Edisi Pahang: Chegubard Membongkar Banyak Kecelaruan Dan Siri Penyelewengan Fakta Yang Berlaku Terhadap Kes Liwat II Anwar Ibrahim !!
KUANTAN, 1 Feb [8.40 am] - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Pusat, Badrul Hisham (foto) atau lebih dikenali sebagai Chegubard mendedahkan secara terperinci bahawa perbicaraan liwat yang akan dijalankan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang ini adalah satu konspirasi jahat yang telah dirancang dengan rapi oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya. Beliau membuat kenyataan itu dalam ceramah umumnya di PUTRA Balok dekat sini malam tadi. "Mereka sengaja mencipta berbagai isu untuk mensabitkan Anwar dengan satu pertuduhan yang jelas merupakan fitnah jahat ini. Malah, Saiful Bukhari dijadikan kuda tunggangan bagi melempiaskan nafsu dan dendam kesumat yang amat menebal mereka itu. "Saiful telah dibuktikan tidak mempunyai satu bukti klinikal pun dia diliwat, malah disahkan oleh tiga doktor pakar kerajaan dan satu doktor swasta. Ini bermakna beliau jelas sekali membuat pengakuan palsu kononnya dirinya menjadi mangsa dalam kes ini" kata Chegubard. Beliau turut menjelaskan secara terperinci, kronologi yang dijalankan oleh pihak terbabit dalam mensabitkan Anwar atas satu kesalahan yang tidak pernah wujud sebenarnya. Lantaran itulah kini, mahkamah beriya-iya benar mahu menjalankan satu perbicaraan yang terbukti menyeleweng dan penuh dengan penipuan sebenarnya. Orang ramai yang hadir malam tadi, sungguh terpegun dengan cara Chegubard menyampaikan ceramahnya yang cukup panas. Beliau turut mengajak rakyat untuk hadir beramai-ramai ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 Feb ini bagi memberi sokongan padu kepada Anwar.
Chegubard asyik mendengar penerangan sebelum ceramah bermula
[Ceramah yang disampaikan oleh Chegubard malam tadi amat panas dan sungguh mengejutkan. Ini kerana beliau mengemukakan bukti-bukti kukuh tentang penipuan yang berlaku dalam kes perbicaraan liwat II yang melibatkan Anwar Ibrahim ini. Hanya puak-puak UMNO dan mereka yang buta hati sahaja setuju untuk bersekongkol dan mempercayai cerita liwat ini sebenarnya. Chegubard turut mempromosikan dua keping VCD pendedahan isu Rosmah Mansor isteri Najib Razak dan juga kes keganasan Zahid Hamidi terhadap teman lelaki anaknya yang dipukul hingga parah. Orang ramai yang mendengar ceramah Chegubard malam tadi amat berpuas hati dengan penjelasan berani yang diberikan oleh beliau itu].Edisi Pahang: Ustaz Idris Perjelaskan, Kerajaan BN Akhirnya Terperangkap Dengan Isu Mainan Sendiri Gara-Gara Mahu Menjadi Juara Rakyat !
KUANTAN, 1 Feb [8.00 am] - "Jika benar UMNO memperjuangkan agama Islam dan membela orang Melayu, kenapa rakyat Kelantan yang majoritinya beragama Islam dan berbangsa Melayu dinafikan hak untuk menikmati royalti minyak", demikian sedutan ucapan ceramah umum yang disampaikan oleh Ustaz Idris Ahmad (foto), Ketua Penerangan PAS Pusat di PUTRA Balok dekat sini malam tadi. Beliau turut menyindir tindakan puak-puak UMNO yang sudah mula pandai berdemontrasi sekarang ini. "Dulu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengatakan penyokong pembangkang yang berdemo umpama beruk jalanan. Kini mereka lebih hebat dari beruk mat yeh" kata Ustaz Idris. Puak-puak UMNO harus belajar dari Pakatan Rakyat cara-cara untuk berdemo kata beliau, ini kerana demo yang dilakukan oleh mereka gagal mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat. Mereka kononnya ingin menggunakan Islam untuk membuktikan bahawa UMNO pembela Islam dan Melayu."Dulu mereka gunakan slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, kini sudah bertukar kepada Juara Rakyat dan kini 1Malaysia Juara Rakyat pula. Pemimpin UMNO sudah bengong dengan slogan yang mahu digunakan untuk mengaburi mata rakyat" katanya lagi. Ustaz Idris turut menempelak tindakan puak-puak UMNO memainkan isu "khalimah Allah" yang akhirnya memakan diri sendiri. "Hanya segelintir puak-puak mereka yang terpengaruh dengan isu tersebut, sebaliknya majoriti rakyat tahu akan permainan politik UMNO ini. Isu khalimah Allah menyebabkan kerajaan bercelaru, apa tidaknya ada negeri dibolehkan dan ada negeri yang tidak dibenarkan. Maknanya ada dua undang-undang Islam dalam negara kita hari ini" tambah beliau lagi. Kerajaan BN kini terperangkap dengan isu mainan sendiri gara-gara taksub mahu menjadi Juara Rakyat.
