13 yang lalu,
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu bersikap telus dan adil dalam
menguruskan pilihanraya Malaysia. Rakyat telah memberi peluang kepada
SPR sebagai badan yang bertanggungjawab mengurus pilihanraya secara
bersih dan berintergriti, kerana ketika itu rakyat masih yakin
pilihanraya adalah saki-baki demokrasi untuk membuat perubahan
(pertukaran kerajaan). Pelbagai tuntutan telah dibuat oleh rakyat
termasuk melalui siri-siri himpunan bagi memastikan pilihanraya Malaysia
berjalan dengan adil dan saksama tanpa ada unsur manipulasi dan
penipuan. Namun akhirnya PRU13 menjadi medan penipuan paling besar yang
menafikan kemenangan rakyat. Lebih malang, ia dibantu SPR.
SPR
dengan jelas telah diperalat oleh pemerintah apabila bertindak
mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mempertahan kemenangan pemerintah
terdahulu walaupun ia tidak sepatutnya berlaku memandangkan SPR adalah
sebuah badan bebas dalam keabsahan kerajaan belum lagi mengambil tempat.
Seruan SPR supaya pihak yang kalah hanya akur kepada keputusan yang telah diumumkan walaupun bukti penyelewengan PRU13 sudah semakin jelas dan semakin banyak bukti terkumpul melalui proses semakan akhir sebelum dibuat bantahan termasuk petisyen ke mahkamah. Ini menggambarkan sikap kontra dan tidak profesional SPR yang sepatutnya menerima segala aduan dan bukti daripada calon dan parti yang bertanding.
Atas faktor tersebut, kami tegaskan bahawa "Suara Rakyat 505" mengambil pendirian bersama bagi menyatakan dan menjulang hasrat rakyat terhadap perjalanan dan proses pilihanraya dalam sistem demokrasi di Malaysia yang bersih dan adil. Kami telah bersepakat untuk mengadakan sebuah pesta himpunan rakyat besar-besaran untuk merampas kembali demokrasi rakyat Malaysia yang telah dicuri dalam PRU-13, berteraskan TIGA tuntutan utama berikut;
1. SPR Letak Jawatan
Mendesak
supaya Pengerusi dan ahli Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
keseluruhannya meletakkan jawatan serta-merta disebabkan kegagalan dalam
menguruskan pilihanraya ke-13 secara telus dan menyerahkan pemilihan
SPR yang baharu kepada kuasa Parlimen melalui persetujuan rakyat secara
majoriti, Pembubaran SPR yang cuma bertaraf kakitangan dibawah Jabatan
Perdana menteri akan memberi ruang membentuk SPR yang lebih bebas dan
berintegriti yang diletakkan dibawah parlimen malaysia dan dipilih
keanggotaannya melalui proses pendengaran awam agar anggota yang dipilih
benar-benar dari kalangan yang diyakini rakyat.
2. Pilihanraya Semula di kawasan yang terbukti kecurangan pilihanraya.
Mendesak
supaya diadakan pilihanraya semula di kawasan yang terbukti wujudnya
penipuan tanpa mengira logo parti sama ada Barisan Nasional ataupun
Pakatan Rakyat.
3. Sokong Tribunal Rakyat
Menyokong
sepenuhnya penubuhan Tribunal Rakyat sepertimana yang dituntut oleh
Gabungan BERSIH bagi mendedahkan segala bukti-bukti dan penyiasatan
terhadap PRU13 kepada umum. Menggesa semua agensi dalam negara agar
memberikan kerjasama penuh terhadap tribunal ini.
Gabungan Suara Rakyat 505 kali ini berharap agar sistem demokrasi Malaysia diserahkan kembali kepada rakyat secara keseluruhannya memandangkan berlakunya salahguna kuasa oleh badan yang bertanggungjawab sebelum ini. Justeru "Suara Rakyat 505" sebulat suara menggerakkan ‘HIMPUNAN BANTAH PENIPUAN PRU13’ secara besar-besaran bagi menyuarakan perkara ini dan memilih 25 Mei 2013 (Sabtu) sebagai tarikh himpunan. Kami menjemput rakyat seluruh negara untuk turun ke Kuala Lumpur berpakaian HITAM dengan tema; Duduk dan Bantah sehinggalah tuntutan rakyat dipenuhi.
Gabungan Suara Rakyat 505 kali ini berharap agar sistem demokrasi Malaysia diserahkan kembali kepada rakyat secara keseluruhannya memandangkan berlakunya salahguna kuasa oleh badan yang bertanggungjawab sebelum ini. Justeru "Suara Rakyat 505" sebulat suara menggerakkan ‘HIMPUNAN BANTAH PENIPUAN PRU13’ secara besar-besaran bagi menyuarakan perkara ini dan memilih 25 Mei 2013 (Sabtu) sebagai tarikh himpunan. Kami menjemput rakyat seluruh negara untuk turun ke Kuala Lumpur berpakaian HITAM dengan tema; Duduk dan Bantah sehinggalah tuntutan rakyat dipenuhi.
Himpunan mega kali ini akan bermula petang dan berpusat di Padang berdepan dengan Amcorp Mall.
Pihak pemerintah telah mengatakan
himpunan ini adalah berupa 'Arab Spring' dan telah menyebut ia sebagai
'Malaysian Spring', namun kami Suara Rakyat 505 tetap menegaskan tiada
agenda 'Malaysia Spring' atau rampasan kerajaan akan berlaku.
Sebaliknya, rakyat harus bangkit mencari kembali demokrasi yang telah
digelapkan pada pilihanraya 5 Mei lalu.
Gabungan Suara Rakyat 505 menyeru pendokong-pendokong prinsip
keadilan dan seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama turun bersolidariti
bagi menyatakan kebersamaan terhadap tuntutan rakyat kali ini tanpa
mengira perbezaan latar belakang bangsa, agama mahupun pegangan politik
masing-masing. Hasrat rakyat terbesar adalah melawan segala bentuk
penipuan yang telah mencemarkan sistem demokrasi di Malaysia tercinta!
Disediakan oleh ;
Gabungan Suara Rakyat 505
No comments:
Post a Comment