Kenyataan Media
Justeru itu, bagi tidak menghampakan pengundi N21 Sg.Acheh, che'GuBard sedia memberi ruang kepada pihak calon Bn untuk menganjurkan debat polisi dan halatuju Sg Acheh. Cabar calon Bn pilih tarikh, masa dan di mana gelanggangnya, che'GuBard akan turun hadir membentang polisi manifesto untuk dinilai oleh para pengundi.
1 May 2013
KESAL CALON Bn GAGAL HADIR DEBAT TETAPI FITNAH CHE'GUBARD
Warga Sg.Acheh dan pihak Pakatan Rakyat N21 berasa kesal dengan tindakkan calon Bn yang terus memfitnah che'GuBard tetapi tidak hadir berdebat.
Sehari sebelum aksi debat dimulakan, seluruh DUN Sg Acheh telah direntang banner yang meminta orang ramai supaya tidak hadir wacana debat yang dianjur pihak PR N21 kononnya ia adalah provokasi. SMS juga telah disebar bagi tujuan sama kononnya Calon Bn telah diperangkap oleh che'GuBard.
Tindakkan mengelak masuk berdebat dan gesaan orang ramai supaya tidak menghadiri debat tersebut mencerminkan ketakutan calon Bn untuk bersuara mengenai polisi manifesto dan halatuju Sg Acheh. Ketidak-hadiran calon Bn juga menggambarkan kerisauan betapa kegagalan sebagai YB dalam penggal yang lalu terbongkar.
che'GuBard ingin menegaskan bahawa surat rasmi jemputan debat telah diserah dan diterima oleh calon Bn di depan media pada hari penamaan calon. Malah, Datuk Zakaria secara lisan telah bersetuju untuk hadir.
Pastinya pengundi akan memilih tawaran terbaik untuk masa depan Sg.Acheh sebagai gerbang selatan P.Pinang.
CHE'GUBARD
Calon Pakatan Rakyat
N21 Sg.Acheh
mcm najib juga..xda telur...mcmana nk jd pemimpin..oooo lupa2..debat bukan budaya..huhuhuhu
ReplyDeleteTak perlu hadir pun. Bukan ada apa pun pada debat. Sekadar bercakap ja. Nanti bila dah menang sama je. Chegubard sendiri pun cakap tak serupa bikin. Kata tak kisah nak jadi jentera biasa dalam PRU kali ni. Demi kesepakatan dalam PR kenapa masih bertanding?? Why not tak biarkan calon PAS je lawan dengan Tok Mud?? Jadi aku sebagai pengundi di DUN Sungai Acheh insyaAllah kalau di izinkan, tak nak la wakil rakyat yg ckp tak serupa bikin.
ReplyDeleteSungai Acheh kampung aku. Jadi sebolehnya aku nak org kampung aku yg jadi wakil sebab dia lebih faham keadaan di Sg Acheh. Alhamdulillah, rasanya Tok Mud dah jalankan tugas sebaiknya sepanjang penggal lepas.
Sorry Chegubard, aku ni bukan penyokong tegar BN dan juga bukan penyokong tegar PR. Aku lebih suka memerhati dan menilai sebelum aku buat keputusan.
Sebelum ni aku punya pos kat blog ni pun tak disiarkan.
Aku cuma nak tgk apakah chegubard kotakan "perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata" tu. Nampak gayanya mcm tak je.
semua bn sama takut debat, tapi kat belakang bising, UBAH LAH untuk yang berani
ReplyDeleteSelamat ptg cikgu. Stay focus. Tinggal 3 hari ini akan banyak serangan dan propoganda melanda. Stay Focus. Untuk pemimpin dan calon PRU13 sekelian, jangan melatah pabila di cucuk atau di provok. Ingat setiap statement bakal di spin off big time oleh Utusan Meloya dan TV tiga suku.
ReplyDeleteMarilah kita sama2 solat hajat dan berdoa pertolongan Allah tiba jua untuk menumbangkan pihak yg rakus dan zalim. Amiin.