artikel di bawah ialah petikan dari email yang dihantar kepada cheGuBard@gmail.com
KERAjaan melalui Kementerian Pertahanan telah berjaya menjual tanah Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia yang terletak di Jalan Lapangan Terbang Lama Kuala Lumpur (Sungai Besi) kepada sebuah syarikat swasta yang terkenal.
Tanah tersebut kononnya diserahkan kepada UDA selaku agensi kerajaan yang dipertanggunjawabkan untuk membangunkan tapak berkenaan. Tetapi ini hanyalah untuk mengaburi rakyat Malaysia. Sebenarnya tanah berkenaan telah dijual kepada satu syarikat swasta yang terkenal dan syarikat ini ialah kroni kepada KERAjaan UMNO/BN sejak dari dahulu lagi. Boleh diakatakan semua orang tahu.
Bekas Panglima Tentera Udara yang kedua sangat marah dan kecewa dengan tindakan KERAjaan itu. Beliau menganggap Pengakalan TUDM itu mempunyai nostalgia yang sangat berharga dan sukar melupakan pelbagai peristiwa tentang pengkalan TUDM ini.
Pengkalan TUDM Kuala Lumpur itu asalnya adalah satu-satunya Lapangan Terbang Awam sebelum Merdeka. Lapangan terbang itu juga adalah pengkalan yang menempatkan Tentera Udara British (RAF) beroperasi. Pengkalan itu kemudiannya diserahkan kepada TUDM untuk melaksanakan operasinya pada tahun 1960 setelah melalui pelbagai rintangan dan tentangan dari Kerajaan British dan Ratu Queen Elizabeth.
Panglima Tentera Udara yang Kedua itu menegaskan, adalah tidak wajar pengkalan itu dijual kepada sektor swasta memandangkan pengkalan itu adalah yang pertama di miliki pihak tentera apabila TUDM ditubuhkan dan ianya memiliki pelbagai nostalgia dan sejarahnya yang tersendiri yang telah dilaluinya.
Menurut bekas Panglima Tentera Udara itu, jika Pusat LATEDA Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan boleh diisytiharkan oleh YB Dr, Rais Yatim sebagai Warisan Negara, mengapa Pengkalan TUDM di Sungai Besi yang ulung bagi TUDM tidak boleh?
Sebelum itu bekas Panglima TUDM itu meluahkan perasaannya (remarks) seperti berikut:
"The RMAF now have no balls... Those idiots in the lower ranks sold the fighter engines, but those fucking Generals sold the Base, I think we all should demonstrate as a show of protest outside the Base".Demikian luahan bekas Panglima TUDM itu dalam satu pertemuan dengan bekas-bekas warga TUDM dalam satu Majlis Jamuan Makan Malam yang berlangsung pada 29hb. Mei, 2010 bertempat di Laman Budaya, Tasik Shah Alam.
Pengkalan TUDM itu telah dan sedang melalui banyak perubahan yang amat ketara sejajar dengan rancangan perkembangan dan pembangunan TUDM untuk memenuhi sasaran sebagai Kuasa Udara (Air Power) di rantau Asia Pasifik. Umpamanya pembinaan sebuah Masjid yang baru dibina dan dirasmikan pada tahun 2009 yang lalu.
Bangunan Muzium TUDM baru dibaik pulih (refurbished) dan ditambah dengan bangunan-bangunan baru pula. Bangunan Kuarters untuk anggota-Anggota Pangkat Rendah yang lama (2 bilik tidor) telah dirobohkan dan dibina Kuarters baru yang lebih besar dan selesa (3 Bilik Tidor) di tapak yang sama. Demikian juga dengan beberapa bangunan pejabat lain yang baru sahaja selesai pembinaannya dalam beberapa tahun yang lepas.
Manakala Pengkalan tersebut juga dikongsi bersama oleh Unit Udara Polis, PDRM di mana terdapat hangar untuk menempakan beberapa unit pesawat helikopter dan satu bangunan baru yang dibina untuk menempatkan ruang pejabat dengan kelengkapan Unit Simulator Helikopter untuk latihan juruterbang.
Bagaimana pun kita tidak mengetahui berapakah jumlah transaksi harga jualan keseluruhan Pengkalan tersebut. Namun ia amat mengharukan warga bekas-bekas TUDM terutama bagi mereka yang telah lama pernah berkhidmat di Pengkalan itu termasuk mereka yang diserapkan dari Tentera Udara British (RAF) kepada RMAF (atau TUDM).
Sememangnya ia amat mengecewakan kerana ia adalah suatu yang nostalgik dan bersejarah. Tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat cari makan).
Sekian,
X TUDM
para_jump101
Let me add CheGuBard " those idiots in the lower ranks that sold the fighter engine actually not idiots as they outplayed the idiot generals that have no balls!"
ReplyDeleteCurrently the RMAF is headed by the generals who will only "angguk angguk" and mediocre by the way not knowing what to do with the recent PTU who is now the PAT who is yet to tell the world of the tip of the iceberg and the mystery engine that went missing and he disappear taking leave in Dubai!!!
Can we trust them to take care of this nation? Dah PM kelentong and kelam kabut and there are generals with no balls.
Betul cakap bekas Panglima TUDM tu dan rasa nya dia pun keliru macam mana Azizan bolih jadi PTU dan dilantik pula jadi PAT- the tip of the iceberg general- what a hypocrite!. Lagi keliru macam mana mamat yang sekarang ni bolih jadi PTU.
ReplyDeleteThe RMAF leaderships not only without balls but also idiots of the highest order. Tak caya CheGu cuba tengok kemampuan TUDM sekarang- alahai baik lah tak payah ada TUDM, kalau kena attack kelam kabut cari reban ayam untuk selamatkan diri.
Pak general pencen dah gelabah sebab kesedihan melihat hancur nya TUDM yang beliau kasihi.
Salam CikGu,
ReplyDeleteLapangan Terbang Tentera Udara Sungai Besi, juga dikenali sebagai "SIMPANG" atau "WMKF" didalam dunia penerbangan merupakan satu tinggalan sejarah yang tidak harus dimusnahkan. Ianya bukan sahaja sebagai "base" untuk unit udara TUDM akan tetapi juga untuk unit udara PDRM serta Royal Selangor Flying Club yang mana melahirkan Juruterbang persendirian serta yang berkhidmat dengan MH dan juga AK.
Dengan hilangnya LTTUSB, maka hilang lah satu lagi mercu tanda sejarah negara.
Kita tidak seharusnya tertumpu kepada pembangunan semata-mata hingga membuat kita buta dan hilang percaturan. Pembangunan didalan kawasan KL haruslah diperlahankan kerana kemampatan penduduk telah mencapai tahap maksimum dan ini juga akan menggalakkan kesesakan lalulintas.
Pendekatan yang BIJAKSANA haruslah diambil oleh Menteri yang bertanggungjawab serta bawahannya untuk mencari solusi bagi menginjak kan pembangunan yang ingin dibangunkan jauh dari dalam serta pinggiran KL. Terdapat banyak lagi kawasan serta tanah yang boleh diterokai untuk pembangunan serta meningkatkan sinergi dikawasan terbabit bagi membolehkan RAKYAT dapat menjana dari pembangunan tersebut.
Ini harus diambil sebagai amanat penting bagi menjaminkan kesinambungan kerajaan BN/UMNO untuk memerintah negara. Jika tidak, RAKYAT akan menjadi muak dan benci dan akan beralih arah kepada Parti PR yang boleh dijangka akan merubah senario politik negara kita.
Wassallam.
1280-K Taman Malik