Thursday, November 18, 2010

FMT : Pemimpin mewah minta rakyat terus berkorban

Gambar : melapah lembu di Kota, Rembau.
"roh Hari Raya ini bukan sekadar menyembelih dan melapah lembu sahaja"

PETALING JAYA: "Wajarkah bagi mana-mana individu mendakwa dirinya berkorban untuk agama, negara dan rakyat padahal pada masa yang sama hidup mewah dan membina kekayaan untuk dirinya sendiri?"

Demikian soal calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin yang juga dikenali sebagai Chegu Bard ketika bercakap tentang pengorbanan sempena Hari Raya Korban yang disambut oleh umat Islam negara ini hari ini.

Beliau mengingatkan semua pihak agar tidak hanya mempertikaikan pengorbanan pihak lain tetapi harus juga memikirkan adakah diri sendiri pernah berkorban untuk pihak lain.

"Kerajaan meminta rakyatnya berkorban untuknya tetapi apa pula pengorbanan kerajaan untuk rakyat negara ini?

"Apabila negara ini dikatakan bakal muflis oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala tidak berapa lama dahulu, rakyat diminta berkorban untuk negara.

Gaya hidup mewah

"Tetapi apa pula pengorbanan mereka ini untuk rakyat dan negara, dengan gaya hidup yang mewah mereka tanpa sedikit pun merasa bimbang akan nasib negara dan rakyat.

"Saya percaya rakyat negara ini tidak merasa ragu untuk berkorban untuk negaranya, asalkan kena pada caranya dan pemimpin sendiri harus menunjukkan contoh teladan yang baik" kata Chegu Bard.

Beliau turut mengingatkan anggota Parti Keadilan Rakyat khususnya anak-anak muda agar jangan hanya pandai bercakap tentang pengorbanan yang kononnya pernah dilakukan untuk parti.

"Kadang-kadang ada yang mendakwa telah berkorban itu dan ini untuk parti. Hakikatnya yang mendakwa berkorban ini ada yang membina kekayaan melalui jawatan politik yang disandangnya.

"Jadi dalam situasi ini, siapa yang berkorban sebenarnya? Parti atau orang-orang seperti ini? Tentulah imej parti yang akhirnya terkorban apabila dipandang serong oleh masyarakat nanti," ujar beliau.

Pengorbanan sebenar

Disamping itu beliau menyanjung tinggi pengorbanan sebenar yang pernah dilakukan oleh anggota parti itu dari pelbagai peringkat untuk meletakkan parti berada di kedudukannya sekarang.

"Saya amat menyanjung tinggi pengorbanan ahli parti semua peringkat yang berkorban untuk perjuangan keadilan ini lebih-lebih lagi di akar umbi sehinggakan ada yang terpaksa bergolok bergadai untuk meneruskan perjuangan parti.

"Jadi amat wajar pemimpin yang berada di atas untuk merenung pengorbanan mereka di bawah yang tidak punya apa-apa kepentingan diri.

Apabila ditanya pengorbanan yang pernah dilakukan untuk perjuangan parti, Chegu Bard menjawab, "Di mana keikhlasan jika bertujuan untuk mendapatkan publisiti atas pengorbanan yang telah dilakukan?

"Biarlah beberapa teman rapat yang mengetahui kesulitan, pengorbanan yang pernah saya lalui dalam perjuangan untuk menegakkan keadilan ini. Selain itu, Tuhan saja yang tahu," ujarnya.

Di samping itu, beliau turut mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di negara ini.

4 comments:

  1. tahi la pemimpin mewah..

    DSAI tu tak mewah ker dengan teratak RM7 juta di segambut dalam?

    ReplyDelete
  2. wa masuk paper indon...

    http://hebatnya-yahudi.blogspot.com/2010/11/nordin-mat-top-azahari-p-bom-j-w.html

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:34 PM

    http://www.malaysiawaves.com/2010/11/wahai-zaid-belajarlah-dari-tulang-besi.html

    Wahai Zaid. Belajarlah dari Tulang Besi

    Wahai Zaid, mengapalah kamu begitu angkuh dan sombong sehingga kamu sanggup meninggalkan PKR sekaligus?

    Tulang Besi sendiri mempunyai banyak masalaah dengan parti yang Tulang Besi telah menjadi ahli semenjak zaman Arwah Ustaz Yusuf Rawa menjadi Presiden. NAmun, tidak sekali-kali Tulang Besi akan meninggalkan PAS.

    Ini kerana, Tulang Besi tidak menyokong PAS kerana kepimpinan mereka. Tulang Besi menyokong PAS kerana perjuangan dan pegangan hidup (akidah) Tulang Besi.

    Sebagaimana ramai orang2 PAS marahkan Tulang Besi, namun Tulang Besi tidak berhenti menegur dan mendedahkan kebobrokan segelintir pimpinan PAS yang selama ini menjadi onar dan menjalankan aktiviti2 yang menguntungkan UMNO.

    MAlahan, di Padang Arafah baru2 ini pun, TUlang Besi mengangkat tangan yang tinggi di bawah sinaran matahari yang terik memohon Allah SWT (antara lain) membersihkan PAS dari anasir2 UMNO ini supaya PAS suci dari kesyirikan yang selama ini ditaja oleh UMNO.

    Maka, adalah sangat2 bodoh bagi Zaid untuk merajuk dan keluar parti. Ia hanya menunjukkan betapa tidak ikhlasnya perjuangan Zaid dan komitmen beliau kepada parti.

    Sudahlah bukti pun tak berapa jelas dan segala dakwaan yang beliau buat, rakyat umum masih tertanya-tanya akan sebab sebenar perginya Zahid.

    Apa salahnya Zaid kekal sebagai ahli dan kalau ada bukti dedahkan bukti tersebut. Berapa kali Tulang Besi membuat pendedahan dan Tulang Besi membawa bukti bertulis, audio dan video.

    Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga, kata orang tua-tua.

    ReplyDelete
  4. jika dulu orang perak berani bunuh birch tapi kini selepas malaysia merdeka set2 yang ada talian dengan johor pulak...

    ... eg. nordin mat top, Dr azahari, MAL PUTRAJAYA @ Pj & etcs!?

    http://entertainment.kompas.com/read/2010/11/20/1731587/Warga.Malaysia.Mendemo.Ariel.di.Kebon.Waru-5

    ReplyDelete