Isu gereja dibakar kemudian kepala babi dihumbankan ke masjid. "Soalnya kenapa ia berlaku di negeri Selangor?. Inilah taktik yang digunakan kerajaan untuk membuat huru-hara dan mengenakan undang-undang Mageran di negeri itu. Hanya ini caranya mereka ingin merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat. Isu kepala babi misalnya, ia jelas menunjukkan yang perbuatan itu dilakukan oleh orang Islam berdasarkan kepada kepala babi yang dibungkus supaya tidak perlu disamak selepas itu. Malah ia diletakkan di bahagian belakang masjid dan bukan tempat lalu lalang" kata Ustaz Idris. Ini bukti jelas bahawa UMNO yang memainkan peranan menimbulkan kontroversi ini sebenarnya. Sebab itu kata Ustaz Idris, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein enggan membenarkan pihak polis menyiasat Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali biarpun beliau mengatakan mempunyai bukti mereka yang terlibat dengan isu bakar gereja adalah ahli-ahli UMNO sebenarnya. "Mereka takut Azmin mendedahkan bukti-bukti yang memalukan tersebut, lantaran itulah Hishamuddin mengatakan kenyataan Azmin itu adalah retorik politik semata-mata" kata Ustaz Idris. Menurut beliau, segala yang dilakukan oleh kerajaan BN dan UMNO sekarang ini hanya satu muslihat untuk mereka mengalih pandangan rakyat terhadap isu sebenarnya terutamanya perihal kenaikan harga gula sebanyak 20 sen dipasaran awal tahun yang lalu. Malah, difahamkan minyak kenderaan juga akan dinaikkan sekitar bulan Mei 2010 ini. Apakah ini bukti rakyat didahulukan seperti yang dilaungk-laungkan oleh mereka selama ini agaknya kata Ustaz Idris lagi.

Ust. Nasron, Ust. Suhaimi, Chegubard, Dato' Fauzi dan YB Tn.Mohamad
Diakhir ceramahnya malam tadi, beliau turut menasihatkan rakyat supaya membuat perubahan dalam pilihanraya umum akan datang. Negeri Pahang katanya bakal diambang muflis dan bakal dilelong sekirangan UMNO BN masih diberi tampuk kuasa pemerintahan. Kerajaan Negeri Pahang katanya kini terpaksa menanggung hutang mencecah RM1 bilion, gara-gara kesilapan pemerintah melaksanakan pentadbiran yang telus dan berhemah. Rakyat Pahang perlu mengikut jejakl langkah rakan-rakan mereka di negeri Pakatan Rakyat yang kini menikmati berbagai faedah dan kebajikan selepas membuat perubahan dalam pilihanraya umum lalu.[Ceramah malam tadi turut dihadiri oleh YB Tuan Syed Mohammad Tuan Syed Lonik (ADUN Beserah), Ustaz Nasron (YDP PAS Indera Mahkota) Ustaz Suhaimi (Ketua Pemuda PAS Pahang), Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan penceramah jemputan kedua iaitu Chegubard (Ahli MPT PKR Pusat). Turut kelihatan hadir ialah Ram Ponusamy (Timbalan Pengerusi III PKR Pahang) dan Kamarul Hatta (Timbalan Ketua AMK). Ceramah malam tadi mendapat sambutan hangat daripada rakyat, memandangkan isu-isu yang dibawakan adalah isu semasa yang cukup panas dan sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Difahamkan satu lagi ceramah umum Pakatan Rakyat akan diadakan di Kg.Razali, Batu 3 1/2 Kuantan pada 3 Februari ini]
buku altantuya dah x da ke chegu
ReplyDelete