Pertubuhan bangsa - bangsa bersatu telah menetapkan 12 Ogos sebagai Youth Day atau Hari Anak Muda. Dimana hari ini seharusnya ditandakan sebagai penghargaan sumbangan anak muda dalam perbagai bidang di perbagai peringkat seluruh dunia. Namun Regim penguasa Malaysia telah memutuskan 15 Mei sebagai hari belia negara. Ia dirayakan semenjak 1964 lagi seiring dengan hari kewujudan Kementerian Belia 1964. Maknanya hari belia negara hanyalah hari sambutan ulangtahun penubuhan kementerian belia.
Menang ada banyak negara yang merayakan hari anak mudanya dengan tarikh yang berbeza kerana mengambil sempena perbagai peristiwa besar yang melibatkan anak muda. Contohnya Republik Rakyat China merayakan 4 Mei sebagai hari anak muda dengan mengambil sempena ' May Fourth Movement' peristiwa besar revolusi budaya anti kapitalis di negara mereka.
Manakala di India pula Youth Day disambut pada 12 Januari sempena ulangtahun kelahiran tokoh Swami Vivekananda yang dimana koleksi tulisan dan syarahan beliau menjadi inspirasi memandu perbagai organisasi belia hingga kini untuk terus berjuang demi masyarakat.
Di Iran pula Hari Anak Muda menjadi sambutan mirip keagamaan kerana ia dirayakan setiap 11 Sha'ban sempena hari Hazrat e Alie Akbar anak sulung Imam Hossein. Di Afrika Selatan pula Hari Anak Muda jatuh pada 16 Jun diambil sempena hari permulaan 'Soweto riots' 1976 yang merupakan peristiwa penting dalam perjuangan anti Apartheid.
Di Vanuezela 12 Febuari pula dipilih sebagai Hari Anak Muda bagi mengenang anak muda yang gugur dalam Battle of La Victoria, ketika Peperangan Kemerdekaan Vanuezela pada tarikh yang sama tahun 1814.
Hampir semua negara meraikan anak muda dengan menandakan satu hari sebagai hari anak muda dengan merakam peristiwa besar dalam negara mereka yang melibatkan kebangkitan anak muda. Pada hari anak muda di mana negara akan dirayakan dengan penuh suntikan semangat memberikan inspirasi kepada anak muda negara tersebut terus berjuang demi masyarakat. malah dikebanyakan negara kesempatan hari anak muda diambil kesempatan oleh kelompok anak muda untuk memobilisasi kekuatan anak muda menyuarakn tuntutan agar pemerintah lebih memberikan perhatian kepada golongan ini.
Namun di Malaysia hari beliau cuma ditandakan sebagai hari kabinet Malaysia mewujudkan Kementerian belia dan hari tersebut (15 Mei) dinamakan hari belia. Maka setiap tahun perayaan hari belia di Malaysia penuh bersifat kosmetik. Perayaan tahun ini saling tak ubah seperti hanya menaikkan belia ke atas perahu tanpa pendayung. Perayaan umpama fun fair tanpa roh anak muda. Antara kemuncak perayaan hari belia negara pula ialah regim membawa khas kumpulan artis antarabangsa K-Pop “Super Junior M”. Apa ertinya semua ini dan ke mana nak dibawa anak muda Malaysia ?
Persoalanya adakah terma Belia itu sama dengan terma anak muda ? Mamat Belia sudah pasti tidak sama dengan anak muda. Nampaknya semangat hari belia satu dunia kelihatan tidak selari dengan sambutan fun fair Hari Belia di Malaysia.
Selaras dengan itu Solidariti Anak Muda Malaysia tidak mengiktiraf Hari Belia Malaysia sebagai Hari Anak Muda, maka tidak ada sebarang kenyataan rasmi sempena Hari Belia diputuskan oleh SAMM.
Kerajaan reformasi berteraskan rakyat yang mungkin terbentuk hasil dari tumbangnya regim penguasa lama ini seharusnya melihat perkara ini secara serius.
che'GuBard,
Solidariti Anak Muda Malaysia.

kurangkan gula dalam makanan
ReplyDeletetambahkan manis dalam senyuman
kurangkan undi dalam barisan
tambahkan undi dalam pakatan
ehhehe.... pantun bt regim yg menipu rakyat. dulu gula lepas2 Gst pulak.... yg kaya toKey besar2 kroni2 Kaum KeraBAt, Yg miskin TTp tOkey2 Kecik Mcm Psar Malam. MAcik JUal Nasi Lemak( Sbb X leh jual nasi lemak kat kantin ( klu ye pwn nak hilang obes. ttutup terus MCd. KfC. Merekaa ni yg gemukkan budak bkan makcik nasi lemak...ZZZZ)Kerani dan yg seangkatan dgn nya.
huhu sedih!!!!!
Apom Balik Aku nampaknye kena Tax jugak lak ye.
huhu