Tuesday, December 08, 2009

Sah : Konvensyen pertama Pakatan Rakyat

Ramai yang menanti - nanti tarikh bersejarah di mana satu gabungan kuasa 'perjuangan' dan politik bergabung demi kemerdekaan sebenar rakyat.

pkatan rakyatBAGI memperkukuh ikatan dan pemuafakatan di antara KEADILAN, PAS DAN DAP maka satu Konvensyen Pakatan Rakyat akan dianjurkan pada 19 Disember ini di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor.
"Persiapan rapi sedang diatur dan semua pihak, ketiga-tiga parti gabungan, sedang bekerja keras bagi menjayakan konvensyen ini,"kata Setiausaha Agung Keadilan, Dato Sallehuddin Hashim.

Menurut beliau, lagu tema "Angin Pendamai" dicipta oleh Ito dari Kumpulan Blues Gang dalam masa seminggu.

Logo ini menggabungkan ikatan kukuh tiga parti, mengelilingi lima kelopak bunga raya yang melambangkan lima kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusun.
Sallehuddin berkata, "lebih 500 perwakilan dijangka hadir dan kita tidak boleh memandang mudah terhadap persiapan yang perlu kita lakukan."

3 comments:

  1. Anonymous2:36 PM

    Logo tu kira cantik la.. tapi kurang sifat universal sedikit.. khususnya lambang tiga parti itu menonjolkan sifat statik utk kemungkinan penyertaan parti lain dikemudian hari misalnya. Apapun tahniah semoga terus maju untuk new malaysia.

    ReplyDelete
  2. al-khattab8:44 PM

    siap ko bn!!!!!!!!
    ha!!!ha!!!ha!!!!

    ReplyDelete
  3. Anonymous4:49 PM

    sebelum konvo pakatan sebelum pakatan memerintah tapi aku tak percaya pada pakatan
    mmg pakatan bagus dr umno
    tapi itu bukan matlamat utama perjuangan poltik suci , politik buat bukan politik cakap
    tengok la dlm tahun2 mendatang
    katakataku ini pakatan tak dipercayai
    akan jadi kebenaran ....
    tapi che gu bard dan lain2 akan gelak
    kalam aku tapi kita nantikan
    lagi satu betui ka pakatan bersatu ?
    perclashan senyap dlm pakatan yg najib
    akan guna .....
    apa pun pakatan buka mata bukkak
    buka telinga paling penting buka hati
    memang korang semua dah letih berjuang
    tapi kita berjuang sampai padang mahsyar

    ReplyDelete