Wednesday, November 30, 2011

Pengedaran 25,000 risalah Cincin dan Pemborosan Imelda Rosmah selesai

Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

30 Nov 2011

25,000 booklet penerangan isu Cincin dan Pemborosan Imelda Rosmah selesai diedarkan terus ke rumah pengundi di kawasan tumpuan Melayu.

Sejak kali pertama membuat pendedahan mengenai isu Cincin RM24 juta pada 8 Julai lalu, pemuja wanita yang menyamar sebagai Wanita No.1 negara telah bertungkus lumus untuk mengelirukan fakta-fakta bagi menyelamatkan imejnya.

Pada peringkat awal pemuja beliau telah membuat penafian dangkal segera seperti menyatakan yang tidak wujud cincin semahal itu malah ada yang mengatakan che'GuBard membuat penipuan kerana tidak mungkin masuk akal ada cincin semahal itu.

Kemudian ada pula seorang yang merupakan bekas setiausaha Anwar Ibrahim yang diberi ruang dalam masa perdana siaran TV3 menjawab dengan mengakui pula cincin itu masuk tetapi digambarkan hanya sebagai hadia bila disebut nama besan najib yang membawa masuk cincin tersebut.

Maka beraburlah dan makin panik kerana orang makin keliru. Mula kata tak masuk, tak wujud dan tak masuk akal. Kini kata masuk dan wujud pula tetapi hadiah. Ketika inilah Harakah telah menyiarkan keratan dokumen Kastam yang membuktikan cincin ini masuk.

Maka dalam panik pemuja pun menjawab cincin itu masuk untuk satu pameran. Makin ramai tertawa, semua ingat bagaimana perempuan itu diakitkan dengan pameran busana Muslimah yang terdedah dan pelik. Acara peragaan busana Muslimah tersebut didesak perbagai media membuat liputan. Mustahil cincin RM24.45 j dibuat pameran di tempat yang sulit, pada masa yang sulit dengan tetamu yang sulit tanpa ada yang tahu.

6 orang ahli Parlimen telah masukkan soalan mengenai cincin RM24.45 juta. Menteri berkenaan pun menjawab dengan menjawab dengan mengakui cincin itu memang wujud dan masuk ke Malaysia. makin celaru lagi maknanya penafian yang mengatakan cincin itu tak wujud dan tidak masuk ialah usaha terdesak semata-mata.

Persoalan kini muncul kenapa cincin itu masuk ? bagaimana nama perempuan itu boleh ada dalam borang Kastam cincin itu masuk.... dia bukan agen kargo atau pegawai kastam... dan kenapa cincin itu keluar semula dan mana borang Kastam cincin itu keluar.

Sebenarnya ikut jadual propagandis pemuja perempuan itu sepatutnya beberapa hari selepas jawapan menteri di Parlimen, media perdana akan siarkan borang kastam cincin itu keluar dari Malaysia. Cuma mereka tidak boleh berbuat demikian kerana SAMM telah memperolehi borang yang dikatakan cincin itu keluar dan menyiarkan dengan mengenengahkan beberapa kekeliruan yang wujud dalam borang tersebut.

Regim sebenarnya panik dengan imej wanita yang menyamar sebagai wanita pertama negara ini yang semakin merudum hingga memberikan kesan kepada populariti regim itu sendiri. Mereka menjawab isu cincin ini dengan perbagai cara termasuklah dengan membuat video dan seumpamanya. mereka menuduh kami menipu.

Kami bukan dengki perempuan itu nak pakai apa, persoalanya ialah mana dia mendapat duit sebanyak itu. kami bukan bercakap kosong maka pada 15 Oktober yang lalu telah dilancarkan satu booklet 16 mukasurat yang mengandungi penjelasan isu cincin tersebut dan menyenaraikan pemborosan Imelda Rosmah yang antaranya disahkan dalam parlimen Malaysia.

Sebanyak 25,000 dicetak. Ingin ditegaskan pencetakan risalah ini tidak mendapat bantuan mana - mana pihak. Ada Umno yang tanya che'Gubard sendiri jika ada sesiapa yang dalam Umno yang taja che'GuBard atau SAMM dalam menyerang Rosmah. Jawapanya tidak ada. Kami tidak menerima mana - mana khususnya dalam projek risalah ini. Tidak dari Umno dan juga mana - mana pihak dari pakatan rakyat.

SAMM bergerak dan risalah ini dicetak dari hasil jualan buku yang che'GuBard gerakkan ke seluruh negara. Kalau nak kata ada penaja maka rakyat yang bantu beli buku terbitan SAMM seperti FITNAH lah penaja kami.

SAMM diuruskan melalui akaun Bank Islam bernombor 050120010074930. Akaun inilah yang kami iklankan dalam risalah ini dengan harapan dapat membantu kami menanggung kos yang masih terhutang. Namun jujurnya cuma RM1560 sahaja wang yang masuk ke akaun tersebut dan penyumbang terus yang bertemu di tempat ceramah pula berjumlah RM650. Manakala Cabang PKR Seremban membantu kami dengan mendapatkan beberapa 'bundle' booklet untuk mereka edarkan dengan mereka membayar kos percetakan yang kami bayar pada pencetak. Walaupun masih berhutang lagi sedikit namun kami masih merancang untuk mencetak lagi kerana kesan risalah tersebut amat kuat khususnya di kawasan pendalaman majoriti Melayu.

Selama ini mereka ingat bila 'pembangkang' membuat pendedahan cuma cakap kosong tetapi bila membaca booklet ini mereka terpegun kerana ini contoh pendedahan dengan bukti sekali. cuma kami sedang mencari dan mengumpulkan sedikit-sedikit dana yang kami ada untuk meneruskan usaha ini.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mengumumkan kami telah selesai mengedarkan 25,000 booklet tersebut. 20,000 diedarkan terus ke rumah - rumah kawasan majoriti Melayu oleh jentera SAMM termasuk Pekan Pahang. 3,000 diedar di tempat ceramah melibatkan SAMM atau che'GuBard dan 2 ribu lagi diberikan terus kepada individu atau organisasi tertentu yang membantu edaran.

Cetakan edisi kedua akan pasti menyusul dan booklet pendedahan terbaru akan tetap diusahakan. Pengedaran bahan seperti vcd, risalah dan seumpanya yang diedar terus ke dalam rumah pengundi antara usaha pemangkin kesedaran SAMM. Kami percaya dan yakin ini antara usaha penting dalam memberikan kesedaran bagi melawan propaganda media perdana yang diperkuda regim. Cuma kami harap jika ada pihak yang sudi tampil sama membantu kami meringankan beban dalam kos menghasilkan bahan - bahan seperti ini. Segala sumbangan juga boleh disalur terus ke akaun Solidariti Anak Muda no. 555041113224 Maybank

Sekian dan terima kasih

che'Gubard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)











nak gambar lagi terang, rujuk SINI





sumber : IAR

terima kasih SAMM!
imej risalah ini diperolehi dari http://semutmalaysia.blogspot.com/2011/11/risalah-penjelasan-isu-cincin-imelda.html terima kasih .


No comments:

Post a Comment