Wednesday, April 29, 2009

Selsema babi

Tiba - dunia 'akhir zaman' ini digemparkan lagi dengan selsema babi pula. Ramai rakyat negara ini panik dan kadar cemas itu meningkat apabila pemimpin Bn mengatakan keadaan terkawal dan tidak perlu cemas. Ini berikutan kadar kepercayaan terhadap pemimpin Bn dan berita media arus perdana berada ditahap paling rendah semenjak merdeka.

Semua pintu masuk negara kini diletakkan dalam keadaan berjaga - jaga, orang yang masuk di paksa mengikuti beberapa prosedur untuk memastikan kuman selsema babi itu tidak mengikut masuk. Namun menurut Sani, Timbalan Ketua AMK Rembau menerusi blognya (sila klik sini) menyatakan kegusaran beliau yang melihat sendiri hanya penumpang diperiksa tidak barangan dan kargo. Ini seharusnya diambil perhatian sewajarnya.

Bagi yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai selsema babi ini boleh layari sebuah blog Info Kesihatan Anda (klik sini) yang ada menceritakan secara aga terperinci mengenai selsema babi.

Isu selsema babi ini perlu ditangani dengan kawalan dan pendidikan kepada rakyat. Namun sedih melihat beberapa blog pro Umno antaranya yang menggunakan kesempatan isu babi ini dengan menyiarkan beberapa gambar yang telah di edit dan penulisan kononya selsema babi sebagai bukti pakatan rakyat harus ditolak kerana pakatan pro bela babi.

gambar demo yang dianjur oleh Karim di luar bangunan SUK Selangor

Antara yang dimainkan ialah sentimen selepas Pilihanraya yang dibakar oleh seorang wakil rakyat Selangor, YB Dr.Karim. Beliau telah mengumpulkan orang untuk buat demostrasi yang kononya melayu ditekan, dizalimi dan dihina di Selangor, kerana tiba - tiba lepas menang ladang babi banyak di Selangor.

Perlu jelaskan memang faktanya di Sepang contohnya bilangan babi dikatakan menjangkau ratusan ribu. Maknanya di Sepang babi lebih banyak dari orang. Ketika serangan Karim ini dibuat Pakatan Rakyat baru tak sampai 3-4 bulan memerintah Selangor tak kan lah baru 3-4 bulan babi dah membiak ratusan ribu ekor ? Tentu sebelum itu sudah banyak ladang babi. Maknanya kewujudan ladang babi yang tak tersusun dan terurus adalah hasil sumbangan 50 tahun lebih Bn memerintah Selangor.

Namun oleh kerana kepentingan politik sentimen perkauman dibakar oleh Karim, kononya melayu dizalimi dalam isu babi ini.

Tidak selesa dengan permainan politik jijik Karim maka Ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng telah membuat kenyataan media menjelaskan perkara sebenar. Kata Dr. Lee bahawa projek penyusunan ladang babi di Selangor ini telah diusahakan semenjak di bawah Bn lagi. Malah Karim yang pada ketika itu setiausaha Politik kepada Datuk Seri Khir Toyo, Menteri Besar Selangor turut terlibat secara aktif.

Dr. Lee mendedahkan sekeping gambar, yang menunjukkan Karim bergambar manja dengan babi ketika melawat ladang babi di luar negara untuk mempelajari teknologi pembelaan babi secara tersusun untuk dibawa balik ke Malaysia.
muka depan akhbar The Sun yang melaporkan secara terperinci pendedahan Dr.Lee, Pemimpin MCA Pusat

Dr. Lee memberikan amaran kepada Karim dan Umno agar menghentikan kegiatan memanipulasi isu babi dan membakar sentimen perkauman untuk kepentingan politik, jika tidak dia akan terus mendedahkan syarikat bumiputera mana yang terlibat dalam cadangan projek penstrukturan perladangan babi di Selangor ketika Bn tetapi malangnya tak sempat meneruskan hajat kerana Bn tumbang oleh kuasa rakyat.

Sementara ketua kampung itu turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam. Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut "seperti tapak tangannya sendiri" kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.

Isunya ialah isu alam sekitar, isu kesihatan dan keselamatan rakyat. Sungai dan pantai telah teruk jahanam kerana Bn yang membiarkan perternakan babi bersepah tanpa kawalan selama 50 tahun dikawasan sekitar.

Dan jelas selepas itu Karim serta Umno takut memainkan isu ini kerana takut 'kemaluan' mereka terdedah. Isu ini hanya dimainkan oleh blog 'upahan' Umno.

Isu babi ini juga muncul sekejap di Bukit Selambau, Kedah. Penjelasanya mudah perancangan membina ladang babi di Bukit Selambau wujud zaman Bn. Maka Pakatan di bawah YAB Ust. Azizan mengkaji semula cadangan lama dan melihat cadangan tersebut tidak masuk akal dan membatalkanya. Namun media pro regim memanipulasi kononya Pakatan yang bawa cadangan tersebut.

gambar Karim bersama penyokong Bn menikmati minuman selepas lelah menjerit-jerit

Dalam isu menghadapi selsema babi yang melanda dunia ini, kerajaan dan masyarakat tidak kira apa parti pun seharusnya menumpukan peningkatan kawalan, pendidikan dan jangan ada penyelindungan maklumat.

Semoga bencana ini lebih menginsafkan kita.

2 comments:

  1. salam, kini melaka mahu hapuskan projek babi secara berselerak untuk mengelak masalah selsema babi, dan melaka akan membuat projek babi yang berteknologi tinggi... macam biase dengar je kan..?
    media dan ahli totoq umno tak bersuara seperti mereka buat ke atas kerajaan selangor dulu ke? Projek Babi Negara takpekut..

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:53 PM

    Apa komen Brader Anwar Bin Ibrahim

    ReplyDelete