Wednesday, June 16, 2010

KEADILAN prihatin nasib peniaga kecil Rembau

berikut ialah petikan surat yang dihantar pagi tadi ke Pegawai Daerah merangkap YDP Maj. Daerah Rembau, respon kepada perjumpaan tertutup KEADILAN Rembau dan peniaga kecil pasar malam minggu lepas.

Ruj. Kami : pkrRembau / PKR / 2010 (013)

Tarikh : 16 Jun 2010

Kepada

Yang Di Pertua,
Majlis Daerah Rembau,
Rembau, N.Sembilan

Ybhg Tuan ;

ADUAN DAN MEMOHON PERTIMBANGAN MENGENAI SEWA DAN BEBERAPA ISU MENGENAI PASAR MALAM DALAM DAERAH REMBAU

Kami telah menerima aduan dan maklumat mengenai bayaran sewa tapak dan beberapa isu pengurusan pasar malam dalam daerah rembau.

Untuk itu kami dengan ini memanjangkan aduan dan maklumat tersebut untuk perhatian pihak tuan.

  1. Penyusunan semula tapak

    Maklumat yang kami perolehi bahawa ada beberapa kawasan pasar malam seperti di Chembong telah disusun semula. Kami faham mungkin MDR mempunyai alasan dari segi menaikkan imej dan seumpamanya, namun perlu dipertimbangkan juga mengenai peniaga yang telah lama meniaga dikawasan tersebut. Pelanggan sudah terbiasa dan mudah mencari gerai mereka mengikut susunan lama dan jika ada perubahan susunan yang mendadak sudah tentu ia bakal menjejaskan sedikit pendapatan peniaga kecil ini.

  2. Kenaikan dan cara baru kutipan sewa

Maklumat yang kami perolehi ialah telah dikuatkuasa kadar dan cara pembayaran sewa yang baru.

  • Amaun terlalu tinggi

    • Kami menyokong mewajibkan peniaga mengambil lesen supaya ia lebih mudah diselia. Namun jumlah RM 130 (campur RM10 wang proses) mungkin boleh sedikit dipertimbangkan. Khususnya ia merupakan jumlah yang amat besar bagi peniaga kecil yang pendapatan tidak menentu dalam keadaan ekonomi negara yang juga tidak menentu.

  • Bayaran kutipan sampah 3 bulan sekali

    • Peniaga terpaksa membayar wang kutipan sampah 3 bulan sekali (in advance). Wang ini dikutip lebih dari satu tapak, bayangkan berapa jumlah bagi peniaga yang terpaksa membayar dahulu dan jika mereka punya lebih dari satu tapak dan lebih dari satu kawasan pasar malam. Keadaan lebih sulit bagi peniaga kecil apabila hari hujan, kenderaan rosak dan mengalamai masalah kesihatan sehingga mereka tidak dapat berniaga. Maka mereka masih terpaksa membayar wang kutipan sampah tapak walaupun mereka tidak berniaga.

  • Cagaran

    • Selain dari bayaran – bayaran tersebut diperkenalkan juga bayaran cagaran minimun RM120. Bayangkan jika peniaga hanya meniaga satu tapak sahaja di satu kawasan pasar malam sahaja. Maknanya dia cuma berniaga 5 jam seminggu sahaja, tetapi masih perlu membayar cagaran.

  1. Gerai – gerai haram

  • Segala macam pembayaran diperkenalkan yang sepatutnya melihat Pasar Malam lebih terselia. Namun alasan memperkenalkan aturan dan perbagai bayaran bukan lasan yang baik untuk menyeliakan pasar malam. Setelah peniaga dibebani perbagai bayaran dan aturan, peniaga tetap berdepan dengan isu gerai haram (peniaga rambo). Penguatkuasaan lemah hanya tertumpu sebelum senja/maghrib. Maka 'rambo – rambo' ini akan membuka gerai selepas Maghrib dan peniaga yang telah membayar itu dan ini terpaksa bersaing dengan peniaga haram ini. Lebih malang lagi ada peniaga haram yang didatangi oleh penguatkuasa MDR dan mereka dikutip yuran tapak untuk hari tersebut.

Kami mencadangkan :

  • pertimbangkan semula bayaran lesen. Lihat sahaja peniaga pasar malam dalam kawasan yang lebih maju seperti Majlis Pembandaran Nilai contohnya mengenakan hanya RM 50 lesen (dan tambah RM10 pemprosesan).

  • Hapuskan atau kurangkan sehingga menjadi RM 50 sahaja wang cagaran. Jumlah yang tinggi bukan sahaja menyebabkan peniaga tertekan tetapi tidak baik bagi imej MDR yang dilihat cuba mengambil wang dan seolah membuat modal pusingan menyimpan selama setahun wang peniaga kecil.

  • Kami memahami cara kutipan baru (3 bulan sekali) mungkin diperkenalkan kerana kurang kakitangan MDR. Maka kami mencadangkan agar tapak – tapak pasar malam diberikan kepada organisasi masyarakat ataupun persatuan peniaga kecil pasar malam itu sendiri. Maka kutipan dapat dikembalikan kepada bentuk asal - harian. MDR mengutip lesen dan bayaran dari pengendali tapak pasar malam sahaja. Maka isu gerai haram juga secara tidak lansung boleh di atasi.

Kami juga melihat dalam komposisi ahli Majlis Daerah perlu diperbagaikan. Terlalu banyak hanya lantikan politik amat tidak baik, kerana mereka tidak mengetahui masalah sebenar dibawah seperti yang dihadapi peniaga kecil. Di Selangor contohnya lantikan ahli Majlis diperbagai. Ada anggota masyarakat biasa yang mewakili perbagai organisasi masyarakat seperti peniaga kecil, maka ia memberikan ruang yang lebih kepada rakyat menyuarakan pendapat. Jauh dari itu sudah tentu Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang membenarkan rakyat di dalam satu – satu kawasan PBT memilih wakil mereka merupakan cara yang amat ideal. Mereka yang terpilih dengan undi rakyat sudah pasti akan melihat rakyat sebagai tumpuan utama bukan kelompok tertentu sahaja.

Melalui Pusat Aduan Rakyat Rembau, Parti Keadilan Rakyat akan terus mengenengahkan perbagai masalah rakyat dalam parlimen Rembau. Sudah tentu ada pihak yang rasa kurang senang dengan perbagai tindakan kami. Namun percayalah walaupun kami tidak punya sebarang 'kuasa politik' namun iltizam untuk terus membela rakyat tidak pernah pudar. Kami juga bersedia bekerja sama dengan mana – mana juga individu mahupun organisasi dalam membela rakyat. Dalam perkara ini kami juga bersedia bekerjasama dalam mencari formula terbaik dalam memastikan Rembau yang terurus disamping membela nasib peniaga kecil.

Kami tidak mahu mempolitikkan isu ini tetapi hanya ingin melihat pembelaan sewajarnya kepada peniaga kecil. Jika ini berlaku di Selangor atau mana – mana negeri di bawah Pakatan Rakyat percayalah ia bakal menjadi isu besar penghias media arus perdana.

Sekian dan terima kasih.

BADRUL HISHAM SHAHARIN a.k.a che'GuBard
Ketua Penyelaras
Pusat Aduan Rakyat Rembau
merangkap
Ketua KEADILAN Cabang Rembau.

s.k :

  • semua peniaga pasar malam Majlis Daerah Rembau.

  • Ahli Parlimen Rembau

  • ADUN Chembong

  • ADUN Kota

No comments:

Post a Comment