Thursday, February 11, 2010

Petikan dari 'Thingking of Book'

Buku berkaitan pembunuhan Altantuya terus menghantui pihak pemerintah

Minggu ini, seperti yang saya jangka, dua buah buku paling hangat ialah Where is Justice? Death and Brutality in Custody dan Di sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya. Kedua-duanya ada kandungan yang memperincikan misteri kematian warga Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Petang semalam (10 Februari) sekitar jam 5 petang, cheGuBard melaporkan dalam
blognya bahawa beliau telah dimaklumkan melalui panggilan telefon oleh ibunya mengenai sekumpulan anggota polis telah datang ke rumah. Salah seorang dari mereka memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Mereka ingin memasuki rumah menggeledah dan ingin merampas Buku Di Sebalik Misteri Altantuya. “Untuk pengetahua
n pihak PDRM yang ditunggang Najib Tun Razak, ketahulilah cheGuBard tidaklah bodoh sangat ingin simpan stok buku tersebut di rumah. Memang alamat rumah ibu bapa di Seremban digunakan sebagai alamat untuk menerima tempahan tetapi tempahan semuanya di uruskan di tempat lain,” jelas cheGuBard.

Satu lagi ialah komik berjudul 1Funny Malaysia. Sepanjang dua bulan kebelakangan ini, sebanyak 55 naskhah 1FunnyMalaysia dirampas di pelbagai kedai buku terkenal di Pulau Pinang, Melaka dan Seremban. Rampasan terbaru ialah pada 5 Februari lalu.


Justeru itu, kartunis kontroversi Zulkiflee Anwar Haque (Zunar) menuntut Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya memulangkan semua buku karya dan terbitannya yang dirampas sebelum ini.
"Saya percaya tindakan (rampasan) itu benar-benar bermotifkan politik. Saya pasti tiada tindakan dikenakan sekiranya kandungannya menyebelahi parti pemerintah," Malaysiakini melaporkan beliau (Zunar) berkata.
Sesungguhnya mendiang Altantuya terus menjadi hantu mengejar orang-orang politik teratas negara. Seandainya tidak berkaitan dengan isu Altantuya, mengapa takut?

“Inilah bukti antara tulisan dalam buku tersebut.... hampir lebih 20 media dunia menulis dan mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya namun Najib menikus takut
untuk menyaman mereka.... sebaliknya terus 'keras' menggunakan segala kuasa dan jentera kerajaan untuk membelasah rakyat sendiri yang membangkitkan 'pertanyaan' mengenai pembunuhan Altantuya,” jelas cheGuBard dalam blognya.

Sebelum ini (baca sini) saya katakan, “Baik beli cepat sebelum buku ini kemungkinan ‘diharamkan’ oleh pihak-pihak yang terkena pedas cili yang berdesing.” Dan ternyata ianya tidak meleset.

Buku Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya akan diharamkan?

No comments:

Post a Comment