Pada 28 November bersamaan 2 Hari Raya Haji yang lalu, che'GuBard telah memenuhi undangan 'khas' Waris Sungei Ujong yang telah mengadakan Majlis Kerapatan Adat Waris Sungei Ujong di Telapak YTM Dato Undang Sungei Ujong yang ke 11. Jemputan juga dibuat kepada beberapa pemimpin politik termasuk Umno tetapi malangnya tiada pemimpin Umno yang hadir kerana pertama takut terlibat dalam krisis adat Sungei Ujong dan kedua kerana tidak berminat dalam memulihara adat perpatih yang dianggap tidak penting.
Majlis tersebut telah dihadiri hampir semua ibo sako, Dato bergelar, Dato Lembago waris Sungai Ujong termasuk dari Waris di Air dan Waris di Darat. Ini adalah kerapatan adat sekian kalinya yang menegaskan keputusan waris Sungai Ujong mengangkat YTM Dato Othman sebagai undang luak Sungei Ujong yang sah.
Krisis adat di Sungei Ujong ini sudah berlarutan sekian lama tanpa penyelesaian jitu. Campur tangan politik lebih memparahkan lagi keadaan.
Dalam isu ini cheGuBard menegaskan pendirian agar kembali kepada pemufakatan adat dan mereka yang pakar dalam bidang ini. Waris yang mutlak berhak memutuskan perkara yang hak.
Umno sendiri yang telah mengharu birukan keadaan dan campur tangan politik demi kepentingan politik menghancurkan sistem adat pepatih yang unik.
Adat pepatih ialah istiadat dan susunan hidup masyarakat Melayu lama yang bertiangkan agama dan demokrasi. namun ini semua pasti mati kerana campur tangan umno yang memusnahkan!
sume yg buruk 2 umno aje le, gua x paham nape lu org nak salahkan org lain aje, mmg dasar melayu mcm 2 kot, bangsa lain pijak pala tp dok diam aje, x salahkan diri sdiri lak 2
ReplyDeleteMANTAP persembahan Cikgu Bard..
ReplyDeletesalam dari KLUANGMAN
http://www.telokkemang.blogspot.com/
http://profiles.friendster.com/wiradamai
kelabraja_uda@yahoo.com
jago la undang ko sendri..yg ko sibuk kek sg ujong ni wat po...buek malu namo cikgu yo
ReplyDelete