Friday, August 03, 2012

Ayuh himpunan solidariti Rohingya 3 petang ini


3 Ogos 2012

Kenyataan Media sempena HIMPUNAN SOLIDARITI ROHINGYA 3 Ogos 2012, 3 petang, depan Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur

1.      Bangsa Rohingya ialah kaum minoriti dunia yang diiktiraf PBB sebagai kaum minoriti yang paling tertindas di dunia. Mereka beragama Islam dan berdialek Benggali, bermastautin di perbatasan Bangladesh, Myanmar (Burma) dan Thailand serta negara sekitar kawasan tersebut.

2.      Rohingya sekian lama sudah tertindas dan tinggal di semua perbatasan ini.

3.      Beberapa bulan lepas di Rakhine, Myanmar telah berlaku keganasan pembunuhan etnik di mana sentimen agama dan perkauman menebal diperguna untuk membunuh umat Islam Rohingya. Keadaan ini berlarutan hingga kini. Malah menjadi lebih parah aparat regim junta tentera di Myanmar turut terlibat.

4.      Anak kecil dibunuh, wanita diperkosa, dewasa disembelih, ada pula dibakar hidup-hidup dirumah sendiri. Semuanya disenyapkan dan didiamkan.

5.      Keperitan menjadi lebih parah apabila Bangladesh bertindak menyekat pintu sempadan bagi mangsa kekejaman menyelamatkan diri.

6.      Kepungan yang berlaku dan kezaliman yang berlaku sebenarnya lebih parah dari ‘kepungan Gaza’ dalam keadaan kemampuan Rohingya untuk melawan jauh lebih rendah dengan faktor kurang perhatian dunia dan sebagainya.

7.      Menjadi persoalan penting ialah mengapa kuasa besar dunia termasuk OIC dan ASEAN seolah lembab dan di beberapa peringkat seolah bisu. Malaysia contohnya terus bisu dalam isu ini sedangkan kita cukup mengetahui mengenai apa yang berlaku.

8.      Adakah kerana Malaysia dan banyak Negara diberi layanan ‘berseronok’ meneroka hasil bumi Myanmar oleh regim junta membuat kita bisu ? Perdana Menteri Malaysia  ‘wajib’ dalam masa secepat mungkin seharusnya mengeluarkan kenyataan antarabangsa dan mengerakkan semua rangkaian pengaruh Negara . Jika PM terus bisu kami tidak menolak mobilisasi besar mendesak Kerajaan Malaysia tegas dalam isu ini.

9.      Melihat betapa kritikal dan seriusnya isu ini maka Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah menggerakan himpunan hari ini dengan mengajak banyak pertubuhan lain sama. Melalui himpunan ini juga di umumkan kewujudan “Malaysian People Joint Task Force For the Human Treatment  Of Rohingyas” . Badan bertindak ini akan menumpukan usaha tekanan dalam dan luar Negara bagi mendesak campur tangan semua dalam isu ini. Risalah kesedaran juga akan diedarkan bagi mempertingkatkan kesedaran rakyat Malaysia sendiri dalam isu ini.

1.   Beberapa mobilisasi massa juga akan dilakukan dalam Negara dan di luar Negara dengan kerjasama jaringan NGO di luar.

1.   Ditegaskan isu ini bukan isu kaum dan agama. Hari ini dalam himpunan yang diinisiatifkan oleh SAMM ini turut menyatakan sikap organisasi agama lain seperti The Malaysian Siamese Buddhist Monk Organization, Hindraf – Makkal Sakthi dan banyak lagi. Setakat ini 25 

Sekian.


che’GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


No comments:

Post a Comment